Thursday, July 23, 2015

Menjaga Rahsia : Satu Teguran








"Enti.. sebenarnya............."
"Jangan beritahu sesiapa ya..."



Sejak di bangku sekolah, pasti ramai ada sahabat seperti ini. Gemar berkongsi rahsia atau bahasa mudahnya bergosip, kemudian diakhiri dengan ayat bersyarat, "Jangan beritahu sesiapa....".

Sebagai perempuan a.k.a akhawat, lumrah kitaran hidupnya memang sentiasa berteman. Mungkin tak semua, tapi pada kebanyakan. Teman berbicara, teman bekerja, teman study group, teman ziarah mutarabbi (cewwah), teman berkongsi makanan, teman mencurah air mata dan teman macam-macam. Itulah akhawat :D.

Tak kurang juga teman berkongsi rahsia. Sentuh bab berkongsi rahsia, sebenarnya banyak adab menjaga rahsia yang kita terlepas pandang. Dah namanya akhawat, bila dah start enjin nak bercerita memang segala tiang lampu isyarat dilanggar.  Apa yang saya nak tekankan di sini, bagaimana amanah kita menjaga rahsianya.

Bagi yang merasakan akhawat adalah segala tempat luahan hati, semua perasaan, semua rahsia, semua hal peribadi nak muayasyah, pasti akan ada situasi yang terlepas-terlepas. Satu teguran buat spesies mereka, saya sangat tak gemar anda menceritakan atau menyampai-nyampaikan hanya sekadar untuk menjadi bahan bualan atau hangatkan suasana. Tanpa sedar perbualan tentang perihal seseorang boleh jatuh ke dalam situasi mengumpat.


Bila ada seseorang ingin berkongsi sesuatu kepada anda, dan anda menjadi orang dipercayai untuk bercerita tentang perkara-perkara sulit atau perkara besar , pelihara lah sebaiknya. Jangan disampai-sampaikan tanpa kebenaran tuannya. Sebab rahsianya adalah maruahnya. Jangan sesekali dengan mudah kita membuka cerita kepada orang yang tiada kaitan. Andai rahsia itu sampai kepada orang yang tidak sepatutnya, andai rahsia itu tersebar tak kena masanya, bimbang timbul rasa yang tidak sejahtera di kalangan yang terlibat. Jangan sampai tsiqah orang lain semakin hilang terhadap kita wahai akhawat.


Serik dengan situasi begini. Kerana sikap-sikap tersirat seperti ini, sesetengah orang kurang meletakkan kepercayaan pada akhawat. 





Kerana akhirnya akhawat juga seorang manusia.




"Ada perkara yang boleh dicerita, ada perkara yang tak perlu pun dicerita.
Maka, berpada-padalah...Diam itu lebih baik.."







9.27 pm.

230715,
Bayt Islah,
Irbid, Jordan.