Tuesday, June 21, 2016

Pengalaman Guru Sementara




“Baarikillahumma lanaa fi syahri Ramadhan. Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan…”
Semalam bulan mengambang penuh. Biasan cahayanya cukup menerangi  bilik yang gelap di tengah malam. Genap 15 Ramadhan. Tak sedar, begitu pantas masa berlalu. Berbaki 14 hari lagi untuk berpesta ibadah. Moga Allah bersihkan hati, bersihkan niat, permudahkan setiap urusan di dunia.


Bermula dari tarikh akhir meninggalkan bumi Jordan, banyak masa terluang  dengan berfikir untuk next step perancangan hidup. Dari situ baru nak adapt dengan suasana sekeliling a.k.a suasana Malaysia yang tak asing dengan perkataan ‘S.I.B.U.K’. Macam-macam di-offer kerja tapi tolak serta-merta dengan alasan yang bermacam. Konflik diri betul bila dah tinggalkan status ‘pelajar’. Haha. Istighfar Nadia! Aishh..


Hampir 4 bulan menganggur, akhirnya, kalah juga dengan nasihat seorang sahabat. Setiap offer pekerjaan yang datang, tak ada sebab untuk kita tolak selagi tak mencuba. Siapa kita untuk tentukan pekerjaan tu sesuai atau tidak. Allah je tahu yang terbaik. Mungkin kerja yang kita rasakan kurang sesuai dengan kemampuan diri itu lah yang menjadi. Tutup mata, bismillah, jalan.






Akhirnya rezeki ke sini juga. Tiga kali tawaran sebagai guru sementara di sini. Kali ketiga baru hilang rasa berat untuk terima. Sebelum ni rasa berat dengan alasan sebolehnya tak nak jauh dari keluarga dan nak cari kerja di sekitar tempat tinggal.  Setelah dinasihat, dari sahabat yang sudah bekerja, sangkaan sesuai atau tidak, letak tepi. Cuba dulu, baru tahu.





“If someone offers  you an amazing opportunity and you are not sure you can do it, say yes. Then learn how to do it later.” –Richard Branson.



Akhirnya, saya mengiyakan kata-kata di atas. Banyak benda saya belajar. Dan hari ini, baru benar-benar menjiwai perasaan sebagai  seorang pendidik. Kerja yang banyak berinteraksi dengan manusia memang menuntut masa dan tenaga yang lebih. Saya yang baru seminggu, mata pun seiras beruang panda jadinya. Banyaknya pengorbanan ustaz ustazah dulu ya Tuhan!  (T-T)

Kadang-kadang rasa nak menangis terharu melihat anak murid yang bersungguh time belajar, kadang-kadang rasa sebak bila ada yang masih tak faham-faham. Ada yang jenis cepat tangkap, ada juga yang lemah. Baru faham kebimbangan seorang guru bila anak murid terlalu senyap dalam kelas, malu untuk bertanya,  suka buat kerja sendiri, selalu tidur dalam kelas dan lemah dalam mata pelajaran. Serius..bila ada anak murid macam ni, kita akan ajar dia sampai faham. Perasaan bila anak murid faham apa yang diajar, bahagianya tak terungkap. Itulah mulianya tugas seorang guru.


Prinsip yang saya pegang bila berhadapan dengan pelajar yang lemah atau bermasalah... Marah, gertak, pukul atau melabel kesalahan mereka bukan penyelesaian yang terbaik sebagai pendidik. Ya, tegas itu perlu tapi bukan dengan marah atau benci. Ummi selalu pesan, bila dah jadi guru, walau seburuk mana pun perangai dia diperkatakan orang, at least pandanglah dia dengan satu kebaikan, nescaya tak akan timbul perasaan benci pada dia, Jauh sekali untuk menghukum. No judgement, murid akan sayang.


Pernah satu hari saya kena mengajar di sebuah kelas, bila ditanya pendapat beberapa guru tentang murid-murid dalam kelas tersebut, respon-respon yang saya terima kebanyakannya ‘kelas budak nakal’. Bila saya dengar respon sebegitu, just tutup telinga dan tawakal alallah. Doa banyak2 sebelum melangkah masuk ke kelas, mudah-mudahan anak murid tenang-tenang aja bila belajar. “Pandang dengan kasih-sayang…..Pandang dengan kasih-sayang…” Terngiang-ngiang nasihat ummi.


Akhirnya, Alhamdulillah. Syukur. Kelas itulah yang paling banyak memberi respon walaupun hakikatnya ada je yang loya buruk. Kena kreatif untuk membalas dengan pelajar spesies begini. Akhirnya terdiam sendiri dan tersengih. Bila dah mula mengajar, kita akan tahu bila masa yang sesuai untuk bertegas, bila masa yang sesuai untuk meraikan gelagatnya. Alhamdulillah. Kuncinya, ikut cara nabi.


Saya kongsikan sedikit beberapa aktiviti di sekolah setelah 6 tahun tinggalkan bumi ini. Terlalu banyak sentimental value dan memori dengan kawan-kawan dulu. Rindunya, hanya Allah je yang tahu.


*****


1) Induksi MPP 16/17

Baru seminggu kerja, tiba-tiba kena jadi pemantau. Punyalah nak elak, tak boleh lari ke mana. 

Dahsyat persediaan untuk adik-adik bakal MPP sekarang. Belum diumumkan secara rasmi, tapi dah ada orientasi seminggu awal sebelum diumumkan. Yang menariknya ada sesi 'Team Building' untuk lihat cara mereka berbincang antara banin banat, menguruskan program, cara bentang di khalayak ramai dan management dalam bidang masing-masing.








2) Meeting AMT batch 18, 'Eightinizers'

Sesi berbincang untuk program iftar batch. Hampir satu jam berbincang, sponsor dan makanan utama tak decide-decide lagi. It's okay adik-adik, lesson goes by process. Hanya mampu pantau, dan bagi cadangan tapi antum yang kena decide mana yang terbaik untuk semua pihak. :') Teruskan belajar dan belajar. Satu hari,  kita akan tahu bagaimana meeting yang muntij. Pengalaman sebaik-baik guru. No worries lah.. ;)




Doakan...
mudah-mudahan berkat dalam menabur bakti.
Sampai bila?
Sampai bila-bila...



10.40 pm
16 Ramadhan 1437H





Monday, April 4, 2016

Pesanan Oki


Buat yang berkaitan,


Nothing much to say.
Worth to watch it.










Redhanya Allah, redha orang tua. Murkanya Allah, murka orang tua.
Baru mendatangkan berkat dan doa dari mereka.






Sunday, March 20, 2016

Cebisan Program Mudahnya Menjemput Rezeki.





Kami disuruh meletakkan tangan kanan ke dada.
Kaki tidak boleh bersilang. Telefon pintar dimatikan.
Mata dipejam kemudian tarik nafas dalam-dalam.

"Click!"

Suis lampu dipadamkan. Hanya biasan cahaya dari lampu projector yang kelihatan. Saat ini beliau suruh kami membayangkan wajah ayah, wajah ibu, kemudian adik-beradik, seterusnya suami/isteri dan anak-anak (part ni dah stuck.. tp back-up dengan membayangkan wajah sepupu dengan pakcik makcik sedara..)



"Bayangkan wajah mereka...maafkan mereka...terima mereka seadanya...dan redhoooo segala kurang lebihnya mereka..."



Part "Redho.." tu panjang sikit bunyinya.


Slot ni, ala-ala kem motivasi di sekolah. Kalau sesiapa yang pernah join program spiritual ESQ 165, sendiri faham la kot.


Untuk slot akhir program ni, kami diajar teknik untuk melepaskan segala masalah-masalah yang kita tak redha dalam hidup. Tak redha dengan orang berhutang, tak redha dengan orang tua, tak redha dengan penyakit yang Allah bagi, tak redha dengan orang sekeliling.


Instructor berulang-ulang sebut perkataan 'redha'.


"Puan, macam mana kita nak tahu yang kita betul-betul redha?" seorang peserta angkat tangan.


"Soalan yang baik. Apa KPI untuk tahu yang kita betul-betul redha?" dia menyoal kembali.


"Macam mana nak tahu kita redha atau tidak bilaman anda tidak akan sebut perkataan 'tapi...' selepas anda menyatakan redha.  Contoh...saya dah redha dengan apa yang terjadi tapi.... 
Nampak tak ayatnya?"


Instuctor menambah, . Bila kita redha, rezeki yang lebih baik akan datang balik.
Lepaskan..
Lepaskan..
Sampai hati anda tenang..


Dahsyat nak jadi orang begitu. Saya muhasabah balik setiap peristiwa-peristiwa yang Allah hantarkan dalam kehidupan. Tipulah kalau kata tiada benda yang tak redha. Kesan orang yang tak redha, mulut kata ya tapi hati kata tidak. Banyak benda akan tersekat kalau tak tahu teknik melepaskan/ meredhakan.


Ya, betul.



"Saya tahu, bukan mudah. Tapi cubalah. Jaga amalan, solat awal waktu, solah berjemaah,  jangan tinggal al-Quran dan sunah. Insya-Allah settle masalah dunia."



Pesanan untuk diri sendiri.


Walk to the talk, sis. Beramal seiring bercakap. Lepas ni tak nak banyak cakap.  Datang perasaan nak mengungkit pada benda yang tidak redha, terus diam dan istighfar.

Oh, and by the way, last word... kita tak boleh mengubah orang mengikut rentak kita tapi kita boleh mengubah diri dengan berubah terlebih dahulu. Barulah orang lain akan berubah setelah melihat perubahan kita. Yeah, semestinya dengan keinginan hati sendiri. Tolakan dari dalam.


So, jangan serabut-serabut fikir nak ubah orang, Tenang-tenang aja.. Redhaa, dan start action with yourself first! ;D


Setiap cabaran yang Allah hantar, ada hikmah.


------------------------------------


Auditorium Eureka, USM.
Pulau Pinang.









Monday, March 14, 2016

Nasyid : Bangunlah Wahai Pemuda.


*pakai ear-phone*

fefeeling superb~ ;)




Dari didikan tarbiyah hati kita,
supaya bertakwa kepada Allah.
Jalinkanlah ukhuwah persaudaraan sesama kita,
agar hati kita tidak mudah goyah.

Panggilan suara memanggil,
dan iman bersedia untuk teguh berdiri,
Kami bersedia untuk memperjuangkan perjuangan yang mulia,
untuk mengagungkan islam.

Kami akan menjadi seperti terangnya cahaya fajar Islam,
bersama iman yang kuat,
walaupun perjuangan ini memakan masa yang lama.

Kami berjanji untuk menggapai matlamat yang tinggi,
sebagai ganjarannya untuk taman-taman syurgaNya,

Allah tujuan kami,
Ar-Rasul contoh kami,
Al-Quran panduan hidup kami,
Mati kami di jalan Allah.

Bangunlah wahai pemuda,
Bangunkanlah badanmu itu,
Teguhkan iman yang lemah,
Marilah kita bersama..

Terus jalankan daulah,
Ikuti sunnah Rasulullah,
Itu adalah keredhaanNya,
Dari Yang Maha Kuasa..


------------------------------------------------------------


150315
Sg. Ara, Pulau Penang.




Tuesday, March 8, 2016

Post Graduate : Nasihat Orang Lama





"Nadia, tok su nak tanya kau. Sebelum kau balik, apa nasihat sheikh-sheikh kat kau sebagai orang yang belajar agama?"

*garu kepala* 

"Er...banyak je tok su.. tapi paling common, balik Malaysia jangan tinggal bahasa arab, berkhidmat dengan masyarakat, bantu kawan-kawan di Malaysia...dan lebih kurang macam tu lah"

Tok su hanya mengangguk. Saya tak pasti jawapan itu memuaskan tok su atau tidak, yang pasti... cliche jugak lah jawapan saya bagi. 

"Dulu...Tok Su pernah bertalaqqi dengan seorang sheikh. Dia kata, orang yang belajar agama, dua perkara dia pesan.

Pertama; mereka tak kan lari dari fitnah. Macam-macam fitnah boleh jadi kalau kau tak jaga agama dengan baik. Jadi, jaga agama sebaik-baiknya, jangan kau jadi penyebab timbulnya fitnah.

Kedua; jangan cari populariti. Benda tu datang tak apa, tapi jangan cari! Kalau Tuhan dah takdirkan kau popular melalui kebaikan yang kau bawak daripada agama, itu adalah rezeki. Biar Tuhan yang angkat darjat kau dalam agama, tapi jangan sesekali kau cari."


Tegas tok su menyampaikan amanat. 

*lap peluh*





Kg. Mata Kucing,
Melaka.



 

Wednesday, January 6, 2016

Randomly




"Ummi, doakan..."

"Lepas ni, tulis besar-besar atas kertas. Tulis impian atau timeline perancangan hidup. Nak grad bila, target markah exam yang terbaik mengikut kemampuan, target perancangan selepas grad sementara masih tak banyak komitmen, tulis kata-kata positif sebagai core semangat untuk capai matlamat. Tampal kat dinding, supaya setiap kali baca boleh jadi doa dan akhirnya akan masuk dalam minda separa sedar..."

Ahaa..So cute ummi. :'D

Ummi.
a very supportive and motivated mother.
If there is a will, there is a way.

Dengan izin Allah



***


Dan hari ini,
teman sahabat berjumpa seorang makcik, kami panggil makcik Ani. Target sejam paling lama. Sembang-sembang, akhirnya terlajak dua jam. 


Bersembang dengan orang tua...banyak hikmah yang kita dapat.
Memang 2 jam bagaikan setengah jam.


Akhir sekali makcik pesan,
"Dalam hidup...kena banyak berikhtiar dengan Allah..."


Ok.


Azam baru...
Teehee~