Wednesday, December 19, 2012

Acherafiez




Segalanya kumulakan dengan Bismillah.


*****


" Ummi, doakan abang. Esok result PMR dah nak keluar. Abang tak tahu kenapa, lepas solat tadi abang menangis. Tiba-tiba rasa sebak.. "


" Tak apa abang.. Ummi tak kisah abang dapat berapa. Allah lebih tahu apa yang abang perlukan. Insya-Allah Allah akan beri yang terbaik untuk anak ummi. Jangan risaulah. " Lembut sahaja ummi membalas.


Mendengar penceritaan dari ummi, membuatkan saya juga turut merasai tempiasnya. Terharu. Seorang adik lelaki yang boleh tahan tinggi egonya, dengan mudah menyatakan "dia menangis". Itulah hati seorang anak. Bila disapa lembut dengan kasih-sayang, dengan mudah dia akan telus dalam berbicara.


*****


Di dalam musolla lelaki, masing-masing bergerak membentuk satu bulatan. Seperti biasa, seminggu sebelum peperiksaan UPSR,PMR mahupun SPM, guru2 akan mengadakan sesi bersalaman, selawat dan doa. Sampai sahaja gilirannya untuk bersalaman dengan serang ustaz,


" Asyraaf kalau nak nangis, nangis je lah.." Kata-kata yang terpacul dari mulut ustaz itu seolah memujuk seribu satu perasaan yang terbuku dalam hatinya.


Selepas bersalam, tanpa mengeluarkan sepatah kata, bahu ustaz itu dirangkulnya. Erat. Tanpa disedari, manik-manik halus menitik laju dari tubir matanya. Deras tak terhenti. Pipinya basah. Jiwanya sendu. Kerongkong seolah disekat dengan sesuatu sehingga diam seribu bahasa.


Satu-satunya ustaz yang banyak membantu dari sudut psikologi, belajar, gerak kerja yang melibatkan pimpinan sekolah dan tarbiyyah. Dalam adik-beradik saya, dialah generasi yang ketiga dapat merasai curahan tarbiyah dari ustaz itu. Bagaikan seorang bapa yang mendidik dengan penuh kasih-sayang. lagi-lagi dengan pelajar asrama. Wardenlah katakan..! :)


Disebabkan Asyraaf duduk di asrama, ustaz itu lebih mengetahui apa yang berlaku. Apa-apapun yang terjadi, setiap manusia itu perlu dibentuk dengan acuan rabbani agar dirinya terbina. Hatta dia seorang adik kepada pimpinan pelajar yang tinggi atau taiko sekolah yang digeruni, 'title' abang atau kakaknya tidak cukup mewarisi sikap seorang adik yang adakalanya Allah kurniakan tahap pemahaman yang berbeza.


Ya, iman tak dapat diwarisi.


Senyum. :')

*****


Maaf tiada disisi sebagai peneman
Hanya mampu tembakkan doa untukmu dari jauh.
Semoga menjadi anak yang soleh.
Hidup menjadi orang yang berguna untuk masyarakat, bukan dipergunakan.
Kita ada prinsip, ada garis panduan, maka ikutlah apa yang Alah redha.
Lastly, kena tenang dalam apa jua keadaan.

Semoga Allah ganjarkan yang terbaik esok!
Jangan sedih2.. 

:'D
ahhah~ 
*mata masuk habuk sudah*


*****


" .....Ya Allah, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kerja yang engkau redhai....."

[ an-Naml :19 ]





Monday, December 17, 2012

Adik Manis : Hamman Main, Jordan.



" Maka tidakkah mereka memerhatikan langit yang ada di atas mereka , bagaimana cara Kami membangunnya dan menghiasinya dan tidak terdapat retak-retak sedikitpun? [6] Dan bumi yang kami hamparkan dan Kami pancangkan di atasnya gunung-gunung yang kukuh, dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam tanaman yang indah [7]  Untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali (tunduk kepada Allah) [8] "

[ Qaaf : 6-8 ]

Alhamdulillah. 
Satu kalimah yang sempurna sebagai tanda seorang hambaNya yang bersyukur kepada-Nya.
Satu perasaan yang sukar dirungkai kata-kata tapi cukup bahagia bila menjiwai perasaannya.


Kenapa saya mulakan dengan ayat al-Quran?
Supaya Allah pelihara permulaan ini. Bilamana permulaannya terjaga, insya-Allah ketika dan pengakhirannya juga akan terpelihara. Sebagai seorang muslim, amalan ini yang membezakan antara kita dan orang biasa-biasa. Jom sama-sama praktikkan? :)


Tenang.


Fitrah manusia, memang sukakan ketenangan. Melihat dunia yang semakin sibuk, dengan kerja, ragam manusia, aktiviti harian yang (mungkin) kurang membantu pembinaan diri, adakalanya kita perlu mengasingkan diri. Jika bukan pada ibadah, melihat pada penciptaan Tuhan sudah mencukupi.


Lagi-lagi bila berdamping dengan orang yang menjadi cerminan diri. Ya, sahabat. 
Sama-sama membina dan terbina. 
Sama-sama mengejutkan bangun pagi untuk berqiamullail. 
Sama-sama saling menasihat andai ada yang tersasar.
 Sama-sama bermasyarakat untuk meraih redha Allah. 
Sama-sama bertepuk-tampar sayang.
 Bila serabut, sama-sama membawa diri melihat ciptaan Allah. 
Ini antara salah satu adegan yang paling manis! 


Semuanya dilakukan secara bersama.


"..... Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu...."  [49:7]


Thank you Allah..


* Psst, gara2 serabut dengan macam2 perkara, maka kami mengambil keputusan membawa diri keluar Irbid. Tapi, bukan jalan-jalan kosong tau. Jalan-jalan mencari Ibrah! eheh~


Air terjun panas semula jadi. Subhanallah, cantik kan?


Kolam air panas.


Kolam air  panas kawasan keluarga. nampak tak asap2 tu? Suhunya mencecah 40 darjah. :)


Pemandangan ketika perjalanan pulang ke Irbid.


Bersahabat atas keimanan,
tak akan rasa terasing.
*gaya spontan tanpa dirancang*

SEKIAN