Wednesday, May 25, 2011

Perkongsian Tentang Jordan

Bismillah....

Tentang Jordan.

salam'alaik..^_^. Minta maaf sangat lambat hantar mesejnya. Kami dalam fatrah imtihan sebelum ni..semalam baru habis imtihan, fuh~..huhu..alhamdulillah, (doakan ye)..



emm..akak cerita sikit secara kasar tentang pembelajaran di jordan. Di jordan, ada 5 universiti yang pelajar malaysia belajar di situ,..
1.Universiti Yarmouk,Irbid (fiqh usul,usuluddin,lughah,iqtisod).
2. Jordan University of Science and Technology,irbid (medik,dentist).
3. University Al Al-Bayt, Mafraq (figh usul, usuluddin, lughah)
4.University Mutah, Karak (fiqh usul, usuluddin, lughah (ada kot..tapi macam x selalu dengar)
5. Universiti Jordan, Amman (fiqh usul,usuluddin,lughah)...

dan lagi satu WISE di Amman juga...tapi rasanya WISE ni tak ramai pun pelajar malaysia belajar di situ. Antara byk2 universiti ni, populasi pelajar melayu memang plg ramai adalah di Irbid (Yarmouk+JUST). Disebabkan akak ni pelajar Yarmouk..maka akak boleh ceritakan ttg keadaan hidup di Irbid serba sedikit..tempat2 lain tu..sikit2 boleh la. hehe..takpe, kalau awak nak tau jugak, nnti akak tanya pada akhawat yg ada kat sana..:) InsyaAllah.

bandar Irbid bolehlah dikatakan agak maju juga berbanding bandar2 yang lain. Jarak 2 jam perjalanan dari Amman, 45 minit dr Mafraq, 4 jam dari Mutah . Maju maksud akak adalah ada banyak kemudahan yang boleh didapati...jamiah sangat dekat dengan kedai, rumah2..kedai makan, kedai elektronik,kedai alat tulis..dan kedai2 ni banyak dan mengelilingi jamiah yarmouk. Nak apa2 keperluan, insyaAllah boleh je dapat.Kalau pelajar JUST jauh sikit..mereka kena naik coaster (ala2 bas) untuk ke sana..dan sampai dalam lebih kurang 30 minit macam tu. Tapi kalau YArmouk..boleh jalan kaki je..(kalau tinggal area berdekatan)..akak rasa sekarang ni pon rumah yg akak duduk adalah antr rumah pelajar yarmouk yang terjauh dari jamiah...dan kalau jalan, boleh sampai ke kuliah syariah tu dalam 15/20 minit.

untuk beli barang2 bundle pun boleh..selalunya kami akan ke balad. Kalau musim sejuk nak beli kasut but/windbreaker yang murah dan kualiti, maka tempat yg selalu org pergi adalah balad. Tapi kena berjalan lah kat balad tu..kene tahan pening sikit. (huhu :p). Dan kat irbid ni jugak ada je shopping mall yg besar..Arabella Mall, Irbid Mall, Safeway...ini antr yg selalu pelajr malaysia pergi. Pejabat pos pun ada di balad ni.
Oh ya...persatuan pelajar malaysia di Irbid ni dipanggil PERMAI. kalau awk pernah bc novel Sinergi..ha, itulah dia. :) Setakat ni ahli PERMAI dah mencecah lebih kurang 800 lebih ..(ramai kan??), PERMAI selalu je buat program..prog hari raya, sukan, program berbentuk tarbiyyah pun ada (projek Iman), tafaqquh, bedah kitab...program2 ni semua terbuka untuk semua ahli permai, sape2 nak join...boleh je :). Nanti awk boleh berkenalan lagi dengan PERMAI bila awak dah sampai sini...hehe ^_^.

Tapi tak dinafikan, kos sara hidup di Irbid ni agak lebih tinggi sikit dr yg di Mutah dan Mafraq..dgn Amman lebih kurang je kot. Harga2 rumah pun dah naik skit sekarang ni..jadi buat persediaan dari kewangan, dan latih2 untuk berjimat dalam beli barang.

Tahun pertama di Irbid, bagi pelajar Yarmouk...semua pelajar malaysia yg baru sampai wajib jalani peperiksaan markaz lughah (pusat bahasa)..kalau lepas, diberi pilihan sama ada nak masuk kuliyyah terus ataupun nak belajar di markaz lughah selama 1 sem. Bagi pelajar yg lepas dan memilih untuk bljr di markaz lughah akan dibenarkan untuk ambil 2 subjek kuliyyah dan akan masuk mustawa (kelas) 4 ba...yuran pula hanya 300 JD. Tapi kalau pelajar tu x lepas periksa ni, maka dia wajib belajar markaz lughah, yuran 400 JD..kelas pula akan ditentukan oleh orang markaz mengikut keputusan periksa dia..dan hanya dibenarkan ambil 1 subjek kuliyyah je. (ini mengikut apa yang dijalankan masa tahun akak datang.. tak tau lah mungkin dia tukar sistem untuk batch seterusnya)

dan lagi satu periksa adalah periksa kafaah (imtihan kafaah)..ada 3 benda..periksa komputer,bahasa arab istidraki dan english. Semua ni periksa MCQ dan jawab kat komputer. Siapa yang lepas periksa ni, tak perlu dah untuk ambil subjek ni di kuliyyah..sapa yang x lepas, kena ambik. ~nak tahu lebih lanjut boleh tanya akak nnti ye..:)

Ok...ini point yang paling penting..(hehe ^_^). Keadaan tarbiyah di Irbid, Alhamdulillah...di Irbid , ramai je akhawat2 kite, kakak2 yang komited dalam mencurah tenaga.Usrah, mabit, daurah, jaulah, rehlah..insyaAllah istiqamah dijalankan..(ameen..doakan kekal beterusan :)). Dan selalunya kalau program2 besar..akan gabung dan kite dapat jumpa akhawat2 dr mutah, mafraq dan amman. InsyaAllah kheir~..


-Tentang rumah, minta maaf sangat..lupa pulak nak jelaskan. bagi pelajar2 first year yg baru sampai, akan disediakan tempat di sakan (lebih kurang mcm asrama,-bg pelajar jamiah yarmouk)...sakan yarmouk ni terletak dalam jamiah. Tapi siapa yang nak duduk di luar boleh jugak..boleh cari rumah baru ataupun nak duduk dengan senior2. Jangan risau, senior2 bantu...Kalau awak nak duduk luar, insyaAllah akhawat2 di sini akan tolong uruskan. InsyaAllah.. :). Kalau akak, akak mmg cadangkan utk awak duduk kat luar..dgn senior2 la..:)

- Tentang pakaian, persatuan PERMAI di sini sebolehnya berusaha untuk wujudkan biah solehah antar org2 Melayu, jadi antara tatacara pemakaian yang digariskan adalah baju kurung/ jubah. T-shirt labuh pun boleh je sangat...tapi kami biasanya pakai dengan kain, seluar pun ok je (yg longgar). Tapi lebih selesa pakai dengan kain kot..sebab rasa lebih terjamin (dgn seluar di dalamnya)...huhu..melainkan kalau nak pergi riadhah, ahlein je nak pakai seluar. Untuk pelajar yarmouk, sangat sangat sangat digalakkan untuk pakai kain, jarang kot pelajar perempuan Melayu pakai seluar. Paling2 pon pakai jubah seluar...sebabnya pelajar Melayu di Yarmouk terkenal dengan kesopanannya berbanding pelajar2 Arab. Baju kurung warna terang tu ok je...tapi kadang2 segan jugak nak pakai..huhu..tapi ada je org Arab pakai terang2 ni. Rakyat Urdun dah biasa kot tgok org melayu pakai warna-warni..(:p)

- Tak kisah pun laptop..macam akak, akak bawak laptop dr Malaysia je...pastu download tulisan arab. Sticker keyboard tulisan arab boleh je beli kat sini. :) Bawa dr malaysia senang, produk kat sini lagi mahal dr malaysia..dan kualiti malaysia pun lebih tnggi.

- Hmm..hehe, peringkat awal dulu..fuh, agak struggle jugakla nak faham..sebab kta pun masih baru kan. Dengar pensyarah cakap macam " lajunyeeeeeee......."...tapi insyaAllah lama2 ok la. Faham la jugak...benda ni pun takes time kan . :). InsyaAllah, dgn semangat yang tinggi untuk belajar Arab..boleh punya. Kalau x konfiden untuk masuk kuliyah terus (sbb takut x faham), boleh belajar kat markaz lughah dulu... sebab kat stu doktor ajar bhs ammi (bhs pasar) sekali..perkataan2 ammi,dan fushah. Tambahan, biasanya PERMAI pun akan buat kelas ammi untuk mereka yg nak belajar...kelas ni biasanya senior2 la yg conduct. :)


wassalam.
ahlein2 ke Jordan.~ ♥