Tuesday, September 13, 2011

Jejak Sulung Di Bumi Syam

Bismillah . . .

Alhamdulillah selamat sampai di Jordan pada 5 sept 2011. Saya dan rakan2 bawah JAIPk, antara yg paling awal smpai drpd pelajar2 lain (Mudah-mudahan kami dah masyi dgn kawasan Jordan lebih awal . . .amiiin). Sampai shj kami disini (Amman, Jordan), bagaikan rusa masuk kampung. Asing tak terkata. Sekeliling pak arab dan mak arab. Agak jakon pun ada. Alhmdulillah . . . segalanya baik2 disini. Semuanya atas bantuan senior2.


Kemudian perjalanan kami disambung dari Amman  ke Irbid dgn menaiki coaster (bas kecil). Kami smpai agak lewat mlm ke Irbid atas sbb2 tertentu. Kmudian ada bbrp taklimat disampaikn oleh JK SPB (Jawatankuasa Sambutn Pelajar Baru) secara kecil-kecilan. Alhamdulillah bila berjumpa dgn kakak2 di Jordan ni, terubat rasa rindu kpd keluarga tercinta di tanah air . . . alhmdulillah . . .

Dua hari selepas itu, baru berkesempatan utk online. Laman sosial Facebook dibuka . . .

" Wah berpuluh-puluh notifications . . .banyaknye!!"

Dari situ terdetik nak baca post dari ummi . . . (mestila. . . pilihan utama di hati . .)
Tersentuh dengan penulisan umi walau hanya serangkap. .


"....alonngggg..kita berpas pasan tinggalkan KLIA.... ayah umi di highway..dn along di udara, mcm alya kata...sampai k long hilang dalam awan....oman air WY 824 sgt jelas hijau kebiruan....bawa anak umi terbanggggg... " Umi jgn nangis ...sbb along pergi nak tuntut ilmu".oh ya ya umi tak nangis...sampai rumah tengok mesin jahit..pandang bilik.....umi pakat dgn airmata..umi tak nangis tapi airmata yang pandai2 menjenguk keluar. Rupanya anak umi dah mulakan nafar perjuangan. bumi urdun jadi saksi...... tkasih menjadi anak yg setia temankan umi 9 bulan yg kita kongsi....di Ipoh. Doa kami sentiasa bersama kak long...."

Subhanallah. . . .  sebak dada . . . . bergenang  air mata . . . hanya Allah yg tahu hati seorang ibu bagaimana . .
" Nadia . . . kalau enti rasa sedih, ingat balik apa tujuan utama enti dtg ke Jordan . . . . "
Kata2 sahabat terngiang-ngiang di telinga sebagai penguat semangat . Air mata diseka.
Yes Nadia, you have to be STRONG!

Umi, ayah dan adik2 . . .  Kalian menghantar diri ini ke bumi syam dengan harapan tinggi. . . insya-Allah, pulang diri ini bukn sekadar cuma segulung ijazah, tetapi membawa penawar2 untuk hati-hati yg kehausan bimbingan tarbiyah yg diiringi kasih sayang . . . . .insya-Allah bi'iznillah . . . Moga Allah tsabatkn hati ke arah yg diredhai-Nya . . . Amiiiiin . . .

Disini, saya selitkn juga gambar2 buat tatapan pembaca yang berminat mendalami sejarah Islam.

Antara tempat2 yg sempat kami lawati >>>>



Makam ABU 'UBAIDAH AL-JARRAH...

Pandangan dari bawah bukit, " Kubu Salahuddin al-Ayubi"

Akhirnya, Kubu Salahuddin al-Ayubi berada di depan mata... yg selama ni hanya diceritakn dlm sejarah.  Subhanallah hebat kan binaan Islam zaman dahulu?? Masih kukuh sehingga kini...

Baru faham kenapa Salahuddin al-Ayubi mendirikan kubu di bukit ini. Rupa2nya, dari sini  dapat dilihat sempadan beberapa negara. Antaranya, Syria, Iraq, Palestin, Mesir. Hebatkan pemikiran strategi Salahuddin al-Ayubi...


Beberapa bahagian binaan yg asih kukuh sehingga kini...

Bagi yang belum pernah melihat BUAH TIN yg masih fresh. . . inilah dia!!! Sgt manis . . .


Sekian wassalam . . .