Wednesday, July 29, 2015

Sedekah : What you give, you get back!






Setiap malam selepas solat isya', kebiasaannya ahli rumah akan berkumpul baca al-Mulk kemudian bersurai dengan kerja masing-masing. Bermula akhir tahun lepas, ada cadangan dari seorang ahli rumah untuk nyanyi asma'ul husna diikuti bacaan buku pilihan, berjudul "Menjadi Wanita Super dengan Asma'ul Husna". Demi kelangsungan suasana ruhiy dan amal jama'ie dalam RI (Rumah Islam), kami bersetuju, sangat bersetuju! :D  "At least, bila kita sebut nama-nama Allah ni, niatkanlah sebagai zikir harian", katanya. Saya tersenyum sendiri. Aduh...nostalgia suasana perhimpunan pagi sekolah.



Sekarang kami dah sampai nama ke-79 "Al-Barr" yang bermaksud Maha Dermawan. Menghayati nama Al-Barr dapat memotivasikan diri melakukan kebaikan dan memupuk sikap dermawan dalam diri. Rasulullah bersabda, "Hendaklah kamu takut kepada api neraka dan bersedekah walaupun hanya dengan separuh kurma. Siapa yang tidak mampu, hendaklah dia bersedekah dengan tutur kata yang baik." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)




Al-Barr = Dermawan.

Sifat dermawan membawa ke arah hidup yang lapang, di dunia mahupun di akhirat. Ia adalah faktor yang mengembangkan harta seseorang. Orang yang mahu menjadikan tangannya sebagai perantara pemberian Allah kepada orang lain, dia membentangkan tangannya sebagai nikmat. Allah menjamin rezekinya di dunia dan di akhirat kelak, Allah menggantikan rezeki yang dia sedekahkan dengan curahan rahmat. 


Rasulullah bersabda, "Allah menyampaikan tiga perkara kepadamu dengan kalimat sumpah. Aku mahu menyampaikan salah satu daripada hal itu, hafalkanlah ia. Harta benda tidak berkurangan apabila kamu menyedekahkannya. Tidak ada seorang pun yang bersabar atas kezaliman yang ditimpakan kepadanya kecuali Allah menambahkan kemuliaan kepadanya. Tidak ada seorang pun yang membukakan pintu bagi orang yang meminta pertolongan daripadanya kecuali Allah menjauhkan kefakiran daripadanya." (Ibnu Majah)


Sebuah hadis kudsi menyebutkan, Allah memberikan perhatian khusus kepada orang yang dermawan. Allah berkata, "Bersedekahlah, nescaya aku memberikan rezeki kepadamu. Tangan Allah selalu penuh dengan kurnia dan ia tidak habis kerana sedekah yang diberikan oleh para dermawan pada waktu siang mahupun malam. Tidakkah kamu tahu, Allah mencurahkan rezeki  semenjak Dia menciptakan langit dan bumi? Kurniaan Allah tidak pernah habis dan singgahsana Allah itu berada di atas air. Pada tanganNya, terdapat timbangan yang direndahkan dan diangkat." (Bukhari)


Allah berkata, "Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia menyempitkan  rezeki bagi siapa yang  dikehendakiNya. Allah menggantikan apa sahaja yang kamu nafkahkan. Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.  [ Saba' : ayat 39 ]




Bersedekah menjauhkan malapetaka

Ada kisah menarik berkaitan dengan sedekah ni. Saya harap pembaca masih bersabar membaca tulisan ini sampai habis. Serius menarik. 

Pada suatu hari, Nabi Isa berjalan di dalam sebuah dusun.. Dalam dusun itu, tinggal seorang tukang cuci baju. Penduduk dusun yang melihat kehadiran nabi Isa mengadu kepadanya, "Wahai nabi, tukang cuci itu selalu mengoyak pakaian kami. Tolonglah berdoa kepada Allah dan memohon supaya dia tidak dapat membawa bungkusan baju itu ke rumahnya".

Nabi Isa pun berdoa, "Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia pulang dengan bungkusan baju itu."

Pada waktu itu, tukang cuci itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bagi mencuci pakaian sambil membawa tiga potong roti. Di tengah perjalanan, seorang abid menyapanya dan bertanya, "Adakah engkau membawa makanan? Sudah lama aku tidak makan."

Tukang cuci itu pun memberikan sepotong roti kepadanya. Kemudian abid itu berdoa, "Semoga Allah mengampunkan dosamu dan menyucikan hatimu."

Sesudah abid itu habis memakan rotinya, tukang cuci itu pun memberikan sepotong roti lagi lalu abid itu berdoa, "Semoga Allah mengampunkan dosamu yang lalu dan yang akan datang".

Apabila abid itu habis memakan roti itu, tukang cuci memberikan rotinya yang terakhir. Sekali lagi , abid itu berdoa, "Semoga Allah membina sebuah rumah untukmu di syurga."

Selepas itu, tukang cuci pulang ke rumahnya dengan selamat. Orang-orang di dusun itu kehairanan kerana mereka meletakkan seekor ular berbisa dalam bungkusan yang dibawa oleh tukang cuci tadi. 

Mereka melaporkan hal itu kepada Nabi Isa. Nabi Isa pergi berjumpanya dan bertanya, "Apakah yang kamu lakukan hari ini?" Tukang cuci itu menjawab, "Saya bertemu dengan seorang abid yang sedang beribadat di atas bukit, dia meminta rotiku dan aku berikan kepadanya tiga potong roti. Bagi setiap potong roti yang aku berikan, dia mendoakanku." Nabi Isa berkata, "Bawa ke sini bungkusan yang kamu bawa tadi."

Dia pun mengambil dan menyerahkan bungkusan itu kepada Nabi Isa. Apabila Nabi Isa membukanya, beliau melihat seekor ular hitam dengan mulut terikat. Nabi Isa bertanya kepada ular itu, "Wahai ular, bukankah kamu dimasukkan dalam bungkusan ini bagi membunuh tukang cuci ini?"

Ular itu menjawab, "Benar, tetapi dia kemudian bertemu dengan seorang abid dan memberikan makanan kepadanya. Abid itu mendoakannya, para malaikat mengaminkan doa itu sehingga Allah mengutuskan malaikat bagi mengikat mulutku."  Kemudian Nabi Isa berkata, "Wahai tukang cuci! Perbaikilah amal perbuatanmu, sesungguhnya Allah mengampunkan dirimu berkat sedekahmu."






Manfaat Bersedekah.

Menurut Rasulullah s.a.w, orang yang bersedekah dengan hartanya, hartanya tidak akan berkurangan, malah bertambah. Nabi juga berkata, "Tidak ada orang yang bersedekah pada siang atau pun malam hari, melainkan dia terpelihara  pada hari itu daripada mati  digigit binatang berbisa, jatuh daripada bangunan atau pun mati mendadak."


As-Samarqandi menghuraikan, bersedekah mendatngkan 10 kebaikan, lima diperoleh di dunia dan lima diperoleh di akhirat.


5 kebaikan di dunia :

1. Membersihkan harta kekayaan. Kata nabi, "Ingatlah, jual beli selalu disertai dusta dan sumpah. Oleh sebab itu, bersihkanlah hartamu dengan bersedekah."

2. Membersihkan diri daripada dosa seperti pesanan Allah, "Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah bagi membersihkan dan menyucikan jiwa mereka."

3. Menolak bala dan penyakit seperti kata nabi, "Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah."

4. Menyenangkan hati orang miskin kerana hal itu adalah sebaik-baik amal bagi orang mukmin.

5. Meluaskan rezeki seperti kata Allah, "Allah mengganti apa sahaja yang kamu sedekahkan."



5 kebaikan yang diterima di akhirat :

1. Menjadi payung atau pun perisai.

2. Meringankan perhitungan amal.

3. Memberatkan timbangan amal kebaikan.

4. Memudahkan menyeberang jambatan yang terletak di atas api neraka.

5. Meningkatkan darjatnya di syurga



*****



Entah kenapa selesai exam yang berderet baru-baru ini rajin pula mengupdate blog. Setiap hari ada saja tarbiyah peristiwa yang Allah bagi. Kalau ikutkan, hari-hari nak update. Eceh, gaya cakap macam mampu... Memang tunggang-langgang aktiviti harian kalau kerja menghadap laptop tiap-tiap hari.

Tengah update post ni pun tak sedar diri esok ada exam bertulis tajwid. Sem soifi (summer sem) kali ini, walaupun kelas 4 hari sahaja, setiap minggu rasa ada exam, hatta hujung minggu pun Dr. nak buat exam. Huhu. Doakan.


" Exam bukan Tuhan..." -quoted.


Khayr, insya-Allah.



*****



"Sem berbaki ni fokus tau Nadia, fokus! Sikit je lagi. Sikiiiit je lagi. Ana tunggu enti kat Malaysia. Nanti boleh plan sambung master sama-sama. Insya-Allah biiznillah, jika ada rezeki lebih.:')" 
-ukhty-

Rangkulannya semakin erat sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Queen Alia. Bunyi hon tiga kali tanda pakcik teksi dah sampai di perkarangan rumah. Pelukannya dilepaskan perlahan.  Dia terus bersalaman dengan sahabat lain lalu menuruni anak tangga bersama beg rodanya.


Terima kasih ajar ana erti memberi dan ikhlas.





Doakan ana enti.. 






290715
Bayt Islah, Irbid.
Jordan.






Thursday, July 23, 2015

Menjaga Rahsia : Satu Teguran








"Enti.. sebenarnya............."
"Jangan beritahu sesiapa ya..."



Sejak di bangku sekolah, pasti ramai ada sahabat seperti ini. Gemar berkongsi rahsia atau bahasa mudahnya bergosip, kemudian diakhiri dengan ayat bersyarat, "Jangan beritahu sesiapa....".

Sebagai perempuan a.k.a akhawat, lumrah kitaran hidupnya memang sentiasa berteman. Mungkin tak semua, tapi pada kebanyakan. Teman berbicara, teman bekerja, teman study group, teman ziarah mutarabbi (cewwah), teman berkongsi makanan, teman mencurah air mata dan teman macam-macam. Itulah akhawat :D.

Tak kurang juga teman berkongsi rahsia. Sentuh bab berkongsi rahsia, sebenarnya banyak adab menjaga rahsia yang kita terlepas pandang. Dah namanya akhawat, bila dah start enjin nak bercerita memang segala tiang lampu isyarat dilanggar.  Apa yang saya nak tekankan di sini, bagaimana amanah kita menjaga rahsianya.

Bagi yang merasakan akhawat adalah segala tempat luahan hati, semua perasaan, semua rahsia, semua hal peribadi nak muayasyah, pasti akan ada situasi yang terlepas-terlepas. Satu teguran buat spesies mereka, saya sangat tak gemar anda menceritakan atau menyampai-nyampaikan hanya sekadar untuk menjadi bahan bualan atau hangatkan suasana. Tanpa sedar perbualan tentang perihal seseorang boleh jatuh ke dalam situasi mengumpat.


Bila ada seseorang ingin berkongsi sesuatu kepada anda, dan anda menjadi orang dipercayai untuk bercerita tentang perkara-perkara sulit atau perkara besar , pelihara lah sebaiknya. Jangan disampai-sampaikan tanpa kebenaran tuannya. Sebab rahsianya adalah maruahnya. Jangan sesekali dengan mudah kita membuka cerita kepada orang yang tiada kaitan. Andai rahsia itu sampai kepada orang yang tidak sepatutnya, andai rahsia itu tersebar tak kena masanya, bimbang timbul rasa yang tidak sejahtera di kalangan yang terlibat. Jangan sampai tsiqah orang lain semakin hilang terhadap kita wahai akhawat.


Serik dengan situasi begini. Kerana sikap-sikap tersirat seperti ini, sesetengah orang kurang meletakkan kepercayaan pada akhawat. 





Kerana akhirnya akhawat juga seorang manusia.




"Ada perkara yang boleh dicerita, ada perkara yang tak perlu pun dicerita.
Maka, berpada-padalah...Diam itu lebih baik.."







9.27 pm.

230715,
Bayt Islah,
Irbid, Jordan.







Tuesday, July 14, 2015

Malam al-Qadar

Medina AzZahra', Cordova, Spain.
230114.


 ~ ** Malam Al Qadar ** ~

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.
Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

 Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, Aku hanya insan lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dlm mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu yg Salim wahai Ar Rahman, wahai Ar Rahim.



Copy paste Dari Ustzh Arpah.

Friday, July 3, 2015

Embrace yourself.



[Day 15th Ramadhan]


*Lets be honest with the keyboard*
Rasa macam tak ada viewers sangat untuk blog yang dah lama tak update ni.
Entri ini lebih kepada catatan sendiri sepanjang 15 akhir Ramadhan tahun ini.


*****

Last semester.
It was like a huge punch on my face.
 A big lesson for me.


Subjek berbaki kurang dari sepuluh sebelum melangkah ke alam graduasi. Walaupun  dah boleh grad bulan 8, saya berpakat dengan beberapa ukhty untuk stay lagi dua sem di bumi Jordan. Satu sem ambil subjek sikit-sikit, supaya dapat fokus lebih dan pengukuhan pelapis disini juga. 


End up, sehebat mana pun perancangan  kita pada permulaan, ia tetap tak menjamin kelancaran perjalanannya. Andai Allah susun begitu, maka begitu juga yang kita lalui. Cabaran tetap ada di tengah. Kita sendiri tak jangka. Selesai satu, datang satu. Selesai satu datang satu.
Saya belajar. Mendidik diri supaya tidak cepat gelabah atau terlalu ikut emosi dalam situasi apa sekali pun.

Cool..cool...Heh.


Sampai satu tahap, fokus yang selama ini kita jamin dapat membantu sepanjang sem yang berbaki, tak menjadi seperti yang diharapkan. Macam-macam persepsi timbul.
Bila bermain dengan persepsi, fikiran jadi celaru. Berlaga-laga antara bisikan ilham atau bisikan was-was.

" Enti ni punnn... tak perlu lah besarkan apa yang kecil.Wat lek wat cool sudaaaa... Yang datangnya sebesar semut je pun, tapi  tahap risaunya  macam gajah yang datang."

 " (-.-') Mungkin ana yang obvious sangat tak dapat control sifat kelam kabut tu. Setiap sem ana gagahkan diri, tapi iyelah, perempuan kan? Memang sekuat mana pun cuba untuk tabah, bila bertamu emosi cepat mengalah.."

" Drama betul lah enti ni..Macam klimaks cerita KCB pun ya jugak. Tak apa lah Nadia, kalau nak dibandingkan kita dengan sahabat dulu, masalah ni kecil je sebenarnya.."

"Huhu..."


*****

 Jun 2015 mostly batchmates  di Jordan grad dan pulang ke Malaysia. Tak sanggup hari-hari kena wida' mereka. Seorang demi seorang balik. Tergugat juga dengan perancangan sendiri, betul ke nak extend? Dalam hati, moga Allah tunjukkan jalan terbaik.

Setelah dapat keputusan final exam, memang  keputusan untuk extend sem itu yang terbaik. Keputusan ini menguatkan lagi untuk tidak balik ke Malaysia tahun ini.


It's okay Nadia, sekejap je nih.



Benda ni, saya tak sesalkan sangat sebab memang salah diri sendiri, siapa suruh tak fokus..meehee. Saya anggap Allah bagi peluang kedua untuk belajar betul-betul. Sem lepas, terasa hilang semangat nak belajar. Malasnya, subhanolloh.....hanya Allah yang tahu. Heh.
And of course, I never regret it. Dah lepas pun.
Insya-Allah. Pray the best for me.



"Kosongkan hati dan fikiran. Semua perkara di dunia hanya sementara. Manusia datang dan pergi. Peristiwa juga datang dan pergi. Doakanlah yang terbaik untuk semua orang. You deserve better and you are exactly where Allah wants you to be right now.
Best grad lambat, sebab Allah bagi peluang untuk hargai setiap detik-detik akhir di Jordan. Nanti sempat jumpa adik-adik yang baru datang tahun depan. Jangan lepaskan peluang cipta memori dengan mereka. Moga dapat grad dengan pulangan ilmu yang bermanfaat, mana tahu rezeki lebih boleh buka kedai bakery dan majukan Kangen Water? Hehe.", seloroh ummi.

"Ceit ummi! Heheh."







Ameen.




Keep calm
Excel in everything that we are facing now.
Love our parents.
Embrace each moment with people around us.
We have a long way to go.


So, embrace yourself!



"To understand the purpose of hardship, we have to bring it back to the purpose of our creations"
"Bad things never happen to good people"
(Yasmin Mogahed)




Kullu khayr insya-Allah.