Wednesday, December 19, 2012

Acherafiez




Segalanya kumulakan dengan Bismillah.


*****


" Ummi, doakan abang. Esok result PMR dah nak keluar. Abang tak tahu kenapa, lepas solat tadi abang menangis. Tiba-tiba rasa sebak.. "


" Tak apa abang.. Ummi tak kisah abang dapat berapa. Allah lebih tahu apa yang abang perlukan. Insya-Allah Allah akan beri yang terbaik untuk anak ummi. Jangan risaulah. " Lembut sahaja ummi membalas.


Mendengar penceritaan dari ummi, membuatkan saya juga turut merasai tempiasnya. Terharu. Seorang adik lelaki yang boleh tahan tinggi egonya, dengan mudah menyatakan "dia menangis". Itulah hati seorang anak. Bila disapa lembut dengan kasih-sayang, dengan mudah dia akan telus dalam berbicara.


*****


Di dalam musolla lelaki, masing-masing bergerak membentuk satu bulatan. Seperti biasa, seminggu sebelum peperiksaan UPSR,PMR mahupun SPM, guru2 akan mengadakan sesi bersalaman, selawat dan doa. Sampai sahaja gilirannya untuk bersalaman dengan serang ustaz,


" Asyraaf kalau nak nangis, nangis je lah.." Kata-kata yang terpacul dari mulut ustaz itu seolah memujuk seribu satu perasaan yang terbuku dalam hatinya.


Selepas bersalam, tanpa mengeluarkan sepatah kata, bahu ustaz itu dirangkulnya. Erat. Tanpa disedari, manik-manik halus menitik laju dari tubir matanya. Deras tak terhenti. Pipinya basah. Jiwanya sendu. Kerongkong seolah disekat dengan sesuatu sehingga diam seribu bahasa.


Satu-satunya ustaz yang banyak membantu dari sudut psikologi, belajar, gerak kerja yang melibatkan pimpinan sekolah dan tarbiyyah. Dalam adik-beradik saya, dialah generasi yang ketiga dapat merasai curahan tarbiyah dari ustaz itu. Bagaikan seorang bapa yang mendidik dengan penuh kasih-sayang. lagi-lagi dengan pelajar asrama. Wardenlah katakan..! :)


Disebabkan Asyraaf duduk di asrama, ustaz itu lebih mengetahui apa yang berlaku. Apa-apapun yang terjadi, setiap manusia itu perlu dibentuk dengan acuan rabbani agar dirinya terbina. Hatta dia seorang adik kepada pimpinan pelajar yang tinggi atau taiko sekolah yang digeruni, 'title' abang atau kakaknya tidak cukup mewarisi sikap seorang adik yang adakalanya Allah kurniakan tahap pemahaman yang berbeza.


Ya, iman tak dapat diwarisi.


Senyum. :')

*****


Maaf tiada disisi sebagai peneman
Hanya mampu tembakkan doa untukmu dari jauh.
Semoga menjadi anak yang soleh.
Hidup menjadi orang yang berguna untuk masyarakat, bukan dipergunakan.
Kita ada prinsip, ada garis panduan, maka ikutlah apa yang Alah redha.
Lastly, kena tenang dalam apa jua keadaan.

Semoga Allah ganjarkan yang terbaik esok!
Jangan sedih2.. 

:'D
ahhah~ 
*mata masuk habuk sudah*


*****


" .....Ya Allah, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kerja yang engkau redhai....."

[ an-Naml :19 ]





Monday, December 17, 2012

Adik Manis : Hamman Main, Jordan.



" Maka tidakkah mereka memerhatikan langit yang ada di atas mereka , bagaimana cara Kami membangunnya dan menghiasinya dan tidak terdapat retak-retak sedikitpun? [6] Dan bumi yang kami hamparkan dan Kami pancangkan di atasnya gunung-gunung yang kukuh, dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam tanaman yang indah [7]  Untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali (tunduk kepada Allah) [8] "

[ Qaaf : 6-8 ]

Alhamdulillah. 
Satu kalimah yang sempurna sebagai tanda seorang hambaNya yang bersyukur kepada-Nya.
Satu perasaan yang sukar dirungkai kata-kata tapi cukup bahagia bila menjiwai perasaannya.


Kenapa saya mulakan dengan ayat al-Quran?
Supaya Allah pelihara permulaan ini. Bilamana permulaannya terjaga, insya-Allah ketika dan pengakhirannya juga akan terpelihara. Sebagai seorang muslim, amalan ini yang membezakan antara kita dan orang biasa-biasa. Jom sama-sama praktikkan? :)


Tenang.


Fitrah manusia, memang sukakan ketenangan. Melihat dunia yang semakin sibuk, dengan kerja, ragam manusia, aktiviti harian yang (mungkin) kurang membantu pembinaan diri, adakalanya kita perlu mengasingkan diri. Jika bukan pada ibadah, melihat pada penciptaan Tuhan sudah mencukupi.


Lagi-lagi bila berdamping dengan orang yang menjadi cerminan diri. Ya, sahabat. 
Sama-sama membina dan terbina. 
Sama-sama mengejutkan bangun pagi untuk berqiamullail. 
Sama-sama saling menasihat andai ada yang tersasar.
 Sama-sama bermasyarakat untuk meraih redha Allah. 
Sama-sama bertepuk-tampar sayang.
 Bila serabut, sama-sama membawa diri melihat ciptaan Allah. 
Ini antara salah satu adegan yang paling manis! 


Semuanya dilakukan secara bersama.


"..... Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu...."  [49:7]


Thank you Allah..


* Psst, gara2 serabut dengan macam2 perkara, maka kami mengambil keputusan membawa diri keluar Irbid. Tapi, bukan jalan-jalan kosong tau. Jalan-jalan mencari Ibrah! eheh~


Air terjun panas semula jadi. Subhanallah, cantik kan?


Kolam air panas.


Kolam air  panas kawasan keluarga. nampak tak asap2 tu? Suhunya mencecah 40 darjah. :)


Pemandangan ketika perjalanan pulang ke Irbid.


Bersahabat atas keimanan,
tak akan rasa terasing.
*gaya spontan tanpa dirancang*

SEKIAN




















  



















Tuesday, July 31, 2012

Gaya bahasa, perlu dijaga.




" Along, macam mana dengan perancangan penulisan?"

" Tak tahulah umi, rasa kering. Tak ada idea." Ringkas jawapanku.

" Banyakkan berdoa sebelum menulis, nak. Bila menulis, tak perlu ikut sebiji-sebiji cara orang lain. Biar ringkas asalkan sampai isi yang dibawa. "

" Mungkin along banyak membaca cara penulisan orang yang berbeza-beza? Penulisan pun jadi tak fluent. Sekejap puitis, sekejap gila-gila, sekejap merepek. "

" Along menulis sebab apa?"

Aku terdiam. Berfikir sejenak.

" Along nak orang rasa terhibur? atau sekadar suka-suka menulis? Cuba along tengok cara penulisan ustaz Hasrizal. Hanya cerita mengenai hari-hari hidupnya, tapi gaya bahasa yang digunakan sangat halus dan penuh makna. "

"Gaya bahasa...?"

"Ya, gaya bahasa. Umi perasan, dia sangat menjaga gaya bahasa penulisannya. Sebab itu ceritanya nampak menarik. Ditambah lagi dengan maksud yang ingin disampaikan. Ramai terkesan, termasuklah umi, hihi. "

Umi menjelaskan.

"Hmmm... "

"Jangan kisah kuantiti orang yang membaca. Teruskan menulis. Hadirkan hati ketika menulis. Biar isinya sampai ke hati yang membaca. "

"Ish, tinggi sangat angan-angan tuh! "

"Eh! tapi tak mustahil kan? Unknown writer. Kita menulis, tapi orang tak tahu siapa yang menulis. Umpama, kita bersedekah atau lebih kepada memberi tapi orang tak tahu siapa pemberinya. Seronok kan perasaan tu? "

Aku hanya tersenyum. Insya-Allah, akan cuba lebih menjaga gaya penulisan. Kalau ada yang kebosanan dalam penulisan ini, carilah penulisan lain yang lebih sesuai untuk diri sendiri.


Monday, July 23, 2012

Ramadhan dan Thalhah





Pejam celik- pejam celik, Ramadhan di sini sudah masuk hari keempat.
Bumi barakah, boleh berlaku perkara yang tak disangka-sangka.

Suhu mencecah 38 darjah celcius. Ramai bimbang bagaimana dengan Ramadhan tahun ini? Cuaca yang  terik disertai bahang angin lebih panas dari biasa. Kalau tertidur dalam bilik,  baju tetap basah dengan peluh yang tak henti-henti menitik, hatta ketika tidur bertemankan kipas di sisi :)

Panas yang amat! Anda sendiri boleh bayangkan bukan?

Alhamdulillah. Satu perkara yang tak disangka-sangka, masuk sahaja 1 Ramadhan, angin pagi tak sebahang yang disangka. Waktu tengah hari tidak seterik yang dijangka. Walaupun ketika musim panas, Allah hadirkan nikmat angin sejuk dari pagi hingga malam.

Ajaib bukan?
Syukur...segalanya dikembalikan kepada Allah.

Buat pertama kalinya menyambut satu Ramadhan jauh di perantauan. Adanya sahabat yang banyak mengingatkan pada Allah, sudah cukup mengubat kerinduan.

Bulan Ramadhan, bulan yang paling banyak meninggalkan kesan. Timbul pelbagai perasaan melalui infiniti pengalaman. Ya, pengalaman banyak mengajar erti sebenar kehidupan.
Paling penting, kebergantungan pada Tuhan tidak diketepikan.

Prinsip saya untuk Ramadhan kali ini, cari sebanyak mungkin makrifat Allah! Tak kisah dalam keadaan apa sekalipun! Lagi-lagi jika sifat malas menguasai diri. Ketika itulah, kesibukan kita dalam beramal memerlukan usaha yang tinggi! Maka, berusaha!

Satu anugerah dari Allah kerana hadirnya rasa bahagia, apabila hadirnya seorang rijal kecil ini menceriakan keadaan.



Tholhah namanya.
Anak ikhwah akhawat dari France.
*sangat2 'chubby', sampai semua orang geram dengan dia.

Menjaga dia sepanjang ibunya mengikuti kelas bahasa Arab.
 Bermain denganya. Memandikannya. Membersihkannya. Menyuap makan minumnya..
Mendodoikannya. Menyalinkan pakaian untuknya (ini tak payah cakap, sampai lenguh-lenguh badan dibuatnya, gara-gara nak pakaikan baju. Nak tangkap dia punyalah susah... heh, pengalaman manis tu!)


Betul lah kata kak Asma', he's the most adorable kids bila berjumpa dengan ikhwah akhawat. Dan memang terbukti, sampai ada yang letak DP dalam FB lagi. :)

Hadirnya dia, banyak mengajar erti kesabaran.
Kesabaran dalam menjaga seorang insan yang masih belum berakal dan memerlukan lebih perhatian.
Al-maklumlah, sekian lamanya meninggalkan zaman menjaga adik kecil,
terasa zaman itu hadir semula. Tetapi, kali ini, dalam keadaan kita boleh mengawal emosi, tekanan dan  bersabar dengan anak kecil.

Kalau dahulu, dapat ramai adik2 kecil ketika usia  pun masih kecil.
Masih teringin untuk mencuba itu, mencuba ini.
Aktif ke sana ke mari.

Paling kelakar dengan diri sendiri, bila timbul sifat dengki dengan adik sendiri. Asyik nak menang saja. Gelak sendiri bila terkenangkan zaman itu.
Emosi seorang anak kecil yang masih belum dapat dikawal sepenuhnya. Itulah kesannya.
Hah! Andai masa itu dapat diputarkan semula.

Alhamdulillah, hari-hari sebelum Ramadhan, banyak pengajaran yang memuhasabahkan diri.
Paling seronok bila hari-hari kita diisi dengan makanan ruhiy.
Bahagianya tak terungkap dengan kata-kata. Anda sendiri melaluinya, anda sendiri akan merasainya. :)

Saya teringat kata-kata  kak Asma' :

" Kalau kita nak nak rasa kita benar-benar mendapat sibghah Allah (celupan Allah), esok pagi kita akan bangun dalam keadaan kita dah berfikir, Allah nak aku buat apa hari ini? Allah nak aku berpakaian macam mana hari ini? Allah nak aku bekerja dalam cara yang bagaimana? "

Semua ini, jawapannya pasti berdasarkan redha Allah itu sendiri. Seolah-olah, persoalannya lebih kurang begini,

" Kalau aku buat macam ni, Allah redha tak? Kalau aku berpakaian macam ni Allah suka ke? kalau aku tak buat amalan sunnat, adakah pahala itu benar2 aku dapat? "

Bermulanya Ramadhan kali ini,
saya cuba untuk melakukannya.

Manisnya hidup dan terisinya setiap detik bilamana segalanya dipulangkan kepada Allah. Seolah setiap gerakan, kita ceritakan keada Dia terlebih dahulu.

Ya, dialog hati ke hati mungkin.



Friday, July 6, 2012

Kenapa mesti takut untuk menyampai?









Bismillah.
Sejak kebelakangan ini, ada saja susunan yang terbaik dari Dia. Alhamdulillah. Terima kasih Allah! *Pandang langit, wink2*


 Segalanya bermula dengan video di atas. Terus -terang saya cakap, sebenarnya lagu ini dah banyak kali saya dengar. Dah banyak kali housemate saya nyanyi dalam rumah. Pitching lari pun saya layan ~ ;D Sampai naik bosan juga dibuatnya. Eheh~

Macam mana boleh bosan?
Sebab saya sendiri tidak memaknai maknanya! Tapi kini... setiap bait yang saya dengar tu, kadang-kadang boleh mengalirkan air mata yang mahal ini tahu! Paling tidak pun sebak. Ahah! Melayan perasaan sudah!  *kesat air mata. :'D


Baru-baru ini, saya tergerak hati nak baca blog beberapa blogger yang 'berjiwa rijal'.
Selepas temankan kawan studygroup sampai lewat malam, sempat juga saya rehat sejam lebih sehingga pukul 1 pagi. Kemudian 'blogwalking' sampai ke subuh di alam maya. Subuh di tempat saya belajar sekarang, masuk dalam pukul 3.50 pagi [sudah terang lagi bersuluh pastinya bukan di Malaysia ;D]. Maka, saya ambil keputusan untuk berjaga malam dan curi masa untuk  berqiam.


Dari beberapa blog yang saya jejaki, mesti ada pasang nasyid 'Jalan Dakwah' by Alarme.
Mereka benar memaknai maksud yang tersirat mungkin...
Penulisan-penulisan mereka, penuh dengan pengisian rohani untuk jiwa. Kagum.  Heh~ Setiap seorang, ada saja entry yang mencuit hati . Terkena juga pada diri-sendiri. Terima kasih kepada mereka-mereka. Sunguh! mereka benar-benar berjiwa rijal.
*semua pakat pakai kaca mata tarbiyah reramai* 
[rijal yang saya maksudkan adalah sifat ya! bukan lelaki ;)]


" Kenapa aku tak buat sepertimana yang mereka buat ?"


Persoalan seperti ini sedikit sebanyak mengetuk kotak fikiran saya. Mereka boleh buat, kenapa saya tak boleh? Mereka boleh tulis apa yang mereka rasa dalam DnT tapi kenapa saya tak boleh? 


Mungkin faktor kebimbangan saya sampai tahap negatif. Tak bertempat. Saya rasa, perjuangan saya lambat macam siput dek kerana diri saya yang tidak 'firm' dengan matlamat . Saya sendiri pelik dengan sikap saya yang terlalu sangat menjaga  tepi kain hati dan perasaan orang. Takut mereka bencikan saya. Takut mereka fikir yang bukan-bukan pada saya.


Sampai suatu hari, saya mengikuti sebuah 'konferens riang' yang cukup meriangkan! 
Setiap kata-kata muajjih yang diimport dari tanah air itu, cukup membuat saya tersentap! 
*Dush! ... Bagaikan terkena penampar tarbiyah dari ummi.


   Sepatutnya saya tak boleh jadi macam tu! Katanya. Satu lumrah, kalau kita ada misi tersendiri, ramai yang akan bertanya dan menyoal. Lumrah, kalau kita sampaikan kebaikan, ada yang memperlekeh sampai nak sekeh. Itu adalah lumrah!


Saya terfikir, kalaulah sampai mati saya asyik nak menjaga hati dan perasaan orang, sampai bila orang tak akan tahu! Sampai bila nak laju dalam gerabak DnT nih?  Dan apa peranan syahadatul haq saya? *sikit atau kOsOng mungkin..* Apa gunanya Allah bagi ayat chentaNya, kalau kita sendiri tidak cuba memahami.


Kalau anda mentadabbur ayat ini, [51:56]-sebagai hambaNya dan [2:30]-khalifah di bumi,  Anda rasa nak menangis seperti kehilangan orang tersayang? atau anda rasa takut tak dapat masuk syurga? Jawab sendiri dalam hati. Kalau anda orang yang benar-benar berfikiran jauh, tsabat di jalan yang menuju redhaNya, anda akan memaknai ayat ini. Berat tahu!


Dan saya sangat bimbang kalau saya jadi seperti dalam ayat ini [7:179] :-

"Dan sesungguhnya (Kami)
ALLAH akan isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian
dari golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai
hati, tetapi tidak mahu memahami ayat ayat ALLAH .
Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda
tanda kekuasaan ALLAH.Mereka mempunyai telinga tetapi
tidak mahu mendengar ayat ayat dan nasihat ALLAH.
Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang orang lalai."


Huraian...
Akibat mengabaikan peranan akal dan tidak menggunakan
akal untuk mendapatkan iman, membina agama dan
membentuk akhlak mulia ,di bimbangi manusia akan
tergolong dalam golongan yang hina di ibaratkan
lebih hina daripada haiwan.


*Kejap eh.. nak amik tisu sat..  T-T


Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini. Segalanya bermula dengan akar umbi tarbiyah itu sendiri. Liqa'dan usrah [ada beza tahu!]. Kalau ikutkan hati, setiap hari nak saja update apa yang kami perbincangkan. Bak kata seorang akhawat Jordan, "sharing-maring is caring kan?"  Ya, kami ambil berat  dalam berkongsi rasa dengan manusia, sebab itu hak mereka! Kebenaran yang perlu mereka tahu! *tercungap-cungap


Sekarang saya dalam fatrah peperiksaan. Maaf, mungkin tak dapat update secara berkala dan konsisten. Insya-Allah kalau ada masa, saya cuba.. wokeh?


*Lega, at least dapat menulis sesuatu.
Maka, saya boleh 'study' dengan tenang... wee! ^.~


Saturday, June 23, 2012

Rezeki...




Semalam baru pulang dari Mafraq.  Jalan-jalan mencari ‘hati’. Akhirnya Allah ganjarkan perasaan bahagia yang infiniti. Alhamdulillah, 4 hari saya tak online Fesbuk. Suci sikit hati… huwaa! X) Tapi yang jenuhnya, banyak beno notifikasi. Banyak tahu!


Masuk saja rumah, beg terus diletakkan di atas kerusi belajar. Komputer riba dibuka. Sambil itu, saya menyalin pakaian. Segera saya duduk di meja belajar semula. Google chrome diklik seterusnya laman utama facebook.  “wah..banyaknya notifikasi!”


Saya hanya buka notifikasi yang penting sahaja. Klik. Klik. Klik. Pada masa yang sama, saya buka juga laman utama blogger. Daftar masuk, kemudian buka laman blog sahabat-sahabat yang banyak mengandungi ceritera yang mengisi jiwa.


Tiba-tiba saya terdengar suara guruh. Bersilih-ganti. Bilik semakin gelap. Pandangan dialih ke luar tingkap. Terdengar kicauan burung yang  pulang ke sarang. Beberapa ekor burung merpati berteduh di tepi tingkap bilik.


“eh, musim-musim panas ni tak kan hujan kot?” saya mengerutkan muka. Berfikir.

“Tapi… seronok juga kalau hujan. Dah lama tak merasa air hujan merintik kat tangan.” Selama ini hanya bermandikan peluh. Bahangnya, sangat panas!


Sedikit demi sedikit, saya terdengar rintikan hujan. Halus dan perlahan. Saya mendekati tingkap bilik yang terbuka luas. Wajah diletakkan betul-betul pada tepi tingkap.  Langsir berkibaran tak henti. Sekali-sekala libasannya hinggap di kepala sendiri.  Angin sejuk menyelinap masuk memenuhi ruang bilik. Nyaman.


“ Dah lama tak rasa angin sejuk macam ni. Macam musim sejuk...” Mata dipejam.  Menghirup udara dari luar. Telinga hanya menangkap bunyi deruan angin. Rasa sejuknya menyapu wajah. Bau hujan yang tak ubah seperti hujan di Malaysia. Rindu Malaysia. :’)


Tiba-tiba terasa sedikit tusukan halus hinggap di wajah. Bukan sakit, tapi sejuk!  Seolah-olah ada batu-batu kecil terkena pada  ke wajah.


Saya membuka mata. Dihulurkan tangan ke luar tingkap. “ eh! Butiran ais! Hujan batu ke nih? Mustahil!”  Mana mungkin di tengah musim panas ada fenomena hujan batu secara tiba-tiba. Bingung. Tapi, tak mustahil, andai itu kehendak-Nya, tidak boleh tidak, pasti  terjadi.


Saya tersenyum sendiri. Melayan perasaan dan hati. Bahagia. Satu-satunya nikmat yang sangat tinggi di kala waktu begini. Siapa yang tak bahagia. Di tengah-tengah cuaca yang panas, sudah berbulan tiada hujan, tiba-tiba Allah datangkan nikmat yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah, sebaik-baik ucapan.  Ahaks! ;)



Hati tiba-tiba sebak. (Terharu dengan rezeki dari Allah ini mungkin!) Entah kenapa, tiba-tiba Allah hadirkan perasaan rindu pada orang yang saya sayang. “ Allah nak suruh kita doakan mereka lah tu…” Spontan  tergerak hati saya memikirkan sebegitu. Ya, mungkin ada betulnya~


Memang suatu keadaan yang sangat indah! Di kala hujan, kita mendoakan semua orang sekeliling kita. Sebut nama-nama mereka yang banyak berjasa kepada kita. Mendoakan mereka yang selalu hadir saat jatuh dan bangun kita. Mereka yang pernah saya jumpa ,  walau sekali atau hanya berkenalan di alam maya. Perasaan itu sangat indah! Kita mendoakan mereka. Hati rasa lebih lapang bukan?. Lagi-lagi bila kita ceritakan segala-galanya pada Dia yang Maha Mendengar.  Bukankah Dia suka kita mengadu lebih kepada-Nya daripada kita mengadu kepada ibu bapa? Dia sangat dekat. Kalau sedih, tak perlu dicari. Sedia ada Dia di sisi.


Allahu akbar….


Ijlis bina, nu’min sa’ah. Duduk sebentar, beriman sejenak. Jauh dari kesibukan dunia. Saya dan sahabat singgah di kedai jus buah-buahan. Masing-masing membuat pesanan kepada pelayan disitu. Kemudian kami mencari tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan. Akhirnya jumpa.


Tafsir al-Quran dibuka. Kami tadabbur bersama beberapa potong ayat chenta Allah. Satu ayat yang benar-benar buat saya tak lekang dari senyuman. Surah an-Nur, ayat 43.



“ Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan,kemudian mengumpulkannya, lalu dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia juga menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit yaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-gunun, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siap yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan. “



Dush! Tersentap kot!


Allahuakbar! Serius hati berbunga bahagia. Bukan bermaksud riak, tapi  rasa sangat beruntung dapat melihat fenomena ini dengan mata saya sendiri. Lepas tu terkena pula dengan ayat-Nya. Memang susunan-Nya.


Peristiwa itu, membuatkan saya rasa peringatan Allah itu sentiasa hidup! Ada saja di mana-mana. Cuma kita berfikir atau tidak, buka hati atau tidak. Insya-Allah selagi mana pergantungan pada Allah masih kukuh, dicampakkan di mana-mana pun, jangan lupa pakai kaca mata tarbiyah ya! Kompem  ZUUUQ!  ;D

Saturday, May 12, 2012

Kak Hafizah In memory [ 1992-2012 ] :')

Sebelum baca, pause dahulu muzik di atas.
   Then, tonton video ni.



8 MEI 2012

Bismillah...

" Nadiaaa! "

Kak Qila menjerit dari bilik belakang. Jari jemari lincah menari di atas papan kekunci komputer riba. Sesegera mungkin menggerakkan tetikus untuk menyiapkan slide tafaqquh perdana berkaitan Haji dan Jenazah. Saya langsung tidak menghiraukan panggilan kak Qila.

"Nadiaaa!", Sekali lagi nama saya dipanggil.

"Ya?", Jawabku ringkas. Mata khusyuk menghadap skrin komputer riba. Tidak berganjak dari meja belajar. Tindakanku ini menyebabkan kak Qila terpaksa pergi ke bilikku.

Tangan ditarik perlahan.

"Kenapa akak?"

"Ish, cepatlah. Akak nak tunjukkan sesuatu kat awak nih..." nadanya risau.

"Yelah, kenapa?" soalan sama berulang.

"Kak Hafizah dah tak ada.."

" Haahh?!!..."

Terdiam.
Seolah masa terhenti tanpa berdetik.

"Betul! Kak Hafizah dah tak ada.....!" Kak Qila meyakinkan.

Allah.
Tangan menggigil.
Nafas sedikit tersekat.
Dalam hati saya beristighfar panjang.

Segera saya bergerak ke biliknya. Saya baca update terbaru di FB. Hanya mampu melafaz,

"Inna lillahi wainnaa ilaihi roji'un.."

Wajah kak Qila merah. Matanya berkaca. Menahan sebak. Perasaan terkejut menguasai diri. Mana tidaknya, sahabat satu sekolah, satu batch,  sekelas, lagi-lagi mereka duduk berhadapan di dalam kelas. Terbayang-bayang gaya dan reaksi sahabatnya itu. Tapi kini, insan itu telah tiada. Allah...

Segera saya cuba menenangkannya. Istighfar sebanyak mungkin.

Kemudian kami terus mengikuti perkembangan kejadian tersebut melalui page group FB sekolah kami.

 "   Arwah dikenali sebagai Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris (batch 11).

Kemalangan jalan raya antara kereta kancil dan Lori.

Meninggal dunia akibat tersepit.

Ketika kemalangan berlaku di Johor, ibu bapa mereka berada di Bangi.



menurut sumber:

4 beradik di Hospital Sultanah Aminah

- Hakimah(adik bawah Hafizah) paling teruk, tempurung kepala crack. 

- lain-lain, 3 orang, nampak gaya macam concussion
- Jenazah Hafizah dibawa ke N9 untuk dikebumikan. Keputusan ibu bapa jenazah." 



Inilah keadaan lori yang terlibat dengan kemalangan. Pelanggaran antara lori dan kereta kancil. Lori terbalik. Kereta kancil remuk. Tempat kejadian berlaku di hadapan Starhill. Berdekatan dengan sekolah kami.



Jenazah arwah kak Hafizah disolatkan di Masjid Bandar Baru Uda, Johor. Berdekatan dengan tempat tinggal arwah. Menurut sumber sahih, ketika arwah ingin dikafankan,
darah mengalir tak henti-henti. Kemudian jenazah dimasukkan di dalam plastik lalu dikafankan.



Ayahnya, pakcik Mohd Faizul Aris ditenangkan oleh Professor Azlan, pengerusi lembaga Sekolah Islam Hidayah. Tenang, tapi siapa tahu bagaimana hati seorang bapa kehilangan anak.
Hanya Dia yang lebih mengetahui.



Gambar ketika majlis pertunangan kakaknya. Dari kiri, Nurul Humairah (13), Nurul Hakimah (18), Nurul Hanisah (24), arwah Nurul Hafizah (20), dan Nurul hidayah (15).
Kesemuanya adalah pelajar dan bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Adik-beradik mereka dikatakan sangat rapat. Pada hari kejadian, mereka semua dalam keadaan berpuasa. Arwah yang memasakkan makanan untuk berbuka puasa.




" Dia ceritakan pada saya, hari itu dia masak masakan ayam masak kurma untuk santapan berbuka. Katanya, entah sempat atau tidak nak berbuka dengan masakannya. Ketika itu, dia yang mengambil adik-adiknya dari sekolah. Masakan itu masih lagi tersimpan di dalam rumah... :')"  
-ibu arwah (baju dan berjubah hitam)







Nurul Hafizah bt Mohd Faizul Aris.  kita sebaya. kte lebih dr teman rapat... makan,minum, senyum, gelak, nangis, marah, pedih,perit. Semua kte hadapi bersama. tp da tiba masanya utk kau bertemu Ilahi......Allah lebih sayangkan kau, hafizah.
- K Izzah Fazi (sahabat baiknya)


Ustaz Hasanuddin
Almarhumah Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris SPM 2009 Generasi 11 Sekolah Menengah Islam Hidayah selamat disemadikan di Kg Parit (Ampang Tinggi) Kuala Pilah.

Beliau terlibat dalam kemalangan ketika bergegas pulang mengambil adik-adik dari Sekolah Menengah Islam Hidayah JB untuk berbuka puasa hari Isnin....

Beliau sering saya doakan kerana pernah menjadi peserta Mukhayyam saya tahun 2009.

Kami di Hidayah sentiasa mentarbiah anak-anak begitu...antaranya berpuasa, berkhidmat kepada ibubapa...

Bisikan ayahandanya kepada saya:

1. "Dia sibuk mencuba untuk memasakkan menu kegemaran adik-adiknya yang akan berbuka petang itu....."

2. "Dia sempat berbual dengan saya melalui telefon, sebelum keluar untuk ambil adik-adiknya di Hidayah....."

Saya mententeramkan ayahandanya:

1. Semoga Fiza pergi sebagai Syuhada' Sughra

2. Hadis Nabi S.A.W:

من ابتلي من هذه البنات بشيء، فأحسن إليهن، كن له سترا من النار

"barangsiapa diuji dengan anak-anak perempuan ini, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka (anak-anak perempuan itu) menjadi benteng untuknya dari api neraka."

3. Lihatlah sejak kejadian petang itu; guru-guru dan Warga Sekolah Menengah Islam Hidayah JB itu, lihatlah teman-terman seangkatannnya...Mereka memuliakan anak tuan....


*******

Sahabat Hakimah, Amaq dan Azzah. Mereka membacakan kad2 ucapan dari sahabat dan kenalan.
Mereka yang menjaga Hakimah secara bergilir pada waktu malam.

Tabahkan mereka ya Allah.

Dah macam situasi One Litre Of Tears versi melayu. :') 


*******

Ramai yang mendoakan akak dan keluarga...
Subhanallah.
:')

Kak Hafizah, ana ingat lagi ketika ana tingkatan 2, ada sesi ujian kenaikan pangkat untuk komender muda. Sesi itu dijalankan selepas waktu persekolahan di padang sekolah. Masa tu panas terik. Kami kena buat 5 pusingan larian di padang sekolah.

Akhirnya kudrat diri tak mampu meneruskannya lagi. Tak larat! Macam nak pengsan rasa. Kemudian, akak paut tangan ana. 
Akak tanya, "awak okey tak?".
Ketika tu, ana tak terdaya nak jawab. Pandangan menjadi kabur. 
Kemudian akak panggil sahabat2 akak untuk papah ana.
Sampai di tempat teduh, akak kipaskan ana. Kak Fatimah urut2kan kaki ana.
Kenangan tak boleh lupa.
Seolah-olah, baru saja berlaku walaupun itu hanya kenangan di sekolah menengah dahulu.

Ada satu lagi peristiwa yang ana ingat tentang akak.
Ketika akak baru masuk asrama time form 5.
Senyap-senyap, akak bawa kura-kura masuk asrama.
Penuh batu-batu warna oren akak letak keliling kura-kura itu.
Comel !
Bawah katil menjadi ruang untuk akak menyimpannya.
 Akak kata,
" kesian, sebab tak ada siapa nak jaga dia kat rumah.."
:')

Masya-Allah. Sifat sayangkan makhluk Allah. Tak semua betul2 menjiwainya akak.

Kata-kata akak masih berlegar di ingatan.
Sebak. T.T
Teringat-ingat suasana itu.
Tak tahulah... ini baru kisah ana sebagai junior.
Kalau dengan sahabat mesti lagi banyak kan? Tak terkira.

Ana nukilkan sedikit cerita tentang akak di blog ni.
Moga peroleh doa dari mereka.


Tak sempat nak tengok muka akak bila dah dewasa macam mana.
Sebab kat sana nanti kita akan berjumpa dalam keadaan kita semua sebaya. kan?
:')

Uhibbuki fillah.
Moga akak ditempatkan dengan golongan solihin.

Mulai sekarang, sentiasa bersedia. Sebab tak tahu bila ajal akan tiba.

Ya Allah, matikan kami dalam keadan Engkau redha dengan amalan kami.
Engkau terima taubat kami.
Engkau bersihkan segala calitan2 jahiliyyah dalam hidup kami.
Paling penting, matikan kami dalam keadaan Iman dan Islam yang teguh.


*Dengan Allah tak boleh segan-segan. Kita kena jadi orang yang banyak demand..*
wokeh? ;D

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. "

# Al-A'raf:34


































Wednesday, April 25, 2012

Tok Ayah : Atok KFC

-gambar hiasan-



Bismillah..
Tiba-tiba rasa rindu pada mak tok dan tok ayah. Kini, dua-dua telah kembali ke pangkuanNya.Seorang pergi sehari sebelum saya  UPSR.Seorang lagi pergi dua bulan sebelum saya PMR.Begitu cepat masa berlalu.Sehingga kini, rasa terkilan masih berbekas di dada. Sebab tak sempat sentuh hati mereka dgn kemanisan hidup bertarbiyah sepertimana yang saya dapat sekarang..


*****


Ketika berhenti bayar tol


" One ringgit please.." kata penjaga tol.


"Maaf, berapa dik?",  Tok ayah bertanya sambil mengkuis duit syiling di laci bahagian sebelah pemandu.


"Oh satu ringgit encik.."





First impression.




Al-Fatihah..