Friday, October 20, 2017

Live In The Moment



When you accept yourself the way you are, the world recognizes you. 
It all starts from within. 
We have this amazing fantasy about life, this is how things should work.
This is my plan, it should go as per my plan.
If that doesn't happen, we give up.


This life is a test and a trial..and test are never supposed to be easy.
So when you're expecting ease from life,
life gives you lemons then you make the lemonade,
do not blame life for that.


It is okay to be scared.
It is okay to cry.
Everything is okay but giving up should not be an option.


They always say that "failure is not an option".


Failure...should be an option
because when you fail, you get up,
then you fail, then you get up
and that keeps you going.


Embrace each and every breath that you are taking.
Celebrate your life.
Live it.
Don't die before your death.
Real happiness lies in gratitude.
So be grateful.


Be alive...and live every moment.



nafmri
0905 pm
201017


Tuesday, February 14, 2017

Full-Time Da'i : Pengurusan Kewangan (FreshGraduate)





Sebagai graduan yang baru tamatkan pengajian, kerja 'tanam anggur' adalah perkara normal. Tercari-cari pekerjaan yang sesuai dan selalu terfikir-fikir nak buat apa lepas grad, itu pun normal tapi jangan ambil masa terlalu lama.

Alhamdulillah selepas grad, saya berpeluang ikuti daurah BFG (Back For Good) dua kali. Kali pertama sebagai peserta tulen, tapi kali kedua sebagai AJK bidan terjun acah-acah peserta. Heh. Sejujurnya dalam banyak-banyak daurah, slot "Menguruskan Kewangan" ini lah yang paling bolat biji mata dari awal sehingga akhir. Setiap 'point' penuh enam muka surat. Mohon maaf pada penyampai slot-slot lain, tak tahu kenapa banyak sangat benda bergayut kat bulu mata waktu tu (Ampuun..). Mungkin segar-bugar dengar slot kewangan ini sebab memang suka dengan perbincangan berkaitan pengurusan dan  $Duit$  (tapi tak bermakna saya mata duitan ya...).

Slot ini disampaikan oleh Akh Amiruddin Hamidun, graduan dari France. Sekarang bekerja sebagai 'Finance Consultant' di Syarikat ARBA (kalau tak silap). Selain 'finance consultant', syarikat ARBA juga ada menawarkan agensi pelancongan. Boleh usha-usha bagi yang berminat 'travelling'.

Penyampaiannya 'best' sebab ringkas, mudah faham dan jelas. Disebabkan saya bukan pelajar yang berlatar belakangkan ekonomi sepenuhnya, perkara-perkara yang melibatkan  muamalat seperti pembelian  rumah, kereta, penyewaan, saham, pelaburan, ASB, takaful, simpanan isi rumah semuanya masih di tahap rendah. Apa-apapun, sebelum melangkah dalam bahagian itu, perkara paling asas adalah kena pandai mengurus!


----------


Tajuk Full-Time Daie: Pengurusan Kewangan sangat mendalam maknanya. Perkara pertama kami disoal, "Apa maksud pengurusan kewangan?" dan "Kenapa mesti Full-time Da'i?". Maka saya susun dalam bentuk ayat yang mudah atau contoh situasi yang lebih mudah. Kewangan banyak bermain dengan matematik bukan sastera. Tandanya banyak bermain dengan solusi bukan perasaan.


[Apa itu "Pengurusan Kewangan"?]
-Jika kita tiada duit, kena urus duit yang sedia ada, bukan menjana duit.
-Kita sebenarnya bukan tak cukup duit, tapi tak pandai urus duit sampai jadi cukup. Dush.
-Nak uruskan kewangan tak susah tapi kita yang menyusahkan (Bila ikut emosi dan nafsu)


[Apa itu "Full-time Da'i"?]
-Bekerja dengan jemaah tanpa harap wang gaji/ upah dari kerja dakwah.
-Ada sumber kewangan yang cukup dan kukuh untuk menampung keperluan dirinya.
-Banyak bermain dengan asset.


[Mengapa perlu Full-time Da'i?]
-Masa da'i perlu banyak dihabiskan melayan umat.
-Situasi ekonomi Malaysia yang menekan.
-Perlu generasi qudwah sebagai model (Sibuk berdakwah tetapi ada kekuatan kewangan yang kukuh).


----------


KEWANGAN = MATEMATIK
(Jangan campur emosi dalam kewangan)

1) " نعم المال الصالح للرجال الصالح " - Maksud: Alangkah baiknya harta yang baik ada pada lelaki yang baik.

2) Jangan rasa bersalah bila dapat duit banyak atau peroleh keuntungan. Sepatutnya kena syukuuuur dan masa yang sama uruskan duit tersebut pada perkara yang perlu. Sebab duit datangnya dari Allah, hak milik sepenuhnya dari Dia bukan usaha manusia semata.

3) Sesuatu pekerjaan yang paling baik adalah dari hasil tangannya. Beruntunglah bagi yang bijak bercakap sebagai pakar motivasi, menguruskan kewangan, menulis, memasak, menjahit, melukis, bertukang, bermain muzik, ber'DIY' (Do It Yourself) sesuai dengan sifatnya dan masa yang sama boleh 'generate' duit dari kebolehan yang ada. Kalau tak tahu, cuba cabar diri untuk belajar, sekurang-kurang tahu yang asas. Anda akan merasa sebuah nikmat yang tak dapat didustakan sebab semuanya adalah dari hasil anda sendiri. Buat apa yang anda suka, akan beri impak lebih besar.

"Allah suka orang mukmin yang berkemahiran" -HADIS
"Sesiapa yang makan malam dari hasil kerja tangannya, dia adalah orang yang diampunkan dosanya malam itu" -HADIS

4) Belia kurang ilmu tentang kewangan.
-Bukan tentang berapa tinggi gaji (income) kita dapat tapi bagaimana kita bijak dalam menguruskannya walaupun gaji hanya seciput.


----------


Simptom masalah kewangan:
1) Tak ada perancangan kewangan.
2) Berbelanja ikut nafsu dan emosi.
3) Suka dan biasa berhutang.
4) Tak fikir/ rancang masa depan.
5) Terikut-ikut orang lain.
6) Ingin dipandang kaya.
7) Memilih pekerjaan.


Punca masalah kewangan:
1) Tiada ilmu rancang kewangan.
2) Tabiat/ akhlak.


Ilmu rancang kewangan:
1) Tetapkan objektif kewangan anda.
2) Buat aliran tunai bulanan (monthly cashflow) 'duit keluar-masuk'.
3) Follow the plan.


----------


[Cara Buat Objektif Kewangan]

Bina beberapa soalan seperti contoh di bawah,

Situasi pertama:
1- Apa? > Saya nak ada gaji.
2- Bila? > Jun 2016
3- Berapa? > RM 1,500 sebulan

=Bila kita dah set, pada Jun 2016 mesti dah ada gaji. Maka dua bulan atau tiga bulan sebelum dah kena cari pekerjaan atau buat bisnes yang mendatangkan income sebanyak RM 1.5k sebulan.


Situasi kedua:
1- Apa? > Saya nak pergi haji
2- Bila? > 2020
3- Berapa? > RM 15k dalam simpanan

=Bila kita dah set masuk tahun 2020 nak pergi haji, sekurang-kurangnya dah buat simpanan bermula kita dapat gaji pertama lagi (mula kerja Jun 2016). Bila buat simpanan, jangan simpan nilai besar segedebuk sampai tak sentuh duit makan sebulan. Biar ikut kemampuan. Sedikit tak apa, asalkan berterusan.


Situasi ketiga:
1- Apa? > Saya nak kahwin
2- Bila? > Mac 2018
3- Berapa? > Simpanan 6 bulan gaji


*Situasi di atas hanyalah contoh semata.*


Kemudian justify dengan "Kenapa?", "Adakah kita gembira dengan pilihan kita?", "Adakah Allah gembira dengan pilihan kita?"


#Jika salah set destinasi, anda akan sampai ke tempat yang salah.
#Buat apa yang anda suka.


----------


[Formula Kewangan Terbaik]

Single: [ INCOME - INFAQ - SIMPANAN = EXPENSES ]
Married: [ INCOME - INFAQ - NAFKAH ISTERI - SIMPANAN = EXPENSES ]

Kenapa bila dapat income terus tolak untuk bahagian infaq?
-Umpamanya kita ada 'sedekah tetap' setiap bulan. Keperluan infaq ni untuk, belanja kawan ngeteh, beri kepada pihak tertentu yang ada masalah kewangan, NGO dan sebagainya. SEkurang-kurangnya kita tidak berhutang atau berlaku defisit dalam kewangan.


----------


NASIHAT KEWANGAN (bagi yang baru grad):

1. Apa hukum ASB? -Fatwa menyatakan harus tetapi ada juga yang berpendapat tidak syar'i atas sebab ada unsur konvesional dalam pelaburan.

2. Pencen vs KWSP? -Sebaiknya KWSP (11% daripada gaji). Boleh tanya lebih lanjut tentang duit pencen dan KWSP kepada orang yang dah bekerja .

3. Sebaiknya beli kereta second hand (selesa dan dalam kondisi baik) untuk elakkan bayaran tax. Kalau kereta yang baru, anda kena bayar 20% bayaran tax.

4. Beli rumah yang memberi income (sebagai asset). Contoh: Homestay/ Beli rumah (RM 100k) kemudian sewakan.

5. Kita yang uruskan kewangan sendiri, jangan biar orang lain yang uruskan kewangan kita.

6. Apa-apa pelaburan yang datang, kita sendiri yang tentukan. Biar faham dulu operasi pelaburan dan aliran kewangan. kemudian baru putuskan nak melabur atau tidak.

7. Konsep diversity dalam pelaburan (Don't put all eggs in a basket). Biar sedikit sampai jadi bukit. Jangan labur/ carum pada nilai yang besar dalam satu waktu.

8. Takaful fokus pada perlindungan, bukan pelaburan.  Kalau mampu buatlah, tapi jangan lupa pada objektif. Dicadangkan ambil takaful 'Life'. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

9. Kerja untuk dapat new skills, bukan kerana gaji.

10. Go deep in your skills. Jadi pakar, don't generalise.

11. Jangan memilih kerja kerana gaji.

12. Tinggal berdekatan tempat kerja (jimat kos).

13. Fokus pada maksimakan simpanan.

14. Abaikan luaran yang menipu (kawan pakai kereta best kita pun nak pakai etc.) Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Nak jiwa tenang, katakan pada diri "ini semua duniaaa... semua akan di'kembali'kan juga akhirnya".

15. Untuk simpanan, simpan duit dalam tabung haji, jangan simpan dalam bank.

16. Cadangan sebaiknya ada tiga jenis akaun.*Contoh* :
-Akaun pertama (Maybank): untuk kegunaan harian.
-Akaun kedua (Tabung Haji): simpanan untuk kegunaan pelaburan sahaja.
-Akaun ketiga (Maybank): untuk side income sahaja.


----------


[Apa Yang Perlu Anda Buat Sekarang?]

1- Mulakan infaq dan simpanan setiap bulan secara konsisten.

2- Tulis objektif kewangan anda sekarang.

3- Buat cashflow dan disiplin ikut setiap bulan.



4- Belajar ilmu rancang kewangan satu persatu:
>Belajar infaq dan simpan (Infaq yang tak dirancang juga BAHAYA!)
>Belajar melabur (Pelaburan yang paling bagus adalah pelaburan yang mencapai objektif kewangan kita)
>Belajar bisnes (jika minat)


INCOME : Perlu kerja, duit masuk.
ASSET : Kerja sikit, duit masuk.

EXPENSES : Ada pilihan, duit keluar.
LIABILITI : Tiada pilihan, kena bayar juga, duit keluar.





Selamat Mengurus Kewangan!
Moga membantu bagi yang 'dummies' macam saya *sep sikit*


Wallahu A'laam.