Wednesday, December 19, 2012

Acherafiez




Segalanya kumulakan dengan Bismillah.


*****


" Ummi, doakan abang. Esok result PMR dah nak keluar. Abang tak tahu kenapa, lepas solat tadi abang menangis. Tiba-tiba rasa sebak.. "


" Tak apa abang.. Ummi tak kisah abang dapat berapa. Allah lebih tahu apa yang abang perlukan. Insya-Allah Allah akan beri yang terbaik untuk anak ummi. Jangan risaulah. " Lembut sahaja ummi membalas.


Mendengar penceritaan dari ummi, membuatkan saya juga turut merasai tempiasnya. Terharu. Seorang adik lelaki yang boleh tahan tinggi egonya, dengan mudah menyatakan "dia menangis". Itulah hati seorang anak. Bila disapa lembut dengan kasih-sayang, dengan mudah dia akan telus dalam berbicara.


*****


Di dalam musolla lelaki, masing-masing bergerak membentuk satu bulatan. Seperti biasa, seminggu sebelum peperiksaan UPSR,PMR mahupun SPM, guru2 akan mengadakan sesi bersalaman, selawat dan doa. Sampai sahaja gilirannya untuk bersalaman dengan serang ustaz,


" Asyraaf kalau nak nangis, nangis je lah.." Kata-kata yang terpacul dari mulut ustaz itu seolah memujuk seribu satu perasaan yang terbuku dalam hatinya.


Selepas bersalam, tanpa mengeluarkan sepatah kata, bahu ustaz itu dirangkulnya. Erat. Tanpa disedari, manik-manik halus menitik laju dari tubir matanya. Deras tak terhenti. Pipinya basah. Jiwanya sendu. Kerongkong seolah disekat dengan sesuatu sehingga diam seribu bahasa.


Satu-satunya ustaz yang banyak membantu dari sudut psikologi, belajar, gerak kerja yang melibatkan pimpinan sekolah dan tarbiyyah. Dalam adik-beradik saya, dialah generasi yang ketiga dapat merasai curahan tarbiyah dari ustaz itu. Bagaikan seorang bapa yang mendidik dengan penuh kasih-sayang. lagi-lagi dengan pelajar asrama. Wardenlah katakan..! :)


Disebabkan Asyraaf duduk di asrama, ustaz itu lebih mengetahui apa yang berlaku. Apa-apapun yang terjadi, setiap manusia itu perlu dibentuk dengan acuan rabbani agar dirinya terbina. Hatta dia seorang adik kepada pimpinan pelajar yang tinggi atau taiko sekolah yang digeruni, 'title' abang atau kakaknya tidak cukup mewarisi sikap seorang adik yang adakalanya Allah kurniakan tahap pemahaman yang berbeza.


Ya, iman tak dapat diwarisi.


Senyum. :')

*****


Maaf tiada disisi sebagai peneman
Hanya mampu tembakkan doa untukmu dari jauh.
Semoga menjadi anak yang soleh.
Hidup menjadi orang yang berguna untuk masyarakat, bukan dipergunakan.
Kita ada prinsip, ada garis panduan, maka ikutlah apa yang Alah redha.
Lastly, kena tenang dalam apa jua keadaan.

Semoga Allah ganjarkan yang terbaik esok!
Jangan sedih2.. 

:'D
ahhah~ 
*mata masuk habuk sudah*


*****


" .....Ya Allah, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kerja yang engkau redhai....."

[ an-Naml :19 ]