Saturday, May 11, 2013

Diam tanpa amal itu mengaibkan.

5 MEI 2013  #GE13 #Qodhoya #Muhasabah tarbiyah Dzatiyah





Reunion bersama ahli bulatan gembira yang lama. Dimulakan dengan Una, Syuhairah, Nadir, Ada, saya, Kak Adhlin dan Jiya. Secara tak sengaja menjadi orang ketiga terakhir untuk ber'qodoya'. Round table. 

 Tiba giliran untuk berbicara, satu persoalan dilontarkan oleh Syuhairah.

" Fairuz, enti okey ke sekarang ni? "

" Kenapa? " saya menyoal tanpa menjawab persoalannya.

" Tak adalah, cuma...terfikir selama kita bersama-sama dalam gerabak ini, ana semacam perasan sesuatu yang lain pada enti. Enti tak sesemangat enti yang dahulu. Yelah, sejak dari sekolah rendah kot kita kenal, sehingga ke alam universiti Allah masih kekalkan pertemuan kita. Amat mustahil kalau ana tak nampak apa-apa perubahan. "

Saya membongkokkan badan ke meja. Wajah hampir meyembah meja tetapi tidak menyentuh. Lalu berpaling ke kiri. Tidak mahu bertentang mata dengannya. Saya tahu apa yang ingin diperkatakan.

Saat itu..hanya mampu mentafsirkan dengan perubahan air muka. Sebak.

" Ermm..ana tertanya-tanya. Mana Fairuz yang gilang-gemilang dahulu? Fairuz yang orang sebut-sebuat dahulu? Seorang yang berani ke hadapan. Bercakap di depan. Bersemangat..."

Empangan pecah. Ah, sudah! terbongkar entiti rahsia dahulu. Dari yang tak tahu  menjadi tahu. Antara kami berlapan, tak semua tahu bagaimana diri saya yang dahulu melainkan sahabat seorang ini. Semua tertumpu pada saya.

"Ana hilang diri ana yang dahulu.." Mata tertunduk kaku. Tak berani meliar sekeliling.

*crying non-stop*


*****

Dahulu mungkin mereka boleh kata, Fairuz hebat bahagian ini! Fairuz boleh je masuk dengan orang-orang macam ni! Tiap-tiap perhimpunan pagi sekolah dulu, asyik nampak muka Fairuz je kat depan! (kadang-kadang naik bosan.. XD )

Saya yang dahulu dan saya yang sekarang. Kelihatan berbeza pada pandangan mereka tetapi pada pandangan saya, saya tetap saya yang dahulu cuma lebih memilih jalan untuk diam. Kalau boleh nak bekerja hanya di belakang tabir. Buat kerja-kerja tarbiyah yang tak banyak melibatkan teknikal.

Tapi sayangnya, diam saya itu kadangkala kosong dengan amalan, dan ia mengaibkan.

Semakin lama, skill-skill yang pernah saya bina dahulu semakin hilang. Skill untuk bercakap di khalayak ramai. Skill berfikir dan brainstorm. Skill pengurusan. Lama-kelamaan, saya sedar tahap keyakinan kian menurun. Rasa 'tidak layak' menghantui diri. Dan memilih jalan untuk terus berdiam.

Hakikatnya, ini tindakan yang salah!

Sebagai seorang mu'min yang bekerja, bergaul dengan masyarakat dan bersabar dengan mereka itu sangat dituntut! Bukan berdiam, mengasingkan diri dan buat kerja sendiri. Tidak.

Menjadi orang yang terbeza, bukan membezakan. Bergaul lah dengan mereka seikhlasnya. Kasihi mereka dengan ihsan keranaNya. Sehingga suatu ketika mereka merasakan "we are someone to refer to..". Mereka akan rasa dengan sendiri, bukan terasa hati dengan sikap kita yang sengaja menampakkan kita membezakan diri dari yang lain.

Haih! ini dah masuk konsep tamayyuz. Mencapah sikit.


*****

Saya terkesan dengan ayat ini:

Taking Responsibility and Asking the Right Questions
Most of us have never been taught or trained to ask ourselves quality questions. Most often than not, the questions that we ask ourselves lead us to be dis-empowered and blame the circumstances that we’re in or blame others. To be productive with a motive, we need to be clear on what we want first. Then we need to take responsibility. Response-ability. Most people just react.. they don’t respond.



Silap sendiri kerana memendam bakat dan kelebihan sendiri. Dah tahu boleh masuk dengan masyarakat tetapi tidak cuba untuk mengislah masyarakat. Silap besar.


*****

Mereka memujuk, tak henti mengusap belakang saya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya tidak jauh dari akhawat. Ukhti-ukhti yang banyak menemani diri saat jatuh dan bangun. Kata-kata dan nasihat mereka secara langsung atau tak langsung, it helps me a lot.

" Fairuz, mudah-mudahan sepanjang keberadaan enti di Malaysia selama tiga bulan nanti dan keberadaan enti di Selangor sepanjang bulan Jun, dapat menjadi batu loncatan untuk enti terus tsabat bekerja. Kita juga adalah pemimpin yang bekerja walau hakikatnya kita tiada jawatan rasmi di mata manusia. Cukuplah yang menilai usaha kita adalah Allah." Una memujuk. Sahabat yang paling matang antara kami berlapan. Eh? Saya kira.

" Dan tak semestinya enti kena jadi diri enti yang dulu. Apa yang membezakan kita dahulu dan sekarang adalah amal yang berterusan. " sambungnya lagi.

Setelah semua selesai makan dan berqodhoya, Tab milik Syuhairah dibuka. Butang muzik ditekan. Lagu "Semanis Gula" nyanyian Huffaz didendangkan.



"...Janganlah berundur menangislah tapi jangan mengalah... 
Ku jatuh berkali-kali, tak ku mengerti perlukah aku berhenti,
walau kau tiada lagi berjuang disisi jalanku tak kan berubah..."



Bahu dirangkul erat. Oh tidak! Fairuz, tinggikan ego anda! Tepat pada waktunya. Empangan air mata pecah sekali lagi! Kali ini kelajuannya melebihi tahap biasa. Buat pertama kali, bait lagu ini menusuk jiwa yang kian lama memendam. Cair dengan pujukan ayat lagu ini.

Mengambil masa yang agak lama juga untuk mengatasi masalah air mata yang tak henti-henti meleleh. Asyik nak menangis. Pagi, petang, malam. Teringat saja peristiwa itu, tidak semena-mena manik halus jatuh. 

Saya masih diri yang dahulu cuma perlu dibaiki dengan pendekatan dan perubahan yang didasari iman dan ihsan, bukan emosi.

Ya, bekerja untuk Allah dan ummah memang tiada yang rugi. . :')


Tidak dinafikan bahawa tabiat seorang mukmin sejati adalah bekerja, bekerja dan terus bekerja. Sehingga seluruh waktunya selalu diukur dengan produktiviti amalnya. 
Kerana itu diam tanpa beramal menjadi aib bagi orang beriman
Maka perlu sering ingat bahawa menganggur akan membuka pintu kehancuran.

*Fuh! peluh besar*




Thursday, May 2, 2013

KONDUKSI




" KONDAKSI "


Membuka mata para mahasiswa di Jordan khususnya yang menuntut di irbid tentang pentingnya menjadi seorang teknoda'ie. Seorang da'ie yang mahir bab-bab teknologi. Kreatif dan bijak memanipulasikan alam siber lalu kembalikan masyarakat kepada Pencipta sebenar..


Program KONDAKSI anjuran Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ) memberi motivasi dan sokongan yang tinggi kepada mahasiwa Irbid. Bersama  jemputan  panelis yang tidak dinafikan kehebatannya dalam arena penyampaian dan ceramah. Ustaz Zaharuddin, Ustaz Farid Ravi dan ustaz Ihsan Fadhli.


" Penyebaran youtube, status di FB, penulisan blog di internet sangat berkesan kerana audien bukan sahaja terhad pada masa tertentu/ di sesebuah tempat, bahkan seluruh dunia. Audien bukan setakat mendengar tetapi dapat melihat visual dan seterusnya melakukan refleksi terhadap apa yang dilihat. Youtube atau website contohnya, bila-bila masa boleh tengok/baca secara berulang.

Walaupun saya sedang tidur di Malaysia, orang di Jordan pun masih baca website saya. Tak nak ke kamu enjoy pahala yang mengalir ini?  Syok tau! Carilah masa untuk menulis kebaikan.. "


- Ustaz Zaharuddin 



Disebabkan kata-kata ini, saya tergerak hati untuk menyambung semula penulisan. Sepanjang tiga bulan cuba mencari kekuatan untuk menulis, dibiarkan tidak ber'update' dengan alasan banyak masa terbuang menghadap laptop. Sungguh, itu suatu alasan yang tidak munasabah!


Sedangkan penulisan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Ditambah lagi dengan bonus berpangkat da'ie. Memang terbaiklah! Saham yang mengaut banyak keuntungan untuk akhirat kot! Serius, nilainya infiniti.


Antara pengisian ustaz Zaharuddin yang paling memberi kesan, tugas seorang mahasiswa yang bercampur dengan masyarakat itu perlu pada pelbagai cara, bukan fokus pada satu cara. Segala ilmu yang kita dapat, tak kisahlah pelajar syariah mahupun medik, perlu bijak dan berfikiran jauh, melalui medium apa kita ingin kongsikan ilmu itu. Blog? Vlog? Penulisan? Semuanya terserah atas individu itu sendiri dalam menyampaikan fikrahnya.


Walaupun ustaz tidak banyak menyentuh fikrah secara spesifik, tapi saya faham pengisian itu banyak 'menembak' indirectly kepada seseorang yang bergelak da'ie. Simbolik seorang da'ie itu adalah membina dan terbina. Terutama apabila dia bersama dengan masyarakat. Menjadi seorang rijal 3ammah yang memili tamayyuz. Dari mana datang sumbernya? Dari Al-Quran dan sunnah nabi. Dari mana datangnya wasilah/ perlaksanaan itu? Sudah tentu adalah dari dakwah dan tarbiyah itu sendiri.


Perubahan seseorang itu adalah hasil tarbiyah yang dia peroleh. Tarbiyah mengajar mematangkan diri, bukan masih berada di tampuk yang lama dan bersenang-senang. -quoted by myNadiboo-
(Siapa Nadiboo? Biarlah rahsia~ Eh.)



Antara petikan isi penting perkongsian saya dengan pelajar di Jordan tempoh hari. "Hidup kita jika bermanfaat untuk diri dan ramai, memang akan merasai kesukaran.. Kerana hanya dengan kesukaran itu, barulah kesenangan akan hadir BERSAMANYA, bukan selepasnya.." " Amalan baik memang susah namun itulah kunci kesenangan. Senang yang diredhai Allah tidak akan putus dari rasa susah."


"Ramai teman, sahabat saya dan saya sendiri sering DILIHAT SUDAH SENANG dan BERJAYA ketika ini. Namun yang melihat dari jauh tidak tahu betapa setiap hari yang dianggap berjaya & senang itu diiringi tempuhan pelbagai kesusahan dan pada masa yang sama nikmati kesenangan, kedua-duanya adalah kembar siam. Justeru, kalau rasa diri sudah senang tanpa diiringi susah, hati-hatilah, itu mungkin kesenangan yang cacat lagi bahaya."

*petikan yang dicuri dari FB Ustaz Zaharuddin*
Hew..hew..





Oh yaa! sebelum saya terlupa,
program Konduksi ini diakhiri dengan persembahan nasyid dari "Suara Irbid". Dendangan lagu yang diutarakan mereka bertajuk "Palestina Tercinta" dan "Semanis Gula". Mendengar tajuk kedua itu disebut, agak sedikit teruja (tiadalah sampai melompat kerusi). Terkejut kerana lagu itu tidak diketahui ramai pun. Hanya golongan tertentu sahaja yang tahu betapa tingginya makna setiap bait lagu itu. Sedang khusyuk menghayati, tiba-tiba mata gatal masuk habuk. Tendency untuk mengalirkan air mata bahagia~ Senyum! Eheh. :'D




Banyak nilai dan guideline yang saya dapat pada hari itu. Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allah yang menggerakkan untuk hadir ke program ini dan Allah yang memberi kefahaman atas setiap ilmu yang dikongsikan dalam dewan ini. Jazakumullah kepada pihak yang menganjurkan. Allah jualah yang menggerakkan hati kalian untuk merangka program ini dan akhirnya tamat dengan jayanya. Alhamdulillah. Segala pujian hanya dikembalikan kepada Allah.



Sedikit sebanyak semoga penulisan ini memberi manfaat kepada anda yang membaca. Tidak tersentap pada satu penulisan, cukup dengan anda terkesan pada satu ayat. Moga Allah pandu hati-hati yang membaca dan berkongsi. Wallahu a3lam.




*****


 Sekali-sekala memang perlu menulis sebagai peringatan bersama, terutama kepada anda yang menjadi pembaca blog setia ini. Eh. Setiakah anda?  ;)










Saturday, March 2, 2013

Indahnya bumi Mesir.

Bismillah.

Gerakkan urat-murat di wajah anda dengan senyuman 'tiga' sehingga ke telinga. Walaupun sedikit kekejangan, kekalkannya sehingga ke akhir pembacaan. Okeh? :D

*****

Cuti sem 1 lepas, membawa sejuta satu makna yang infiniti. Perasaan bahagia dan rindu suasana itu, membuatkan kami mengambil masa yang agak lama untuk menghilangkan rindu 'mode' suasana di sana. Setiap detik Allah aturkan jalan  penceritaan yang tersendiri. Bahagia... kerana banyak pengalaman diuji dengan pelbagai situasi.


Itulah tarbiyah bil ahdats (تربية بالأحداث). Tarbiyah berdasarkan peristiwa.




" Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh "
[ as-Soff : 4 ]

Noktah Bidayah.
Sebelum berlepas, saya sentiasa diingatkan oleh rakan sejaulah tentang niat, doa bermusafir,  hadaf/tujuan. Apa yang kita inginkan untuk menambahkan iman dan amal kita. Semua perkara ini memang perlu dijaga dari permulaan. Terjaga pada permulaan, terjaga juga pada pengakhiran. 


Waktu cuti adalah waktu yang sangat mudah iman kita turun. Keronok sangat pergi ke tempat baru, sampai lupa hadaf yang pernah ditetapkan dulu. Cuba bayangkan jika ayah mengatakan," ok, hujung minggu ini, kita akan bercuti ke UK!" Mana tidaknya semua anak-anak akan melompat keriangan. Kalah monyet di zoo. Oleh sebab itu waktu cuti juga perlu diresapkan dengan kapsul tarbiyah. Saling mengingatkan ketika terlalu seronok. Barulah terisi!


" Jaulah akhawat juga adalah salah satu 'booster' tarbiyah" 


Setelah berbincang, solat istikharah, maka keputusan telah dibuat! insya-Allah, MESIR! Ahli jaulah kami seramai 10 orang. Siap bersepakat nak jana pendapatan ekonomi untuk jaulah ini. Sebelum perjalanan, semuanya sudah  dijelaskan hadaf. Hadaf kami bukan bertalaqqi sahaja ya! Hadaf kami berjalan-jalan, tapi jalan-jalan mencari Tuhan. :)


Selamat mengeksplorasi melalui gambar!
Sediakan hati dan lidah anda dengan zikrullah.
Nescaya hati menjadi tenang.

Subhanallah. Indahnya ciptaan Tuhan!  Menikmati suasana di langit ketika matahari terbit. 


Segalanya dimulakan dengan Bismillah.


Sebuah jiwa terbentang, seluas sahara. Eceh~


Sekitar Panorama Piramid


Sempat  mentadabbur alam yang penuh dengan kisah silam.
J.I.W.A. B.A.S.A.H.

Markaz Ikhwanul Muslimin


Ruang tamu  Markaz Ikhwanul Muslimin. Cantik kan? Nampak tak kebersihannya sangat terjaga?


Dua masjid. Salah satunya pernah dijadikan tempat pembelajaran 4 Mazhab. Syafi'e, Hanbali, Maliki, Hanafi.  Disebalik binaan yang tersergam indah, tersimpan sejuta makna sejarah. 



Masjid Amru al-'Asr



Sungai Nil.


Makam Imam Syafi'e



Sekolah yang pernah diajari oleh Imam Hassan al-Banna. Tempat: Ismailiyyah, Mesir.



Masjid yang telah dibina oleh Imam Hassan al-banna.


Tapak Perumahan Imam Hassan al-Banna.




ALEXANDRIA

Alexandria, Mesir.
Dua hari dua malam penuh kami berada di Alex. Perjalanan menaiki tremco selama 2 jam, menyempatkan kami menghabiskan satu surah al-kahfi. Sesampai sahaja di Alex, kami disambut dua orang akhawat. Senyuman manis yang tak lekang di wajah, menyebabkan kami tidak kekok pada awal pertemuan. Mereka memperkenalkan diri sebagai kak Z dan kak Muwa (bukan nama sebenar).

Terus kami dibawa ke tempat penginapan untuk berehat sebentar dan memulakan perjalan semula di sekitar Alex selepas zohor.



Atas dasar laut. Alexandria, Mesir.
Menikmati ombak sambil bertakemataci [baca: Tak Kenal Maka Tak Cinta] di atas bot. Macam-macam perasaan hadir ketika itu.  Runsing dengan keadaan bot yang tak berapa nak stabil. Unpredictable situation, but we enjoyed!

"Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan ni'mat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur" 
( Luqman : 31)



Akhawat Mesir belanja aiskrim.
Oh, ISS! [Baca: Ini Sungguh Sweet!]


Binaan berupa collaseum di Alex. Masih meninggalkan kesan sehingga kini.



Dipelawa ke kedai 'seafood'.


Di kedai, kami memenuhi ruangan kosong yang ada. Dua meja digabungkan membentuk satu kumpulan. Kami semua membentuk dua kumpulan besar. Dalm kumpulan kami, sembilan daripada sepuluh kerusi telah diduduki. Satu kerusi masih kekosongan. Tiba-tiba salah seorang akhawat Alex datang mengambil tempat. Semua tersenyum." Akhirnya, ada juga orang yang duduk disini," Salah seorang bersuara.

Kemudian dia mengeluarkan al-quran tafsir dari poket kecil beg galasnya. Ditutup semula zip poket itu. Semua mata memerhatikan gerak-gerinyanya.

" Kak Kiki! sharelah something! "
" Tadi akak tengok semua seronok naik kapal ya? Naik bot, sambil berta'aruf. Sudah saling mengenal antara akhawat Jordan dan Mesir serba sedikit. Mudah-mudahan ukhuwah yang terbina ini kita pulangkan kepada Allah. Ok lah, hmm... akak nak tanya. Bila masa kita kena beristighfar ya?"

Kami semua terpiinga-pinga memikirkan jawapan yang sesuai.

" Pelbagai keadaan, kita sentiasa diingatkan supaya beristighfar bukan?  Dalam liqo', program, daurah, selepas solat. Tapi, kenapa perlu beristighfar?"

Persoalan yang dibiarkan tidak berjawab. Semua berfikir.

"Ok, cuba kita perhatikan, apa maksud istighfar itu sendiri?"
" Memohon keampunan..." Dua tiga suara mencelah.
" Kalau antunna betul-betul memaknai makna disebalik istighfar, apa yang antunna rasa? Ke tak rasa apa-apa?"

Persoalan itu disambut dengan tawa kecil para pendengarnya.

"Pernah tidak antunna terfikir, dalam banyak-banyak aku beristighfar ni, agak-agak mana satu yang Allah terima? Lepas solat aku istighfar, dalam liqo' diberi 30 saat untuk beristighfar, dalam daurah juga begitu. tapi....Allah terimakah pengampunan yang berjuta-juta aku ucapkan selama ini? Adakah aku betul-betul rasa dengan hati bahawa aku sedang memohon keampunan daripada Allah?"

Lembut nada bicaranya. Satu persatu perkataan disebut. Umpama seorang kakak menasihati adiknya dengan penuh kasih-sayang.

"Akak sendiri rasa, kadang-kadang tu, Ya Allah! macam-macam perkara Allah permudahkan bagi hambaNya, hatta dengan menyebut istighfar sahaja, Allah boleh ampunkan dosa. Sweetkan Allah? "

Segaris senyuman dihadiahkan sebagai penutup. Bersungguh! Dari bahasa perilakunya, dapat dilihat ucapannya memang benar-benar dari hati. Jazakillah akak. Momen penuh makna.



" Maka aku berkata kepada mereka, Mohonlah keampunan kepadaTuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun.... " [ Nuh:10 ]



Ayat di atas dijadikan hadiah untuk sesi perkongsian ketika itu. Tanpa disedari, makanan yang dipesan telah pun terhidang di atas meja. Terlalu khusyuk sampai tak perasan. 




Castle of King Farouk


Alexandria Library.



Dari sudut pandangan atas.


Sunset


Train Station. Baru sampai Cairo dari Alex. Disangkakan 2 jam perjalanan, rupanya 4 jam.
  

Sampai sahaja di Cairo, terus kami kongsikan bersama sahabat-sahabat di Cairo. Memang banyak lagi cerita kami di Alex sepanjang dua hari itu.

Wednesday, January 16, 2013

Salji. Antara dua benua.



Bismillah.


Syukur tak terhingga Allah rezekikan tahun ini untuk merasai salji. Ya, tahun 2013. Bak kata senior di sini, Irbid agak susah untuk turun salji, lazimnya 5 tahun sekali. Kalau nak tahu Irbid ni turun salji ke tak, tengok budak first year dia macam mana. Formula mana yang diambil, saya pun tak pasti. Mungkin berdasarkan pemerhatian mereka sebelum ini. :)



Sepanjang salji turun, banyak status FB keluar tentang salji di Jordan. Sehinggakan sahabat yang belajar di negara lain turut merasai auranya. Saling 'jeles menjeles' segala bagai. Hanya tersenyum melihat gelagat masing-masing di FB.



Selepas men'snap-snap' gambar di luar, terus berlari masuk ke rumah dalam keadaan lembab-lembab basah gitu. Masih berbaju windbreaker, sarung tangan tak ditanggalkan.  Buka laptop, terus transfer gambar. Excited lah katakan.. :)



Sambil men'tranfer'kan gambar ke dalam laptop, tiba-tiba salah seorang ahli rumah bersuara. Fokus mencari status yang ingin dibacanya, " Masya-Allah..cuba dengar status ni!". Pandangan kami beralih ke arahnya sambil memasang telinga. Cuba mendengar dengan teliti.



" Alhamdulillah rezeki turun salji di Irbid. Cuba bayangkan andai setiap butiran ais yang turun ini adalah AIR MATA Syria. :') "



PAPP!!  gosok-gosok pipi yang merah. Bagaikan ditampar dengn penampar tarbiyah. Ahhah. Ok! ayat di atas sangat pedih tahu...! huu~ T-T *air mata mengalir laju*



Buka FB sendiri, banyak status2 berunsur peringatan. Dikala menikmati salji, jangan lupa saudara di Palestin, syria, dan negara islam yang ditindas. Kalau nak tengok betapa Allah masih sayangkan kita dengan nikmat-nikmat yang Dia beri, di musim sejuk Allah bagi nikmat ada rumah, dapat berlindung dari angin selaju 28km/jam, berlindung dari hujan yang tak berhenti selama tiga hari. Semua itu nikmat, cuma kita sendiri yang tak sedar itu adalah nikmat.



Ok, cuba lihat gambar ini.


             [kredit]


Sekali lagi kerongkong tarasa disekat. Saya bayangkan, kalau di dalam gambar ini adalah keluarga sendiri, mampukah saya menjadi sekuat mereka? Bagaimana mereka menjalani kehidupan seperti ini?? Saya sendiri yang duduk di dalam rumah dengan beralaskan karpet pun masih terasa sejuknya, apatah lagi mereka yang hanya berbumbungkan khemah dan berlantaikan kain/ plastik yang tak seberapa tebal. Allahu Allah... Sekali lagi hampir mengalir air mata, tetapi ditahan.


Scroll lagi ke bawah..




  Lihat sahaja gambar ini, air mata terus mencurah-curah laju. Tak tertahan untuk menahan. Hati sakit melihat mereka yang kesejukan. Sekali lagi timbul persoalan, " Bagaimana mereka menjalani kehidupan seperti ini?" Sungguh, hambaMu ini tak pernah diuji dengan sedemikian rupa. Sedarlah bagi yang masih terleka. 


YA ALLAH..

[T-T]


*Jom sama-sama ambil peduli tentang mereka! Sebagai saudara seislam, kita mesti ambil tahu! Rujuklah mana-mana media yang yang dipercayai. Insya-Allah sebagai booster rohani.


*****


Sekarang dalam fatrah jaulah di Mesir. Sudah 3 hari di sini. Disebabkan sudah beli tiket ke Mesir awal,dan tak dapat dielakkan jika menangguhnya, maka saya terpaksa ambil exam pada sem depan.
Doakan, agar setiap detik sepanjang di Mesir, tidak disia-siakan. Insya-Allah, jika ada kelapangan, saya akan update ya?


SEKIAN













Friday, January 4, 2013

Berpagi-pagian.


"Ya Allah sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku "

Ayat yang dibaca setiap pagi dan petang didalam ma'thurat.
Maka, mentari hari ini menjadi saksi bahawa kami telah merealisasikannya mealui riadhah di pagi hari.
Alang-alang kepala tepu menghadap buku, apa lagi, salah seorang ahli bayt terus buat keputusan pergi ke Madinah Hassan (Stadium sukan di Irbid, Jordan).

Berpagi-pagian kerana Allah memang menenangkan.
Melihat keindahan ciptaan Allah cukup menimbulkan rasa syukur atas nikmatNya.
Kita boleh melihat, berjalan, menghirup oksigen yang memang 'free of charge', berfikir...
Subhanallah, tak terkira nilainya kan?




Sebelum ini, memang semua ber'janji melayu'.
Semangat nak berjogging sama-sama esok pagi, tapi, bila tiba esok pagi..

"Sejuk tak kat luar...?" *sambil menggeliat*
"Kalau sejuk, tak nak pergi..wuu~"

*Jatuh rahang*

Dalam hati,
"Dah memang musim syita' memang sejuk, nak cakap macam mana lagi? Memang akan jawab sejuk lah kan? Hey...."

Sabor je lah.

Akhirnya tercapai juga hasrat beriadhah secara berjama'ie.
Salah satu 10 muwassofat tarbiyyah dipenuhi. Alhamdulillah.
best tao! -^.^-
Larian anak 3 pusingan tanpa henti.
Balik-balik rumah, semua pakat reramai sakit kaki. Dah macam warga emas pun ada. Jalan slow-slow. Bunyi tulang kaki "ketak! ketuk!" bila bangun atau duduk.
Nampak sangat kurang bersenamnya.. heh~




Dan yang paling 'special' bersempena riadhah 2013 ni adalah makaroni bakar!
Lagilah semangat nak berjogging kan?
Hasil air tangan ahli bayt kot! Dan kami serikan lagi dengan tulisan sos " Israa' " di atasnya, bersempena nama bayt kami.  Comel kan..kan..kan..? hee~
*gelak sopan*

Nak tahu kenapa letak nama Isra'? Cuba tadabbur surah al-Israa', surah ke 17. Ayat dia superb osem.


Serius basah.

Ok, sama-sama tembakkan doa untuk semua sahabat yang sedang menghadapi 'final exam'. Tak kiralah di Mesir, Jordan, Turkey dan espeseli Malaysia.
Ingat! Buy 1 free 1.
Kita doakan kebaikan untuk seseorang tanpa diketahui mereka didoakan, makhluk di langit pula akan mendoakan untuk kita.


Nak kongsi satu doa, sebelum menuntut ilmu, amalkan doa di bawah ye..
Bukan untuk exam saja. (^^,)Y



Wallahu a'lam.