Thursday, May 2, 2013

KONDUKSI




" KONDAKSI "


Membuka mata para mahasiswa di Jordan khususnya yang menuntut di irbid tentang pentingnya menjadi seorang teknoda'ie. Seorang da'ie yang mahir bab-bab teknologi. Kreatif dan bijak memanipulasikan alam siber lalu kembalikan masyarakat kepada Pencipta sebenar..


Program KONDAKSI anjuran Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ) memberi motivasi dan sokongan yang tinggi kepada mahasiwa Irbid. Bersama  jemputan  panelis yang tidak dinafikan kehebatannya dalam arena penyampaian dan ceramah. Ustaz Zaharuddin, Ustaz Farid Ravi dan ustaz Ihsan Fadhli.


" Penyebaran youtube, status di FB, penulisan blog di internet sangat berkesan kerana audien bukan sahaja terhad pada masa tertentu/ di sesebuah tempat, bahkan seluruh dunia. Audien bukan setakat mendengar tetapi dapat melihat visual dan seterusnya melakukan refleksi terhadap apa yang dilihat. Youtube atau website contohnya, bila-bila masa boleh tengok/baca secara berulang.

Walaupun saya sedang tidur di Malaysia, orang di Jordan pun masih baca website saya. Tak nak ke kamu enjoy pahala yang mengalir ini?  Syok tau! Carilah masa untuk menulis kebaikan.. "


- Ustaz Zaharuddin 



Disebabkan kata-kata ini, saya tergerak hati untuk menyambung semula penulisan. Sepanjang tiga bulan cuba mencari kekuatan untuk menulis, dibiarkan tidak ber'update' dengan alasan banyak masa terbuang menghadap laptop. Sungguh, itu suatu alasan yang tidak munasabah!


Sedangkan penulisan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Ditambah lagi dengan bonus berpangkat da'ie. Memang terbaiklah! Saham yang mengaut banyak keuntungan untuk akhirat kot! Serius, nilainya infiniti.


Antara pengisian ustaz Zaharuddin yang paling memberi kesan, tugas seorang mahasiswa yang bercampur dengan masyarakat itu perlu pada pelbagai cara, bukan fokus pada satu cara. Segala ilmu yang kita dapat, tak kisahlah pelajar syariah mahupun medik, perlu bijak dan berfikiran jauh, melalui medium apa kita ingin kongsikan ilmu itu. Blog? Vlog? Penulisan? Semuanya terserah atas individu itu sendiri dalam menyampaikan fikrahnya.


Walaupun ustaz tidak banyak menyentuh fikrah secara spesifik, tapi saya faham pengisian itu banyak 'menembak' indirectly kepada seseorang yang bergelak da'ie. Simbolik seorang da'ie itu adalah membina dan terbina. Terutama apabila dia bersama dengan masyarakat. Menjadi seorang rijal 3ammah yang memili tamayyuz. Dari mana datang sumbernya? Dari Al-Quran dan sunnah nabi. Dari mana datangnya wasilah/ perlaksanaan itu? Sudah tentu adalah dari dakwah dan tarbiyah itu sendiri.


Perubahan seseorang itu adalah hasil tarbiyah yang dia peroleh. Tarbiyah mengajar mematangkan diri, bukan masih berada di tampuk yang lama dan bersenang-senang. -quoted by myNadiboo-
(Siapa Nadiboo? Biarlah rahsia~ Eh.)



Antara petikan isi penting perkongsian saya dengan pelajar di Jordan tempoh hari. "Hidup kita jika bermanfaat untuk diri dan ramai, memang akan merasai kesukaran.. Kerana hanya dengan kesukaran itu, barulah kesenangan akan hadir BERSAMANYA, bukan selepasnya.." " Amalan baik memang susah namun itulah kunci kesenangan. Senang yang diredhai Allah tidak akan putus dari rasa susah."


"Ramai teman, sahabat saya dan saya sendiri sering DILIHAT SUDAH SENANG dan BERJAYA ketika ini. Namun yang melihat dari jauh tidak tahu betapa setiap hari yang dianggap berjaya & senang itu diiringi tempuhan pelbagai kesusahan dan pada masa yang sama nikmati kesenangan, kedua-duanya adalah kembar siam. Justeru, kalau rasa diri sudah senang tanpa diiringi susah, hati-hatilah, itu mungkin kesenangan yang cacat lagi bahaya."

*petikan yang dicuri dari FB Ustaz Zaharuddin*
Hew..hew..





Oh yaa! sebelum saya terlupa,
program Konduksi ini diakhiri dengan persembahan nasyid dari "Suara Irbid". Dendangan lagu yang diutarakan mereka bertajuk "Palestina Tercinta" dan "Semanis Gula". Mendengar tajuk kedua itu disebut, agak sedikit teruja (tiadalah sampai melompat kerusi). Terkejut kerana lagu itu tidak diketahui ramai pun. Hanya golongan tertentu sahaja yang tahu betapa tingginya makna setiap bait lagu itu. Sedang khusyuk menghayati, tiba-tiba mata gatal masuk habuk. Tendency untuk mengalirkan air mata bahagia~ Senyum! Eheh. :'D




Banyak nilai dan guideline yang saya dapat pada hari itu. Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allah yang menggerakkan untuk hadir ke program ini dan Allah yang memberi kefahaman atas setiap ilmu yang dikongsikan dalam dewan ini. Jazakumullah kepada pihak yang menganjurkan. Allah jualah yang menggerakkan hati kalian untuk merangka program ini dan akhirnya tamat dengan jayanya. Alhamdulillah. Segala pujian hanya dikembalikan kepada Allah.



Sedikit sebanyak semoga penulisan ini memberi manfaat kepada anda yang membaca. Tidak tersentap pada satu penulisan, cukup dengan anda terkesan pada satu ayat. Moga Allah pandu hati-hati yang membaca dan berkongsi. Wallahu a3lam.




*****


 Sekali-sekala memang perlu menulis sebagai peringatan bersama, terutama kepada anda yang menjadi pembaca blog setia ini. Eh. Setiakah anda?  ;)