Monday, December 1, 2014

Inspirasi



" Kriingg! " PAPP! Tangkas punat jam loceng ditutup. Bimbang ada yang terganggu.

Tepat jam 4 pagi. Bingkas bangun. Capai tuala dan baju seragam sekolah menuju ke bilik air.   Selesai mandi sebelum subuh, rutin harian adalah kejut orang yang telah beri amanah untuk kejutkan mereka qiam.

"Kak Nadia nanti kejutkan kita pukul 4.30 eh?"
"Kak Nadia, nanti kejutkan orang-orang bilik belakang Dorm Syifa' awal-awal tau, sebab nak sahur"
"Nadia, lepas mandi terus kejutkan akak ya! Jangan tak kejutt!"
"Nadia, nak cop tandas lepas enti.."

Ini lah ayat-ayat yang berupa amanah sebelum melelapkan mata. Tak kiralah dalam bentuk sticky note yang terlekat di tepi katil mahupun lisan. Gara-gara peraturan asrama mewajibkan solat subuh berjemaah di musolla, maka inilah usahanya. :')


*****


"FNMF"


Tahun 2008, ketika saya di tingkatan 3. Pertama kali merasai suasana di asrama dan memerlukan tempoh yang agak lama untuk mebiasakan diri dengan kitaran hidup pelajar asrama. Bermula tahun inilah saya banyak belajar dari ramai orang. 


Ketika zaman itu, ada seorang adik yang saya kira cukup 'mencabar' diri saya sebagai seorang kakak. Bukan bermakna mencabar sehingga menyebabkan pergaduhan atau timbul rasa amarah antara senior junior, tapi mencabar dari sudut memberi inspirasi dalam membentuk diri.
"Dia boleh buat lebih baik, kenapa aku tak boleh?"



Kesannya masih terasa sampai sekarang. 


Sikapnya yang tangkas membuat kerja. Seimbang pengurusan di sekolah dan di asrama. Akhlak yang sopan dan berbudi bahasa dengan guru, senior mahupun junior membuatkan banyak benda saya belajar dari dia. Ada rasa 'berlumba' untuk menjadi yang terbaik dalam gerak kerja, amal fardhi, ketepatan masa, tarbiyah dzatiyah dan pengurusan diri ketika di asrama.


Adik ini, mudah dikenali dengan initial name "FNMF". Setiap barangnya tertera tanda itu. Kami pernah satu dorm suatu ketika dahulu. Dialah antara salah seorang junior yang saya anggap seperti pesaing. Pesaing bangun paling awal. Pesaing bersiap ke sekolah paling awal. Pesaing tempat tidur paling kemas. Pesaing baca buku novel islamik atau motivasi. Ini dari sudut apa yang saya rasa lah, tapi dari sudut adik ini saya tak pasti. *Maaf ya Nadibuu*




"Nadhirah pernah baca buku Sinergi tak? karangan HIlal Asyraf..", sambil menyusun buku untuk kelas tambahan malam itu.

"Dah...dua kali ana khatam...Ni pun rasa nak ulang sekali lagi..Hihi..", dia mengubah kedudukan memeluk lutut. Masih bertelekung.

"Perghh...dua kali?"

"Tak...sebab.. ana suka ayat dan penggunaan bahasa yang digunakan. Tambah-tambah lagi isinya padat dengan pembinaan jiwa"

"Okay...akak rasa tercabar..haha."

"Alaa..kak Nadia..! janganlah macam tu.."

"Hehe, akak gurau je lah."




Senyum.



4 tahun lalu. Perbualan itu menjadi bukti betapa dia sangat cintakan buku. Dan baru-baru ini ada orang kongsikan sesuatu di Facebook. Saya Scroll-scroll..


Subhanallah! 
Ternyata dia berjaya menghasilkan buku untuk peringkat kanak-kanak! *Nangis terharu laju-laju* 


Impian saya suatu ketika dahulu untuk menghasilkan buku selepas SPM, adik-adik junior sudah mendahului. Alhamdulillah atas setiap perkara. Rezeki Allah untuk mereka.


Sangat berterima kasih kepada dia sebab mengingatkan kembali azam untuk terus berkhidmat dalam penulisan. Ya, inspirasi itu, semangat dahulu, Allah susun kembali melalui wasilah dari dia. Till nowShe stay humble.


sumber asal


Tahukah saudara, salah seorang penulis di bawah alumni kursuspenulisan.com berusia 19 tahun? 
Dalam tempoh setahun ini beliau berusaha hadir ke Asian Festival of Children's Content di Singapura dan China Shanghai International Children's Book Fair bagi mendapatkan peta besar industri konten cerita bergambar kanak-kanak.
Beliau bekerjasama dengan penterjemah, Cik PuanRawaida Kamarudin dan ilustrator Tuan Irfan Foner.

Mereka tidak pernah bertemu sebelum ini melainkan di Facebook sehinggalah beliau menyertai Asian Festival of Children's Content.

Ada yang bertanya, keluarga beliau orang 'ada-ada'kah?

Cepat beliau membalas, "Ibu saya suri rumah."

Sepanjang bersama kami, beliau memberanikan diri bercakap dengan penggiat industri buku, penulis senior, ilustrator yang sudah ada nama di peringkat antarabangsa dan pengamal profesional lain.

Kita bayangkan bagaimana beliau yang bermula dari 0 berhadapan kumpulan yang markah industri mereka sudah 300 peratus.

Tangguhkan kepuasan berbelanja, bunjutkan wang dan labur untuk pendidikan diri.

Saya mendoakan lima tahun dari sekarang, jika Cik Puan Faten Nadhirah konsisten berkarya dan cuba jaya menjadi nama yang penting dalam industri perbukuan dalam dan luar negara.

Sambil itu saya duduk dan berfikir (tentang diri sendiri) di mana saya ketika 19 tahun dahulu dan ke mana saya 19 tahun dari sekarang.

Gerakkan pen, hidupkan rancangan.
          By: Tuan Zamri Mohamad




*****

MDS (Manusia Dorm Syifa')


Ku titipkan lagu ini buat kau dengari,
meski ia tak seindah alunan di hati,
masa yang telah kita ukir bersama,
moga selamanya tersemat di ingatan...

Apakah kita kan saling mengingati,
saat nanti bila bertemu lagi,
tahukah..itulah yang sering ku takuti,
itukah kau yang pernah ku kenali.

Jangan kau lupa kenangan kita bersama,
kerna ianya kunci sebuah pertemuang,
berpisahnya kita kali ini ku mengharapkan 
ia hanya perpisahan yang sementara.


Langit yang cerah bertuka kelabu,
saat kakiku.. melangkah sayu...

Original by Ainul Farihah.

-------

Lirik lagu di atas adalah ciptaan sendiri dari seorang junior. Batch paling last yang saya sempat di sekolah. Ketika saya form 5, dia form 1.  Hadiah untuk batch SPM 2010 katanya.  



Awal-awal tahun 2014 kalau tak silap, group alumni kami digembar-semburkan dengan pengeluaran buku novel islamik bertajuk "Vehaen" terbitan Jemari Seni. Hanya mampu tersenyum melihat penulisnya adalah Ainul Farihah a.k.a MDS. Masih muda, tapi dah berjaya. Siapa tak cemburu bagi orang-orang yang cenderung pada bidang sebegini, kan?


*Menggelarkan diri sebagai MDS sebab menetap di Dorm Syifa'



sumber asal



 Apa-apa pun alhamdulillah, tumpang gembira dengan kejayaan mereka.  Moga rasa cemburu ini adalah sebagai booster yang menggerakkan, bukan cemburu yang berlebihan.


Akak hanya mampu doakan kalian berdua dari jauh. Nak berjumpa, belum tentu mudah bersua muka. Paling mudah, contact hati dengan doa. Moga usaha ini banyak manfaatnya untuk ummah. Teruskan berpena. :')



“Kami adalah mata pena yang tajam, yang siap menuliskan kebenaran…”