Monday, March 12, 2012

Enjoy the silence


Hadis Qudsi:
**********
"Wahai manusia, jika engkau dapati hatimu keras, badanmu sakit, sukar mendapat rezeki dan hartamu makin berkurangan, ketahuilah bahawa yang demikian itu adalah kerana engkau telah berkata-kata dengan perkataan yang tidak mempunyai erti bagi dirimu.

Wahai manusia,
Tidak akan lurus agamamu sehingga lidah atau perkataanmu lurus terlebih dahulu.
Tidak akan lurus lidah atau perkataanmu sebelum engkau MALU kepada Tuhanmu."

*****

Sebelum pergi ke kelas, saya buka facebook. Dahagakan pemakanan rohanilah katakan. Akhirnya, saya jumpa penyelesaian yang saya cari selama ini. Penyelesaian untuk masalah saya dan anda juga. Mungkin..

Ya, lisan a.k.a tutur bicara.

Dan kata-kata itu sumbernya dari lidah yang tidak bertulang. Main keluar je perkataan-perkataan. Tak sedar baik atau buruk. Mungkin membahagiakan si pendengar, mungkin juga bakal mengguris hati pendengar. Bersiap sedialah anda. Tidak ada sesiapa yang boleh halang melainkan diri sendiri. Benar bukan? 

Sangat berisiko tinggi andai kita sendiri tidak berfikir dahulu sebelum bertutur atau bahasa mudahnya, cakap tak serupa bikin. Bercakap dalam keadaan separa sedar dan bertindak melulu, bahaya wo!

Pernah terjadi. Pengalaman ketika di sekolah dulu, ada seorang sahabat yang sangat suka bercerita dan menceriakan keadaan. Memang dia ni senang diajak berbual. Dia suka bercakap. Sok sek.. sok sek.. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Setiap cerita, ada sahaja perkara yang menghiburkan. Gelak tawa, haruslah ada. Bisa bikin orang sekeliling jeles bagi yang not join the group.

Seronok, seronok juga. Lama-kelamaan, ada juga pihak2 yang terasa dengan si penglipur lara tersebut. Mungkin ada cerita-cerita yang tak sepatutnya diberitahu, terlepas dengan sendiri. Mungkin juga rahsia orang yang sepatutnya dijaga, dibongkarkan begitu saja. Sikap suka bercerita hal 'rumahtangga' orang yang dianggapnya sebagai hiburan dalam perbualan adalah sesuatu yang sangat tidak patut! Aib orang perlu dilindung bukan untuk diceritakan secara semberono. Bukan apa, takut bertukar menjadi umpatan.

Lawak. Ini juga satu penyakit yang sangat kronik untuk jiwa dan rohani. Sikap 'sentiasa' suka melawak boleh mengakibatkan seseorang itu kurang serius dalam sesuatu. Sampaikan perkara yang serius boleh dibuat main-main sehingga hilang adab dalam diri. Boleh jadi hilang percaya. Jatuh tsiqah mereka.

Maka, contohilah sikap Rasulullah. Bersederhana. Hatta ketawa paling galak Rasulullah sendiri adalah senyum sehingga menampakkan gigi belakang. Simple kan?

Disebabkan saya dah kongsi disini, anda pun ingat2kan saya juga. Bimbang andai percakapan kita tak diredhai Allah. Kalau sudah tahap tak redha, tentulah tak berkat. Bila tak berkat, susah nak masuk ke dalam hati sesiapa yang mendengar. Sebab itu kata-kata yang lahir dari hati akan sampai ke hati juga.

Ironinya, benteng yang paling selamat dari berkata-kata kepada perkara yang tak patut adalah, " Bercakap bila perlu" / "Lebih baik diam dari berbicara".

Wallahua'lam.