Tuesday, February 28, 2012

Ziarah Guru Al-Qur'an



Kisah lama, mesti kongsi untuk dapatkan ibrah bersama.
Lebih kurang sebulan yang lepas, saya dan sahabat2 se'markaz hafsah' menziarahi rumah guru kami, Ustazah Banan.

Banyak juga yang mereka bualkan dan kongsikan.
Terutama dengan ayah Ustazah Banan, kami panggil Syeikh Mustafa.
Bicara tentang negara2 di Asia, terutama Malaysia. Politik, Pendidikan, perniagaan, pemerintahan, masyarakat...
Tak payah cakap, semua dia tahu.

Rupa2nya mereka banyak kaji tentang Malaysia.
Dari pemimpin sehinggalah ke masyarakat.
Katanya, masyarakat Malaysia dan Jordan lebih kurang sahaja.
Islam hanya sekadar pada nama, tapi tindakan tak sehaluan dengan cara sebenar.
Terasa 'pedihhh' di situ.

Kata2 syeikh yang masih saya ingat sampai sekarang:
" Kamu datang ke sini untuk belajar syariah. Hebat! satu tindakan yang mulia.
Tapi jangan lupa, ilmu itu perlu sampai pada masyarakat disana. Mereka juga perlukan bimbingan. Paling penting adalah cara kamu menggunakan pendekatan."

"yakni.... DAKWAH..."

"Ingat! Kita hidup bukan untuk sendiri-sendiri, tapi secara jama'ie. Dan beruntung bagi mereka yang mengamalkan seluruh kehidupannya secara jama'ie. Bayangkan...kalau kamu keseorangan, mudah saja syaitan berperanan. Bukankah begitu? Sebab itulah pentingnya dakwah dan tarbiyah. Hidup manusia lebih terarah. "

Unfortunately, saya dapat rasakan bahawa syeikh juga adalah salah satu mutiara Ikhwanul Muslimin yang saya jumpa di Jordan.
Hati gumbira dan bahagia tak terkata.
Sekali lagi saya berjumpa dengan orang hebat.

Terima kasih Allah. Aturan yang sungguh sweet~