Sunday, October 9, 2011

TAHNIAH ayah... :')




Semangat saya membersihkn tandas setelah membersihkn diri. Itupun MENUMPANG rumah senior yg berdekatan. Lima hari suntuk rumah saya terputus bekalan air atas beberapa masalah tertentu (Mmg negara Jordan ni kekurangan air sebenarnya). Sedang khusyu' meng'wipe' lantai bilik air, handphone berbunyi.

Bilik air diketuk kuat. Seorang sahabat memudahkn cara mebawa handphone ke bilik air.

"Fityah!! umi caaall!!"

Akibat malas untuk keluar dari bilik air yg masih lg belum sempurna kebersihannya, saya menguak sedikit pintu bilik air. Hanya tangan dihulur keluar seolah meminta barang.
Punat "Answer" segera ditekan. 

"umi..." 

Senyap. Mengharapkan suara umi berbicara. Tapi terputus. Bila di'check' missed call, 

"Allah, umi dah call 2 kali tapi tak terjawab.." hati bermonolog.

Hmm..nak call balik x de kad weinax la pulak. Takpelah.. tunggu umi call lg skali. Tunggu punya tunggu, 1 jam kemudian umi bagi mesej...

" Ayah konvo tadi. Masa amik gambar ramai2, k long x de. Umi rindu "

Allah! lupalah ayah konvo hari ni. Disebabkan tiada kesempatan membalas mesej, k long tujukan luahan memoir kepada ayah tersayang ...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, 
"Terima kasih"... ucapan pertama yg mampu terungkap, Terima kasih yg tidak cukup sekadar ucapan, tapi segala kesungguhan ayah dan umi mendidik anak2 ke arah yang diredhai Allah. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Ayah sentiasa mendidik...mendidik.... dan terus mendidik walaupun adakalanya cara ayah agak menggelikan hati kami berenam.

Bab solat tak payah cakap, memang ingat sampai sekarang. Teringat zaman kecil-kecil dulu. Dengar je bunyi motor masuk di perkarangan rumah, lintang-pukang kami adik-beradik masuk bilik air ambil wudhu' untuk menunaikan solat (entah niat betul2 ke tak mase ambil wudhu'). Masing-masing gelabah cari telekung... Hehe..Sebab apa? sebab takut tak dapat jawab soalan ayah. Tak sampai dua langkah ayah masuk ke dalam rumah, perkataan pertama yang tidak boleh tidak meniti di bibir ayah, 

"Dah solat belum?" (^^,)

Akhirnya semua tak menjawab. Sebab masa tu kami tengah solat. (kih3). Solat kerana ayah...x bagus...x bagus. Tapi itu kisah kami masih di peringkat sekolah rendah dan tadika. 

Ayah tak pernah bersungguh dlm marah. Paling tidak, lepas marah, mesti ayah tersengih. (^^,). Last2 kami semua tergelak, sebab ayah x mampu menghidupkan suasana 'marah secara telus' (hik3)

Semakin kami beradik membesar ke alam remaja, ayah dan umi banyak brkongsi cerita dengan kami. Terutama ketika makan. Dlm kami enam beradik dah ade 2 grup secara tak rasmi, 1 group ni matang lebih sikit (^,^) suka cerita yg high2 level sikit. Group kedua, suka bercerita mcm kanak2 ribena sikit. Tp ayah dan umi tetap sabar mendengar cerita dan luahan kami berenam.

Ayah banyak bercerita tentang kerja dan pembelajaran ayah sekarang. K long ingat lagi ayah cerita tentang keadaan ayah semasa nak menyambung master. Selama 10 tahun ayah bertungkus -lumus memenuhi hasrat itu. Pada awalnya, Allah timpakan mehnah kpd ayah. Hikmahnya mungkin untuk menjadikan ayah lebih kuat. Terus-menerus meminta kemudahan daripada Allah. Masa tu k long tak tahu pun ayah sedang sambung belajar. Yalah, ketika tu k long masih di alam sekolah rendah. Masih mentah untuk mengerti semua itu. Saban hari ayah pulang dari tempat kerja, dengan membawa senyuman...walaupun pada zahirnya ayah kelihatan letih. Hanya umi tempat ayah berkongsi cerita ketika itu. 

5 tahun pertama ayah tak dapat menghabiskan pembelajaran ayah atas sebab sikap sesetengah individu. Tp ayah masih bersabar... Kemudian ayah mengambil keputusan untuk belajar penerbangan. Tak sampai setahun ayah hampir menamatkan pembelajaran tersebut, tiba2 kami dikejutkan dengan berita ayah akan dipindahkan tempat kerja dari Johor ke Perak. Ayah masih bersabar... Pembelajaran penerbangan tak dapat diteruskan. Setelah berpindah ke Perak, rupa2nya Allah menggantikan yang lebih baik. Ayah dapat menyambung master di sana. Selama 2 tahun ayah struggle, akhinya ayah berpeluang juga konvo. 

Ketika menamatkan master, anak sulung ayah pula terbang jauh untuk menyambung ijazah... Moga Allah permudahkan urusan ayah di sana!! Insya-Allah doa anak di bumi Syam mengiringi kejayaan ayah dan keluarga di bumi Malaysia... TAHNIAH dan Terima kasih ayah!! (^_^)