Friday, January 14, 2011

Indibadhkah (Disiplinkah) kita?!





" Kak long, Abang tak tahulah Abang nak sekolah mana tahun depan," luah Emir Aliff, sepupu merangkap adik susuan. Dia kini bakal memasuki tingkatan 4 tahun ni. 


Sedang asyik menonton televisyen, tertarik dengan luahan hatinya.



" Kenapa Abang nak tukar sekolah pula?" saya menyoalnya. 





" Entahlah,  rasa macam tiada fungsi kat sekolah sekarang. Abang rasa kosong sangat. Abang sayang kawan-kawan tapi Abang rasa dah lama tinggalkan isu-isu yang berkaitan agama. Hanya menjaga yang asas saja. Tapi sampai bila. Abang tak larat bergerak seorang," bicaranya penuh mengharap.





Akhirnya dia menceritakan keadaan dia di sekolah. Jika saya sendiri berada di tempatnya, saya juga mungkin tidak mampu. Jujur saya katakan, dalam ramai-ramai sepupu kami, dia dan adik-beradiknya memang Allah kurniakan  kelebihan bijak pandai, sifat kepimpinannya yang cukup terserlah dan berkarisma. Cuma suasana disekeliling agak kurang membantu untuk wujudkan biah yang baik di sekolah.

" Kalau diberi peluang Abang nak bersekolah di mana?" saya menyoal.

" Abang ada mohon nak masuk KISAS. Tapi faham-faham jelah sekolah SBP bukan senang nak tukar-tukar sekolah ni," cepat sahaja dia menjawab.

" Okay, kalau Abang rasa macam ni, why not abang take a step forward buat perbincangan dengan kawan2 yang sekepala dgn abang auntuk wujudkan bi'ah yang sesuai," saya memberi cadangan.

" Susah Kak Long, Abang tak kuat. Banyak lagi ilmu agama yang Abang tak tahu," rungutnya. 


" Abang dekat sekolah pengawas kan? Abang kata Abang rasa kosong. Pernah terfikir tak kenapa kita kena buat kerja-kerja yang pengawas selalu buat, contoh macam catit nama orang yang lewat, check dorm, bercakap di perhimpunan pagi mesti on time, kena tunjukkan qudwah yang baik dengan kawan-kawan. Rasa tak kenapa kita kena susah-susah fikirkan dan buat semua ini?" Dia hanya mengangguk.

" Sebab sebagai pemimpin, pada masa yang sama kita memperbetulkan orang lain sebenarnya kita juga melatih diri untuk buat lebih baik dari orang lain. Kita hakikatnya sedang melalui proses untuk mengupgrade kebolehan sendiri. Dari sudut solat subuh berjemaah di musolla, tepati waktu bertugas, profesional dalam bekerja, tutur bahasa dan akhlak yang terjaga. Itu semua sikap yang perlu dilatih bila menjadi pemimpin. Sebab orang Islam itu sepatutnya berDISIPLIN. Kata lainnya ialah indhibadhSebenarnya kerja ini sangat mulia. Dengan tugas kita itu, kita dah permudahkan urusan guru.  Kena tamayyuz , bukan tamayyu'. Maksudnya, kita ada prinsip dan menjadikan kita berbeza dari yang biasa tetapi tidak larut dengan suasana yang mungkin kurang membantu ketika itu" , saya jujur kepadanya.



*****


Ada kisah menarik.


Seorang lelaki yang baru memasuki Islam menunjungi Kaabah dan berkata,

" Isy..ramai betul umat Islam ni. Mesti susah nak buat saf bila hendak solat. Mahunya berjam-jam nak buat barisan,"

" Eh ini baru sikit," kata seorang sahabatnya.

" Kalau begitu, pasti berhari-hari untuk menyusun barisan ini,"

" Tapi pernah ramai lagi. Lagi-agi musim haji. Melimpah ruah sampai keluar," celah sahabatnya.

" Oh kalau begitu, lagilah sukar untuk disusun. Makan masa berminggu-minggu agaknya,"

Tiba-tiba seruan azan kedengaran dan bergema seluruh Kaabah. Sejurus habis sahaja seruan azan dilaungkan, kesemua umat Islam yang berada di seluruh tempat berpusu-pusu membuat saf siap sedia untuk menunaikan solat. Menghadapkan kiblat yang satu juga berimamkan seorang ketua yang memimpin solat. Tidak sampai lima minit Saf sudah tegak berbaris.

Terpempan kedua orang sahabat tersebut. Subhanallah Islam sebenarnya sangat sempurna dan terlalu tinggi. Sampaikan sekecil-kecil perkara Allah mengajarkan kepada kita sesungguhnya umat Islam itu hidupnya penuh dengan INDIBADH. Tanpa peraturan pasti tiada paksi untuk bergerak utuh.

" Hmm.. jadi kita kena banyak bersabar dalam menolong agama Allah ni," saya akhiri dengan persoalan.

" Ya Allah. Dengan solat sahaja dah mengajar kita tentang disiplin. Padanlah Abang rasa kosong sebab selama ni apa yang Abang buat, tak rasa pekerjaan itu semua untuk Allah," 




Alhamdulillah..

 " Jadi sekarang ini, Abang mohonlah petunjuk Allah, nak sambung pelajaran di mana. Insya-Allah, selangkah kita mendekati Allah, beribu-ribu langkah Allah dekat dengan kita dan mudahkan urusan. Tapi ingat! biah bukan penentu perubahan diri tetapi kita lah yang menentukan perubahan suasana di suatu tempat."