Sunday, September 5, 2010

Thank You Ummi...

"Nadia!"

Sayup2 kdgrn satu suara. Halus panggilannya. Mata meliar mencari dari mana arah suara tersebut.

"Nadia!!"

Sekali lagi kedengaran. Sakinah, sahabat yg berjalan di sebelahnya mencuit bahunya.

" Nadia, k andak (panggilan manja dlm dorm) panggillah.. dari arah pejabat tu.."

Nadia menoleh ke belakang. Tangan k Andak melambai berulang kali. Isyarat, agar segera ke sana.

" Knape k Andak?"

"Ni...Bungkusan dari Perak."

"Kat mane?"

"Tepi kerusi"

"Syukran k andak!"

"hmm... sampai asrama nnti, ajaklah org skali buka ramai2"

"Eh boleeh.."

Sampai di asrama, beg sekolah diletakkan di atas katil. Bungkusan itu diletakkan di bawah. Dibukanya dengan penuh hati-hati. Kelihatn sampul surat berwarna putih dilekatkan di tepi kotak. Jelas terulis,

" KHAS BUAT ANAKANDA UMMI & AYAH "

Kandungan didalamnya dikeluarkan. sehelai kertas yang penuh dgn tulisan berangkai 1 muka surat penuh.

Assalamualaikum...
    Buat anakandaku Nadia.

Semoga berada dalam dakapan Iman & Keberkatan Allah Azzawajalla.
Along, hari ni 24 Ogos genap along 17 tahun. Sekejap  aje masa berlalu.
tahu-tahu anak umi dah besar panjang dan menginjak remaja.

Umi dan ayah hanya mampu mengucap syukur, dari anak yg sangat kecil,
comel dan tak tahu apa2. Allah izini menjadikan along sangat menyejukkan hati.
Sudah boleh bertukar fikiran dan berbual tentang fikrah dan sebagainya.

30 Ogos ni, genap 16 tahun alng berjalan. Sebab along berjalan dan
tawaf meja rumah maktok dan tok ayah di Gombak pada 30 Ogs 1994.
Perkataan pertama along "air....air...air....adik...adik...pa....pa...pa..."
Sangat ajaib kekuasaan Allah kan?

Kami sangat memohon kepada Allah agar kekalkan sifat ,mahmudah
sebanyak mungkin pada along dan adik2 dan melimpahkan rezeki
kpd anak2 umi dan mengurniakan SYURGA kpd kita semua.

Teguhkan tekad hadapi percubaan SPM dan seterusnya SPM the real nnti.
Kami sangat merindui alng dan angah di bumi HIDAYAH yang penuh barakah.

                                                                                                         UMMI

Hati tersentuh melihat penulisan Umi. Terima Kasih ya Allah atas nikmat
seorang ibu yang  memahami....