Thursday, October 1, 2015

Final Sem





" Ilmu ada dalam perut buku, tetapi kuncinya ada pada dada para pemuda "


Kata-kata yang ringkas, dicatit di sisi kertas, ayat yang pendek tapi mendalam. Saya anggap sebagai pencetus semangat sempena masuk sem akhir ini. Dr. di kuliah syariah gemar memberi nasihat dan motivasi terlebih dahulu sebelum kami mulakan pelajaran. Mudah masuk radar dan buka hati seluasnya menerima ilmu baru. Tak kisah ilmu apa pun yang kita belajar, penentu pada sesuatu ilmu yang diperoleh adalah dari dalam diri kita.


Bila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, nampak kelakar kan? Barulah saya faham kenapa orang kata, " zouq baca dalam bahasa arab lebih rasa dibandingkan dalam bahasa melayu ". 


Doakan, moga sem akhir ini saya dan sahabat2 all-out mengikut kadar kemampuan. Dapat memuntijkan masa dan tenaga pada akademik dan DnT. Emosi dan tekanan sebolehnya dielakkan. Gangguan-gangguan luar seperti gadjet, internet dsb dapat dikawal mengikut keperluan. Moga usaha, amalan dan tawakal diserahkan sepenuhnya pada Dia.


--------------------------------------------------------------------------------------



[PENANGAN FINAL YEAR EXAM]

Saya belajar dari pengalaman senior-senior lepas(especially akhawat) cara mereka mengendalikan diri mereka ketika berada di dalam fatrah study leave. Semestinya, fatrah ini kita akan berada dalam keadaan sangat stress disebabkan oleh beberapa faktor antaranya seperti lambat catch-up, suasana rumah, emosi yang tidak stabil, tuntutan sekeliling yang pelbagai dan macam-macam lagi.
Mengambil prinsip when-we-put-ourselves-under-stress-we-can-do-anything-and-everything-no-one-can-imagine, saya terpanggil untuk menulis post ini kerana ditakuti tenaga positif yang pada asalnya elok untuk digunakan untuk belajar, menjadi cas negatif yang akhirnya menatijahkan 'anything' dan 'everything' yang tidak elok.


1. Susun masa dan disiplin.
Hal ini teramat penting jika anda seseorang yang mempunyai jawatan penting di dalam sebuah persatuan atau jemaah, atau mempunyai urusan penting(pertunangan, akad nikah dll) ketika fatrah ini. Boleh jadi, kerja anda semakin bertambah ketika fatrah imtihan. Jangan tinggal terus tanggungjawab anda begitu sahaja. Maka, penyelesaiannya adalah dengan menyusun masa mengikut kemampuan anda belajar setiap hari dan disiplin. Putuskan segala aktiviti di alam maya dan didik diri untuk fokus. Learn to ignore distractions.


2. Hiasi usaha belajar dan stress anda dengan hal-hal yang baik.
Semestinya, fatrah imtihan ini wajarnya memberi impak positif pada orang-orang yang beriman. Mereka wajib berusaha sehingga darjat usaha dan diri mereka sebagai orang yang berusaha diangkat di sisi Allah SWT. Pastinya, mereka yang hangat-hangat tahi ayam adalah golongan manusia yang terlampau rugi kerana pahala usaha dilepaskan begitu sahaja, apatah lagi natijah yang tidak langsung bakal menyumbang kepada usaha.


Saranan saya, kuatkan kesungguhan dalam menjaga amalan fardi dan jangan kedekut masa untuk berlama-lama dengannya. Dengar lagu-lagu(Al-Quran apatah lagi!) yang menyegar dan membasahkan iman, dengar tazkirah, tukar angin seketika berjumpa dengan akhawat untuk sentiasa menerima nasihat mereka untuk keluar sebentar dari zon tekanan itu tadi. Jauhkanlah diri dari mencari hal-hal yang tidak wajar hanya atas nama untuk menghilangkan stres.


Tips paling baik yang saya amalkan adalah menghafal surah-surah pilihan. Sudah tentu menghafal Al-Quran ini memberi manfaat kepada diri kita sendiri. Setiap hari sama ada saya akan hafal lima ayat baru(ayat-ayat pendek) atau tiga ayat(ayat-ayat yang panjang). Kemudian ayat yang ingin dihafal diulang sebanyak 40 kali di luar solat. Testimoni saya, bila menghafal Quran di fatrah imtihan:
A) asah lagi skil menghafal dan ingat
B) menambah ayat pilihan yang boleh dibaca ketika menjadi imam
C) melegakan hati ketika terlampau risau dengan peperiksaan
Dan jangan lupa juga selang-selikan bacaan buku pelajaran anda dengan buku-buku selainnya untuk merehatkan jiwa seketika.


3. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, dan tanam bahwa yang hanya boleh diubah adalah usaha kita selaku manusia.


Bermuhasabahlah terutama di kala fakta-fakta yang ingin dihafal terlalu payah untuk masuk ke dalam kepala(bertambah elok jika setiap masa!). Boleh jadi banyak faktor mengapa terlalu payah untuk menghafal dan faktor yang memberi kesan yang paling besar adalah dosa yang tidak diminta ampun kepada Allah dan manusia.


Ada dalam kalangan kita akan diuji di bahagian ini. Berikanlah kemaafan kepada orang sekeliling dan tunaikan hak ke atas manusia(ibu ayah, keluarga, usrahmates, katibahmates, housemates dll). Boleh jadi yang menjadi ujian mengenai hal ini. Selesai ujian ini, maka senanglah Allah permudahkan urusan fakta masuk ke dalam otak itu tadi. Malah, mintalah doa dari mereka kerana itu juga salah satu doa yang dimakbulkan.
Selamat maju jaya buat semua mengharungi fatrah imtihan ini.
Bismillah, mari kita melangkah penuh kemenangan.


-----------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih tak terhingga kepada sahabat yang share post ini di facebook. Banyak manfaat bila baca. Terasa ada nafas baru untuk meneruskan nafar perjuangan di bumi Urdun.
Tips-tips dalam post di atas, 100% tulisan ukht "mylittlepencil", akhawat Mesir.
Hampir dua tahun hidup dalam 'curiousity' ,
akhirnya baru tahu nama sebenar di sebalik nama pena "mylittlepencil".



Walaupun kita tak kenal, nak ucapkan juga "Jazakillahu khayran, ukhty".
 

B)




-nafmri-
Pelajar sem akhir.
Universiti Yarmouk, Jordan.