Sunday, April 15, 2012

Side Income : Donut

Bismillah...

Alhamdulillah hari ini 'terlebih' rajin nak menulis setelah sekian lamanya tak menaip entri di blog. Banyak saja perkara yang nak dikongsikan. Tapi biasalah, mode malas kadang-kala datang menjengah tak mengira masa. Ceh~ [tak mou macam ni lagi! seorang da'ie tak boleh malas tahu?!]

Tab'an, mumkin nabda' al-aan? (^^)

Aiwa...Sepanjang hujung minggu lepas bermula dari hari khamis sehinggalah hari sabtu, setiap detik saya rasa bahagia. " Bahagia? Tak sibuk ke?"  Sibuk? Oh ya! itu juga termasuk dalam senarai aktiviti harian saya.


KHAMIS

- Khamis merupakan salah satu hari derita saya. Sebab kelas hanya satu jam. Dari jam 8 sehingga 9 pagi. Boleh jadi terlalu bosan dan tak tahu nak buat apa akibat terlalu banyak masa lapang. Masa lapang adalah permulaan maksiat. Pesanan khas dari penaja, kepada sesiapa yang perasan dirinya tidak kuat untuk 'al-Hawaa', hadamkan ayat di atas sampai lumat. Dan saya ada pandangan yang tersendiri terhadap masa lapang ni.

 Bagi sesiapa yang tidak mengenalinya, mai sini ceq habaq kat hangpa.  Beliau adalah sejenis makhluk yang suka mencelah tatkala kita sedang sibuk. Sangat menjaga tepi kain orang yang sedang sibuk berdakwah dan menguruskan kilang Doughnut Factory (DF). Dia suka merayu dan menggoda tuannya agar memberi perhatian penuh kepadanya. Banyak cantik!
Bagi siapa yang tertewas dengan pujukan manisnya, hati anda mungkin bakal jatuh chenta kepadanya. Maka, mulalah anda bersikap  seperti orang yang tidak keruan dan tidak berhadaf. [uhuu...tak mou2!]

- Sepanjang hari ini tak ada aktiviti yang menarik untuk diceritakan. Hanya ingin menyatakan bahagia menerima seorang tetamu dari jiran tingkat 3, 2 orang kakak jiran bangunan depan rumah dan seorang sahabat dari sakan kuning, Ezz-ah. ^^
Nak meraih berkat lah katakan... Ya, gunakan fungsi Rumah Islam sepenuhnya..! 

JUMAAT

-Pagi yang ceria dari biasa sebab tetamu ada. Kami menggeliat bersama. Solat subuh bersama. Baca ma'thurat bersama. dan sedut makanan rohani bersama, yakni Riyadhus sholihin. (^^,) Pengalaman yang manis tahu!

-Sempat juga saya dan jiran tingkat 3, Nad ber'ar-ruhul jadid' bersama di dalam rumah. Jog and joy! Itu sudah tentu! Kan dalam muwassofat tarbiyah ada qawiyul jisim? Refresh balik bagi sesiapa yang terlupa ya!  

Minta maaf juga kepada jiran bawah. Gara-gara hentakan yang padu, takut-takut mereka rasa terganggu. Nak buat macam mana? Kami kan akhawat berjiwa pemuda, mestilah bertenaga! 

-Selepas bersenam, kami makan pagi. Kemudian masing-masing memulakan kerja. Ada yang mengulangkaji disebabkan esoknya ada peperiksaan akhir markaz hafsah. Ada yang mengulangkaji untuk peperiksaan minggu depan. Ada yang meng'edit' video sempena GMJ. Paling tak boleh tahan ada seorang kakak, yang saya panggil Kak Wa, tiba-tiba nak jual kuih donut kat sakan. Katanya nak tambahkan pendapatan. (^^)

-Tiba masa rehat, kaki kami tiba2 gatal nak masuk dapur. Alang-alang hari ini saya ditugaskan memasak, maka saya mulakan kerja memasak bersama Nad. Kak Wa sibuk dengan menguli tepung. Nad bertugas di bahagian memotong. Masing-masing memainkan peranan di dapur. 

-Sedang memasak dengan bahagia, tiba-tiba....
" Aaahh!! " satu jeritan mematikan suasana ceria kami.
Dengan kudrat yang ada, saya meniup dengan sekuat-kuatnya. Berkali-kali! Hampir semput jadinya.
Rupa-rupanya tiub gas tercabut dari meja dapur, menyebabkan gas bertebar di ruang udara dan api semakin marak. Tanpa berfikir panjang, saya menyimbah air ke arah api itu. Aliminium yang ditampal di dinding sekitar tempat mamasak, habis terbakar. Hitam! Nad ke hulu ke hilir mencari sesuatu untuk memadam api. Kak Wa pula terkesima melihat keadaan tersebut.

" Nad! Tutup gas! " saya mancadangkan. Entah berhasil atau tidak.
Akhirnya, berhasil. Api terpadam. Alhamdulillah. Lap peluh. (^^,')

- Masing-masing muka macam orang yang terselamat dari mati lemas. Buat kerja, tapi anak mata termenung jauh. Pandai mereka 'coverline' sedangkan saya tahu, jauh di sudut hati mereka, ada yang teringat-ingat peristiwa tersebut.

-Selesai memasak, kami makan dan solat Zohor berjemaah. Akibat terlalu letih, kami terus terlelap. Kata nak rehat setengah jam. Akhirnya terlajak dua jam. Eheh~

-Bangun saja, cepat2 kami tunaikan solat fadhu dan siapkan donut. Saya yang keesokan hari ada peperiksaan final Markaz Hafsah tak gerak-gerak dari muka surat 3. Masa tu terasa sangat membazir masa sebab tertidur. Tapi, jangan berfikir macam tu. Mana tahu Allah nak bagi masa rehat cukup untuk kita  kan?

-Dalam masa 1 jam setengah, saya dan Nad membantu kak Wa. Menggentel, menguli, menekap acuan, menggoreng, menyapu krim coklat lalu ditaburkan chocolate rice di atasnya. Akhirnya siap!



-Kemudian, kamimen jual di sakan Yarmouk. Sebiji 35 qursh. Beli tiga, 1 dinar. Alhamdulillah, semuanya laku! Baru pergi 3 bilik, satu bekas dah habis. Hati riang tak terkata sambil mengucap alhamdulillah. Bilamana rezeki didapati melalui cara yang halal, usah risaukan pulangannya. Rezeki ada di mana-mana. Perlu yakin, usaha dan tawakkal.

-Pada masa yang sama kami dapat berkenalan dengan ahli2 sakan Yarmouk. Dalam perkenalan kami, bukan hanya omongan kosong yang kami bualkan. Sekurang-kurangnya, kami memberikan hak tarbiyah kepada mereka. Kami adakan sharing dengan mereka. Tak sanggup bila bayangkan Allah menyoal saya dalam keadaan saya tak berbuat apa-apa kepada sahabat-sahabat yang masih baru menjinakkan diri dalam big Dakwah dan Tarbiyah.

- Rasa seronok buat projek ini walaupun hakikatnya saya tak habis lagi mengulangkaji. Saya fikir, bila lagi nak merasai buat sesuatu hasil dari air tangan bersama akhawat yang qowiy-qowiy. Uhuk~


SABTU

-Semalam tidur lewat, hari ini bangun lambat. Tapi tak adalah sampai subuh gajah.

-Terus saya mengulangkaji tajwid untuk markaz Hafsah. Ketika itu, memang lekat saja apa yang dibaca. Alhamdulillah...

-Ketika peperiksaan, alhamdulillah segalanya lancar.

-Ketika pulang dari tempat exam Markaz Hafsah, saya duduk bersebelahan kak Anis, yang anaknya bernama Abrar.  Dia jiran di hadapan rumah kami tapi kami jarang berjumpa. Kak Anis dah khirij (graduate) setahun lepas tapi dia masih lagi di Jordan sebab menunggu zaujnya grade tahun 5 pergigian di JUST.

-Dalam tempoh saya balik ke rumah, saya dapat satu  semangat baru dari seorang super senior. Jurusan Lughah wa Adab pula tu. Jangan main-main, kursus ini memang keluaran orang yang hebat2. Sambil2 saya mencubit-cubit pipi anaknya, saya bertanya tentang bagaiman cara belajar yang efektif. Sepanjang perjalanan kami pulang, memang tidak sia-sia..

-Waktu petang pula saya bermu'ayasyah dengan Ezz-ah sambil memasak. Seronok, atas peluang masa yang Dia berikan. Sama-sama berkongsi fikrah. (^^,)

Hakikatnya kerja memang melebihi masa yang ada.

" Bila kita ikhlas ketika sibuk,
tak terasa langsung penat dan lelah.
Rasa terisi ada lah.... [^^,] "