“Baarikillahumma lanaa fi syahri Ramadhan. Ya Allah,
berkatilah kami di bulan Ramadhan…”
Semalam bulan mengambang penuh. Biasan cahayanya cukup
menerangi bilik yang gelap di tengah
malam. Genap 15 Ramadhan. Tak sedar, begitu pantas masa berlalu. Berbaki 14
hari lagi untuk berpesta ibadah. Moga Allah bersihkan hati, bersihkan niat,
permudahkan setiap urusan di dunia.
Bermula dari tarikh akhir meninggalkan bumi Jordan, banyak masa terluang dengan berfikir untuk next step perancangan
hidup. Dari situ baru nak adapt dengan suasana sekeliling a.k.a suasana
Malaysia yang tak asing dengan perkataan ‘S.I.B.U.K’. Macam-macam di-offer
kerja tapi tolak serta-merta dengan alasan yang bermacam. Konflik diri betul bila
dah tinggalkan status ‘pelajar’. Haha. Istighfar Nadia! Aishh..
Hampir 4 bulan menganggur, akhirnya, kalah juga dengan nasihat seorang sahabat.
Setiap offer pekerjaan yang datang, tak ada sebab untuk kita tolak selagi tak
mencuba. Siapa kita untuk tentukan pekerjaan tu sesuai atau tidak. Allah je
tahu yang terbaik. Mungkin kerja yang kita rasakan kurang sesuai dengan
kemampuan diri itu lah yang menjadi. Tutup mata, bismillah, jalan.
Akhirnya rezeki ke sini juga. Tiga kali tawaran sebagai guru
sementara di sini. Kali ketiga baru hilang rasa berat untuk terima. Sebelum ni
rasa berat dengan alasan sebolehnya tak nak jauh dari keluarga dan nak cari
kerja di sekitar tempat tinggal. Setelah
dinasihat, dari sahabat yang sudah bekerja, sangkaan sesuai atau
tidak, letak tepi. Cuba dulu, baru tahu.
“If someone offers
you an amazing opportunity and you are not sure you can do it, say yes.
Then learn how to do it later.” –Richard Branson.
Akhirnya, saya mengiyakan kata-kata di atas. Banyak benda saya belajar. Dan
hari ini, baru benar-benar menjiwai perasaan sebagai seorang pendidik. Kerja yang banyak berinteraksi
dengan manusia memang menuntut masa dan tenaga yang lebih. Saya yang baru
seminggu, mata pun seiras beruang panda jadinya. Banyaknya pengorbanan ustaz ustazah dulu ya Tuhan! (T-T)
Kadang-kadang rasa nak menangis terharu melihat anak murid
yang bersungguh time belajar, kadang-kadang rasa sebak bila ada yang masih tak
faham-faham. Ada yang jenis cepat tangkap, ada juga yang lemah. Baru faham kebimbangan seorang guru bila anak murid terlalu senyap dalam kelas, malu
untuk bertanya, suka buat kerja sendiri,
selalu tidur dalam kelas dan lemah dalam mata pelajaran. Serius..bila ada anak
murid macam ni, kita akan ajar dia sampai faham. Perasaan bila anak murid faham apa yang diajar, bahagianya tak terungkap. Itulah mulianya tugas
seorang guru.
Prinsip yang saya pegang bila berhadapan dengan pelajar yang
lemah atau bermasalah... Marah, gertak, pukul atau melabel kesalahan mereka
bukan penyelesaian yang terbaik sebagai pendidik. Ya, tegas itu perlu tapi
bukan dengan marah atau benci. Ummi selalu pesan, bila dah jadi guru,
walau seburuk mana pun perangai dia diperkatakan orang, at least pandanglah dia
dengan satu kebaikan, nescaya tak akan timbul perasaan benci pada dia, Jauh
sekali untuk menghukum. No judgement, murid akan sayang.
Pernah satu hari saya kena mengajar di sebuah kelas, bila
ditanya pendapat beberapa guru tentang murid-murid dalam kelas tersebut,
respon-respon yang saya terima kebanyakannya ‘kelas budak nakal’. Bila saya
dengar respon sebegitu, just tutup telinga dan tawakal alallah. Doa banyak2
sebelum melangkah masuk ke kelas, mudah-mudahan anak murid tenang-tenang aja
bila belajar. “Pandang dengan kasih-sayang…..Pandang dengan kasih-sayang…” Terngiang-ngiang
nasihat ummi.
Akhirnya, Alhamdulillah. Syukur. Kelas itulah
yang paling banyak memberi respon walaupun hakikatnya ada je yang loya buruk. Kena kreatif untuk membalas dengan pelajar spesies begini. Akhirnya terdiam sendiri dan tersengih. Bila dah mula mengajar, kita akan tahu bila
masa yang sesuai untuk bertegas, bila masa yang sesuai untuk meraikan
gelagatnya. Alhamdulillah. Kuncinya, ikut cara nabi.
Saya kongsikan sedikit beberapa aktiviti di sekolah setelah 6
tahun tinggalkan bumi ini. Terlalu
banyak sentimental value dan memori dengan kawan-kawan dulu. Rindunya, hanya Allah je yang
tahu.
*****
1) Induksi MPP 16/17
Baru seminggu kerja, tiba-tiba kena jadi pemantau. Punyalah nak elak, tak boleh lari ke mana.
Baru seminggu kerja, tiba-tiba kena jadi pemantau. Punyalah nak elak, tak boleh lari ke mana.
Dahsyat persediaan untuk adik-adik bakal MPP sekarang. Belum diumumkan secara rasmi, tapi dah ada orientasi seminggu awal sebelum diumumkan. Yang menariknya ada sesi 'Team Building' untuk lihat cara mereka berbincang antara banin banat, menguruskan program, cara bentang di khalayak ramai dan management dalam bidang masing-masing.
2) Meeting AMT batch 18, 'Eightinizers'
Sesi berbincang untuk program iftar batch. Hampir satu jam berbincang, sponsor dan makanan utama tak decide-decide lagi. It's okay adik-adik, lesson goes by process. Hanya mampu pantau, dan bagi cadangan tapi antum yang kena decide mana yang terbaik untuk semua pihak. :') Teruskan belajar dan belajar. Satu hari, kita akan tahu bagaimana meeting yang muntij. Pengalaman sebaik-baik guru. No worries lah.. ;)
Doakan...
mudah-mudahan berkat dalam menabur bakti.
Sampai bila?
Sampai bila-bila...
10.40 pm
16 Ramadhan 1437H