Tuesday, July 14, 2015

Malam al-Qadar

Medina AzZahra', Cordova, Spain.
230114.


 ~ ** Malam Al Qadar ** ~

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.
Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

 Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, Aku hanya insan lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dlm mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu yg Salim wahai Ar Rahman, wahai Ar Rahim.



Copy paste Dari Ustzh Arpah.

Friday, July 3, 2015

Embrace yourself.



[Day 15th Ramadhan]


*Lets be honest with the keyboard*
Rasa macam tak ada viewers sangat untuk blog yang dah lama tak update ni.
Entri ini lebih kepada catatan sendiri sepanjang 15 akhir Ramadhan tahun ini.


*****

Last semester.
It was like a huge punch on my face.
 A big lesson for me.


Subjek berbaki kurang dari sepuluh sebelum melangkah ke alam graduasi. Walaupun  dah boleh grad bulan 8, saya berpakat dengan beberapa ukhty untuk stay lagi dua sem di bumi Jordan. Satu sem ambil subjek sikit-sikit, supaya dapat fokus lebih dan pengukuhan pelapis disini juga. 


End up, sehebat mana pun perancangan  kita pada permulaan, ia tetap tak menjamin kelancaran perjalanannya. Andai Allah susun begitu, maka begitu juga yang kita lalui. Cabaran tetap ada di tengah. Kita sendiri tak jangka. Selesai satu, datang satu. Selesai satu datang satu.
Saya belajar. Mendidik diri supaya tidak cepat gelabah atau terlalu ikut emosi dalam situasi apa sekali pun.

Cool..cool...Heh.


Sampai satu tahap, fokus yang selama ini kita jamin dapat membantu sepanjang sem yang berbaki, tak menjadi seperti yang diharapkan. Macam-macam persepsi timbul.
Bila bermain dengan persepsi, fikiran jadi celaru. Berlaga-laga antara bisikan ilham atau bisikan was-was.

" Enti ni punnn... tak perlu lah besarkan apa yang kecil.Wat lek wat cool sudaaaa... Yang datangnya sebesar semut je pun, tapi  tahap risaunya  macam gajah yang datang."

 " (-.-') Mungkin ana yang obvious sangat tak dapat control sifat kelam kabut tu. Setiap sem ana gagahkan diri, tapi iyelah, perempuan kan? Memang sekuat mana pun cuba untuk tabah, bila bertamu emosi cepat mengalah.."

" Drama betul lah enti ni..Macam klimaks cerita KCB pun ya jugak. Tak apa lah Nadia, kalau nak dibandingkan kita dengan sahabat dulu, masalah ni kecil je sebenarnya.."

"Huhu..."


*****

 Jun 2015 mostly batchmates  di Jordan grad dan pulang ke Malaysia. Tak sanggup hari-hari kena wida' mereka. Seorang demi seorang balik. Tergugat juga dengan perancangan sendiri, betul ke nak extend? Dalam hati, moga Allah tunjukkan jalan terbaik.

Setelah dapat keputusan final exam, memang  keputusan untuk extend sem itu yang terbaik. Keputusan ini menguatkan lagi untuk tidak balik ke Malaysia tahun ini.


It's okay Nadia, sekejap je nih.



Benda ni, saya tak sesalkan sangat sebab memang salah diri sendiri, siapa suruh tak fokus..meehee. Saya anggap Allah bagi peluang kedua untuk belajar betul-betul. Sem lepas, terasa hilang semangat nak belajar. Malasnya, subhanolloh.....hanya Allah yang tahu. Heh.
And of course, I never regret it. Dah lepas pun.
Insya-Allah. Pray the best for me.



"Kosongkan hati dan fikiran. Semua perkara di dunia hanya sementara. Manusia datang dan pergi. Peristiwa juga datang dan pergi. Doakanlah yang terbaik untuk semua orang. You deserve better and you are exactly where Allah wants you to be right now.
Best grad lambat, sebab Allah bagi peluang untuk hargai setiap detik-detik akhir di Jordan. Nanti sempat jumpa adik-adik yang baru datang tahun depan. Jangan lepaskan peluang cipta memori dengan mereka. Moga dapat grad dengan pulangan ilmu yang bermanfaat, mana tahu rezeki lebih boleh buka kedai bakery dan majukan Kangen Water? Hehe.", seloroh ummi.

"Ceit ummi! Heheh."







Ameen.




Keep calm
Excel in everything that we are facing now.
Love our parents.
Embrace each moment with people around us.
We have a long way to go.


So, embrace yourself!



"To understand the purpose of hardship, we have to bring it back to the purpose of our creations"
"Bad things never happen to good people"
(Yasmin Mogahed)




Kullu khayr insya-Allah.
























Sunday, June 21, 2015

Exhausted.

*self-ranting mode*

Penangan air kopi housemate.
Kuat sangat sampai satu malam tak dapat tidur.


Esoknya tunaikan janji dengan sahabat untuk riadhah pagi.
Balik rumah, settlekan edit video  fiqh yang tergendala semalam, due time sebelum 10 pagi.
Sambil-sambil loading, prepare bahan liqo.


Sebelum pergi liqo, recheck video.
Tiba-tiba ada masalah kena loading semula, penantian yang memakan masa hampir 1 jam.

*tarik nafas panjang*

Ok, sabar.
Ini hanya teknikal.
Astaghfirullah..

Then, video settled.

Tiba waktu liqo, pada awalnya fokus,bukan main.
Tanpa sedar entah bila mata terlelap, besar kecil besar kecil je baca tulisan sendiri.
Beberapa kali murabbi urut belakang nak bagi segar.
Ok, ini memalukan diri! >.<

Pengakhiran hari ini,
ada meeting selepas isya'.
Kali ini tak mampu bertahan dah.
Semua orang tegak segar-bugar dalam meeting, kita seorang dah kecundang.

Maka, inilah akibatnya,


Tak pasal-pasal dapat gambar free yang dah siap edit dari orang depan.

Hari yang FULL, macam tak cukup tanah nak lari, non-stop activity of the day!
Phew..

Moga Allah kira amal-amal ini sebagai ibadah.





Saturday, March 28, 2015

Nasihah al-Sakinah





-semalam-
15/3/2015

"Along, boleh tak buatkan video?"
"Untuk apa seha?"

"Esok birthday ayah ana. Ingat nak hantar dulu sebelum wish kat dia."
"Okay..no prob.."

"Nanti ana hantar gambar masa dia sihat dengan gambar sekarang (uzur), pastu pandai2lah along edit"
"Orait.."


*****


-pagi tadi-

16/3/2015

Beberapa orang bersahur di dapur, tiba-tiba terdengar esakan seseorang persis anak kecil. Makin kuat datang ke arah kami, terduduk.

"Ayah dah tak ada..."

Terdiam.
Kami terkedu.
Hanya doa, pelukan dan sokongan yang kami mampu berikan.
Ya Allah...kuatkan dia.

"Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu 'anhu buat pakcik Abdul Mannan"


*****


Selesai subuh, call famili di Malaysia untuk update keadaan terkini. Kata-kata akhir,

"Along (abang), ciumkan ayah untuk aku.."

*ok.sebak*


*****


فسبحٰن الذي بيده ملكوت كل شىء وإليه ترجعون.
( Yaasin : 83 )

"Maka Maha Suci Allah yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kami dikembalikan"

Banyak benda saya belajar dari hidupnya.

Bagaimana syukurnya bila dalam kesempitan, hargai apa yang ada, dan bagaimana dia kuat menghadapi ujianNya satu persatu sampai kebal dengan rasa susah.

Allahu yuqawwik, seha.
Walaupun jauh beribu batu dari famili, tetap sedekahkan al-fatihah dan doa untuk ayah setiap kali solat.

Doa anak soleh adalah bekal amal jariyah ayah di akhirat.


*****


Qada' qadarNya, Allah ambil semula pinjaman seorang ayah dari keluarganya tepat pada hari lahir ayahnya. Genap 50 tahun. 

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa 3aafihi, wa3fu 3anhu.



Saturday
280315
Bayt Inqaz
Irbid, Jordan.

Monday, December 1, 2014

Inspirasi



" Kriingg! " PAPP! Tangkas punat jam loceng ditutup. Bimbang ada yang terganggu.

Tepat jam 4 pagi. Bingkas bangun. Capai tuala dan baju seragam sekolah menuju ke bilik air.   Selesai mandi sebelum subuh, rutin harian adalah kejut orang yang telah beri amanah untuk kejutkan mereka qiam.

"Kak Nadia nanti kejutkan kita pukul 4.30 eh?"
"Kak Nadia, nanti kejutkan orang-orang bilik belakang Dorm Syifa' awal-awal tau, sebab nak sahur"
"Nadia, lepas mandi terus kejutkan akak ya! Jangan tak kejutt!"
"Nadia, nak cop tandas lepas enti.."

Ini lah ayat-ayat yang berupa amanah sebelum melelapkan mata. Tak kiralah dalam bentuk sticky note yang terlekat di tepi katil mahupun lisan. Gara-gara peraturan asrama mewajibkan solat subuh berjemaah di musolla, maka inilah usahanya. :')


*****


"FNMF"


Tahun 2008, ketika saya di tingkatan 3. Pertama kali merasai suasana di asrama dan memerlukan tempoh yang agak lama untuk mebiasakan diri dengan kitaran hidup pelajar asrama. Bermula tahun inilah saya banyak belajar dari ramai orang. 


Ketika zaman itu, ada seorang adik yang saya kira cukup 'mencabar' diri saya sebagai seorang kakak. Bukan bermakna mencabar sehingga menyebabkan pergaduhan atau timbul rasa amarah antara senior junior, tapi mencabar dari sudut memberi inspirasi dalam membentuk diri.
"Dia boleh buat lebih baik, kenapa aku tak boleh?"



Kesannya masih terasa sampai sekarang. 


Sikapnya yang tangkas membuat kerja. Seimbang pengurusan di sekolah dan di asrama. Akhlak yang sopan dan berbudi bahasa dengan guru, senior mahupun junior membuatkan banyak benda saya belajar dari dia. Ada rasa 'berlumba' untuk menjadi yang terbaik dalam gerak kerja, amal fardhi, ketepatan masa, tarbiyah dzatiyah dan pengurusan diri ketika di asrama.


Adik ini, mudah dikenali dengan initial name "FNMF". Setiap barangnya tertera tanda itu. Kami pernah satu dorm suatu ketika dahulu. Dialah antara salah seorang junior yang saya anggap seperti pesaing. Pesaing bangun paling awal. Pesaing bersiap ke sekolah paling awal. Pesaing tempat tidur paling kemas. Pesaing baca buku novel islamik atau motivasi. Ini dari sudut apa yang saya rasa lah, tapi dari sudut adik ini saya tak pasti. *Maaf ya Nadibuu*




"Nadhirah pernah baca buku Sinergi tak? karangan HIlal Asyraf..", sambil menyusun buku untuk kelas tambahan malam itu.

"Dah...dua kali ana khatam...Ni pun rasa nak ulang sekali lagi..Hihi..", dia mengubah kedudukan memeluk lutut. Masih bertelekung.

"Perghh...dua kali?"

"Tak...sebab.. ana suka ayat dan penggunaan bahasa yang digunakan. Tambah-tambah lagi isinya padat dengan pembinaan jiwa"

"Okay...akak rasa tercabar..haha."

"Alaa..kak Nadia..! janganlah macam tu.."

"Hehe, akak gurau je lah."




Senyum.



4 tahun lalu. Perbualan itu menjadi bukti betapa dia sangat cintakan buku. Dan baru-baru ini ada orang kongsikan sesuatu di Facebook. Saya Scroll-scroll..


Subhanallah! 
Ternyata dia berjaya menghasilkan buku untuk peringkat kanak-kanak! *Nangis terharu laju-laju* 


Impian saya suatu ketika dahulu untuk menghasilkan buku selepas SPM, adik-adik junior sudah mendahului. Alhamdulillah atas setiap perkara. Rezeki Allah untuk mereka.


Sangat berterima kasih kepada dia sebab mengingatkan kembali azam untuk terus berkhidmat dalam penulisan. Ya, inspirasi itu, semangat dahulu, Allah susun kembali melalui wasilah dari dia. Till nowShe stay humble.


sumber asal


Tahukah saudara, salah seorang penulis di bawah alumni kursuspenulisan.com berusia 19 tahun? 
Dalam tempoh setahun ini beliau berusaha hadir ke Asian Festival of Children's Content di Singapura dan China Shanghai International Children's Book Fair bagi mendapatkan peta besar industri konten cerita bergambar kanak-kanak.
Beliau bekerjasama dengan penterjemah, Cik PuanRawaida Kamarudin dan ilustrator Tuan Irfan Foner.

Mereka tidak pernah bertemu sebelum ini melainkan di Facebook sehinggalah beliau menyertai Asian Festival of Children's Content.

Ada yang bertanya, keluarga beliau orang 'ada-ada'kah?

Cepat beliau membalas, "Ibu saya suri rumah."

Sepanjang bersama kami, beliau memberanikan diri bercakap dengan penggiat industri buku, penulis senior, ilustrator yang sudah ada nama di peringkat antarabangsa dan pengamal profesional lain.

Kita bayangkan bagaimana beliau yang bermula dari 0 berhadapan kumpulan yang markah industri mereka sudah 300 peratus.

Tangguhkan kepuasan berbelanja, bunjutkan wang dan labur untuk pendidikan diri.

Saya mendoakan lima tahun dari sekarang, jika Cik Puan Faten Nadhirah konsisten berkarya dan cuba jaya menjadi nama yang penting dalam industri perbukuan dalam dan luar negara.

Sambil itu saya duduk dan berfikir (tentang diri sendiri) di mana saya ketika 19 tahun dahulu dan ke mana saya 19 tahun dari sekarang.

Gerakkan pen, hidupkan rancangan.
          By: Tuan Zamri Mohamad




*****

MDS (Manusia Dorm Syifa')


Ku titipkan lagu ini buat kau dengari,
meski ia tak seindah alunan di hati,
masa yang telah kita ukir bersama,
moga selamanya tersemat di ingatan...

Apakah kita kan saling mengingati,
saat nanti bila bertemu lagi,
tahukah..itulah yang sering ku takuti,
itukah kau yang pernah ku kenali.

Jangan kau lupa kenangan kita bersama,
kerna ianya kunci sebuah pertemuang,
berpisahnya kita kali ini ku mengharapkan 
ia hanya perpisahan yang sementara.


Langit yang cerah bertuka kelabu,
saat kakiku.. melangkah sayu...

Original by Ainul Farihah.

-------

Lirik lagu di atas adalah ciptaan sendiri dari seorang junior. Batch paling last yang saya sempat di sekolah. Ketika saya form 5, dia form 1.  Hadiah untuk batch SPM 2010 katanya.  



Awal-awal tahun 2014 kalau tak silap, group alumni kami digembar-semburkan dengan pengeluaran buku novel islamik bertajuk "Vehaen" terbitan Jemari Seni. Hanya mampu tersenyum melihat penulisnya adalah Ainul Farihah a.k.a MDS. Masih muda, tapi dah berjaya. Siapa tak cemburu bagi orang-orang yang cenderung pada bidang sebegini, kan?


*Menggelarkan diri sebagai MDS sebab menetap di Dorm Syifa'



sumber asal



 Apa-apa pun alhamdulillah, tumpang gembira dengan kejayaan mereka.  Moga rasa cemburu ini adalah sebagai booster yang menggerakkan, bukan cemburu yang berlebihan.


Akak hanya mampu doakan kalian berdua dari jauh. Nak berjumpa, belum tentu mudah bersua muka. Paling mudah, contact hati dengan doa. Moga usaha ini banyak manfaatnya untuk ummah. Teruskan berpena. :')



“Kami adalah mata pena yang tajam, yang siap menuliskan kebenaran…”









Thursday, November 20, 2014

9gag Di Petang Hari

Selasa
17/11/2014
4.00 pm



Asalib Bahas.
Kelas last untuk hari ini. 

Subjek ni macam belajar buat kerja kursus masa tingkatan 3 dulu.
Kami belajar cara-cara membuat thesis berdasarkan susunan term-term tertentu. 
The different is..all in arabic. 

Disebabkan kami pelajar bukan arab, kebanyakannya jadi budak baik, dan senyap dalam kelas melainkan  dia jenis yang bersemangat nak musyarakah atau boleh jawab apabila ditanya... termasuklah diri penulis. Bukan kerana kami tak faham apa yang doktor ajar tapi mungkin orang Arab ni lebih aktif bila bertanya soalan.

Untuk memastikan kami faham atau tidak apa yang doktor terangkan,
doktor tanya pelajar melayu setiap term thesis yang dinyatakan di papan putih dan suruh kami translatekan dalam bahasa inggeris.


Doktor tanya.
Kami (pelajar melayu) jawab.
Doktor tanya.
Kami jawab.

Pelajar arab terpinga-pinga.


(Syu ahdaf bil injilizi?) 
"Apa 'ahdaf' dalam bahasa inggeris?"
Kami jawab, "Objectives..!"


(Syu Ahammiyyah fi diraasah?) 
"Apa 'Ahammiyyah fi diraasah'?"
Kami jawab, "Importance of Studies!"


(Syu makna al-Mulakkhos?)
"Apa makna 'lmulakkhos?"

"Err...err..hmm..apa eh? *pending*"
Pandang kawan sebelah.
Lambat pula nak catch up, sebab dah lama tinggalkan subjek Inggeris kan?

(Abstraction...soh?)  
"Abtraction kan?"
Doktor pula yang berikan jawapan.

Dalam hati, macam pelik je 'Ringkasan' dalam bahasa Inggeris Abstraction

Tiba-tiba sorang pelajar melayu mencelah,
( Summary duktur! musy Abstraction...)
"Summary lah doktor! bukan abstraction"

"Oh ya..ya! jawapannya summary, bukan abstraction. Maafkan saya.", Doktor mengiyakan.


"Apa Musykilah dalam bahasa Inggeris?"
"Broblems.." (pelajar arab)
"Problems.." (pelajar melayu)


Doktor tersengih.
Saya ada satu cerita tentang seorang pelajar arab yang belajar di negara Eropah. Lahjah arabnya memang pekat sangat sehingga satu hari dia berjalan di sekitar taman. Berjumpa dengan seorang penduduk disitu. Dia bertanya,


"Do you know where is the bark (park)?"
"Excuse me? what did you say?"
"Do you know where is a bark (park)?"
"Ouh..you can bark anywhere"

:D

Suasana kelas yang tadi sunyi seribu bahasa pecah dengan gelak tawa.
Suara budak melayu yang paling kedengaran, saya kira.
Budak arab yang tak faham perbualan itu terpinga-pinga. Saling berpandangan, geleng-geleng kepala, angkat bahu.


Dalam hati,
"macam ni eh perasaan orang arab bila tengok budak melayu terpinga-pinga tak faham dalam kelas"

T-T

*baru faham*












Saturday, November 15, 2014

RIP Mirer.



"Nadia, pernah tak terfikir yang kita tak kan hidup lama?"
"Huh? Err..hmm"

Speechless.
Not even a word to describe the feeling.

*****

Daurah selesai. Sleeping bag kemas bergulung dimasukkan ke dalam sarung. Terus menuruni anak tangga untuk menjamu hidangan petang. 


Selepas ambil hidangan, aku mencari ruang untuk duduk. Pada masa yang sama target nak duduk sebelah orang yang belum pernah kenal.


Ternampak kelibat seorang ukhti yang bertudung putih berbaju kurung. Manis dan bersahaja gayanya. Duduk bersimpuh santun sambil gelak kecil tak henti-henti. Entah apa yang diperbualkan, itu tak pasti. 

" Assalamualaikum.. ada orang? " 
sambil tangan sebelah menunjuk ruangan kosong di sebelahnya.

 Ukhti itu menoleh, lalu tersenyum lebar. 
"Eh duduklah.. tak de orang pun"

"Masa daurah tadi perasan je enti, tapi tak sempat bertegur. Dari sekolah mana?"
"Ouh..yeke! Ana dari al-Amin Gombak, enti?"
"Hidayah Johor. Siapa nama?"

"Amirah...but people call me Mirer"


PON! PONN! POOONN!

Hon kereta dan bas bersahut-sahutan di luar perkarangan rumah. Bising.


Ouhh..it was 4 years past...
Tahun 2011, sebelum fly ke Jordan. Di SMI Al-Amin Gombak menjadi saksi perkenalan kami. Masih terbayang-bayang diri dia yang dulu. Perubahan fizikal pun sedikit ketara berbanding sebelum sakit. Sampai dua tiga kali nak pastikan itu adalah Mirer bila tengok gambar beberapa bulan lalu.

Walaupun tak berapa kenal, tetap merasa dia adalah sebahagian dari kita.

Everyone keep saying your kindness.
Everybody keep praying for you.
Rest In Peace Mirer. 

Mirer bertudung kuning.



Kematian.
Sesuatu yang tak dijangka.
Maka perlu sentiasa bersedia.


Muhasabah










MABIT



" Malam  ni sape free??! "

" Maaf..x free! MABIT.. "
" Sori..ana ada liqa' "
" Ada liqa' jugak "
" Err.. ana gi kelas Aqidah..heh~ "

Sekadar tersenyum melihat balasan-balasan whatsapp grup ahli rumah. Moga pemergian kalian dan kesibukan kalian membawa satu tolakan dalam untuk lebih tsabat memenuhi wasilah tarbiyah. Biar sibuk dengan benda yang menambah amal pahala dari  sibuk mebuat perkara sia-sia. Jaga niat, jangan lupa...


***

MABIT.
For a long time aku merindukan MABIT jama'ie.

Dibandingkan zaman first year dulu, kakak-kakak yang mengaturkan program tarbiyah kami. Tapi kini..bila tiba masa kita mnjadi kakak, nak cari tarikh untuk mengumpulkan sesama ahli kita pun payah. Makin lama, makin banyak komitmen masing-masing.
Jadi, kitalah penentu aulawiyat kehidupan semasa.

MABIT baru-baru ini, aku betul-betul rasa dapat yang solid, basic refreshment, dan pengisian yang padu. Mungkin orang lain tak rasa apa yang aku rasa, sebab bahagian yang terkesan untuk setiap manusia memang berbeza.


" Okey, segala alatan gadjet yang berisi battery di dalamnya mohon dikumpulkan ke depan... kecuali jam tangan "


Suasana pecah dengan tawa kecil.

Salah satu inisiatif supaya kami lebih fokus pada mabit. Putuskan talian dengan dunia luar mahupun alam maya. Lebih mudah kita mengosongkan hati dengan peringatan yang bakal diterima untuk diisi.


***

Sebelum mabit bermula dah diberi task hafal ayat al-Quran. Surah Yunus ayat 60 & 61.
Apa motif?
Supaya masuk radar dengan tema mabit.

Tema: Muraqabatullah = Dekat dengan Allah


Dalam menuju tema besar, ada ciri khusus yang ditekankan iaitu "Ruhiy, Ukhawi dan Ikhwani".

Ruhiy, lebih kepada adab-adab mabit. Kurangkan bercakap, kurangkan ketawa, banyakkan zikrullah. Banyakkan muhasabah.

Ukhawi, menekankan aspek ukhuwah. Ukhuwah yang macam mana? Kesatuan dan kesefahaman sesama ahli liqo'.

Ikhwani, perkongsian bagaimana mabit Ikhwan. :)


" Nampak cliche kan? Tapi..kalau buka hati, benda tu tak dipandang cliche pun. Ia dianggap refreshment. " -quoted.



***



"Jadikan mabit ini untuk kita kuat attachment dengan Allah."


Secara mafhumnya, IHAB menyatakan mabit adalah sarana tarbiyah untuk mencipta keharmonian sesama ahli katibah dengan menanam karakter mendekatkan diri kepada Allah dalam bentuk ketaatan kepadaNya, menghidupkan mentaliti jihad, membiasakan disiplin dan menjauhi keselesaan dunia. Bila kita benar-benar meletakkan kesungguhan, kita akan rasa terbina. Yang penting, IKHLAS.


Sebelum melakukan apa-apa perubahan, seseorang perlu mengenali kondisi hatinya terlebih dahulu. Karakter seseorang lahir dari keadaan jiwa dan hatinya. Ada 3 jenis kondisi, iaitu Hati yang hidup, Hati yang mati, dan Hati yang hidup tetapi ada kecacatan padanya.


Bagaimana ciri-ciri hati yang hidup?
Hatinya mudah tersentuh dan terkesan dengan apa-apa peristiwa hidup yang dihadapinya. Ia menganggap itu semua adalah tarbiyah dari Allah untuk belajar sesuatu. Hatinya betul-betul dikosongkan dari kecintaan dunia. Fokusnya hanya pada peningkatan diri dan menambah amalan akhirat. 


Sentiasa melatih diri untuk menjadi yang terbaik sehingga benar-benar merasakan muraqabatullah dalam setiap amal. This is the best way to achieve TAQWA. 



Apabila sudah mencapai tahap puncak ibadah, dan kesempurnaan ketaatan kepada Allah,
dia akan merasakan hatinya benar-benar ruhiy, dan sangat kencang dakwinya. Menjadi rahib di malam hari dan singa di siang hari dengan niat untuk peningkatan diri. Gerak-gerinya penuh dengan qudwah.



Andai hati masih susah untuk terkesan, there is something wrong with your heart. So, reclaim you heart. Jatuh maknawi lebih berbisa dari jatuh zhohiri. Futur lebih berbahaya dari jatuh dari tempat yang tinggi.


Manusia sentiasa perlukan peringatan,
juga sangat perlukan kekuatan Iman.


Maka, hidupkanlah 1/3 malammu dengan peringatan kepada Tuhanmu. 


***


Benar, jalan ini tidak mudah,
tapi kelihatan indah kerana adanya Ukhuwwah.








Terima kasih akhawat!

:'D























Saturday, May 11, 2013

Diam tanpa amal itu mengaibkan.

5 MEI 2013  #GE13 #Qodhoya #Muhasabah tarbiyah Dzatiyah





Reunion bersama ahli bulatan gembira yang lama. Dimulakan dengan Una, Syuhairah, Nadir, Ada, saya, Kak Adhlin dan Jiya. Secara tak sengaja menjadi orang ketiga terakhir untuk ber'qodoya'. Round table. 

 Tiba giliran untuk berbicara, satu persoalan dilontarkan oleh Syuhairah.

" Fairuz, enti okey ke sekarang ni? "

" Kenapa? " saya menyoal tanpa menjawab persoalannya.

" Tak adalah, cuma...terfikir selama kita bersama-sama dalam gerabak ini, ana semacam perasan sesuatu yang lain pada enti. Enti tak sesemangat enti yang dahulu. Yelah, sejak dari sekolah rendah kot kita kenal, sehingga ke alam universiti Allah masih kekalkan pertemuan kita. Amat mustahil kalau ana tak nampak apa-apa perubahan. "

Saya membongkokkan badan ke meja. Wajah hampir meyembah meja tetapi tidak menyentuh. Lalu berpaling ke kiri. Tidak mahu bertentang mata dengannya. Saya tahu apa yang ingin diperkatakan.

Saat itu..hanya mampu mentafsirkan dengan perubahan air muka. Sebak.

" Ermm..ana tertanya-tanya. Mana Fairuz yang gilang-gemilang dahulu? Fairuz yang orang sebut-sebuat dahulu? Seorang yang berani ke hadapan. Bercakap di depan. Bersemangat..."

Empangan pecah. Ah, sudah! terbongkar entiti rahsia dahulu. Dari yang tak tahu  menjadi tahu. Antara kami berlapan, tak semua tahu bagaimana diri saya yang dahulu melainkan sahabat seorang ini. Semua tertumpu pada saya.

"Ana hilang diri ana yang dahulu.." Mata tertunduk kaku. Tak berani meliar sekeliling.

*crying non-stop*


*****

Dahulu mungkin mereka boleh kata, Fairuz hebat bahagian ini! Fairuz boleh je masuk dengan orang-orang macam ni! Tiap-tiap perhimpunan pagi sekolah dulu, asyik nampak muka Fairuz je kat depan! (kadang-kadang naik bosan.. XD )

Saya yang dahulu dan saya yang sekarang. Kelihatan berbeza pada pandangan mereka tetapi pada pandangan saya, saya tetap saya yang dahulu cuma lebih memilih jalan untuk diam. Kalau boleh nak bekerja hanya di belakang tabir. Buat kerja-kerja tarbiyah yang tak banyak melibatkan teknikal.

Tapi sayangnya, diam saya itu kadangkala kosong dengan amalan, dan ia mengaibkan.

Semakin lama, skill-skill yang pernah saya bina dahulu semakin hilang. Skill untuk bercakap di khalayak ramai. Skill berfikir dan brainstorm. Skill pengurusan. Lama-kelamaan, saya sedar tahap keyakinan kian menurun. Rasa 'tidak layak' menghantui diri. Dan memilih jalan untuk terus berdiam.

Hakikatnya, ini tindakan yang salah!

Sebagai seorang mu'min yang bekerja, bergaul dengan masyarakat dan bersabar dengan mereka itu sangat dituntut! Bukan berdiam, mengasingkan diri dan buat kerja sendiri. Tidak.

Menjadi orang yang terbeza, bukan membezakan. Bergaul lah dengan mereka seikhlasnya. Kasihi mereka dengan ihsan keranaNya. Sehingga suatu ketika mereka merasakan "we are someone to refer to..". Mereka akan rasa dengan sendiri, bukan terasa hati dengan sikap kita yang sengaja menampakkan kita membezakan diri dari yang lain.

Haih! ini dah masuk konsep tamayyuz. Mencapah sikit.


*****

Saya terkesan dengan ayat ini:

Taking Responsibility and Asking the Right Questions
Most of us have never been taught or trained to ask ourselves quality questions. Most often than not, the questions that we ask ourselves lead us to be dis-empowered and blame the circumstances that we’re in or blame others. To be productive with a motive, we need to be clear on what we want first. Then we need to take responsibility. Response-ability. Most people just react.. they don’t respond.



Silap sendiri kerana memendam bakat dan kelebihan sendiri. Dah tahu boleh masuk dengan masyarakat tetapi tidak cuba untuk mengislah masyarakat. Silap besar.


*****

Mereka memujuk, tak henti mengusap belakang saya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya tidak jauh dari akhawat. Ukhti-ukhti yang banyak menemani diri saat jatuh dan bangun. Kata-kata dan nasihat mereka secara langsung atau tak langsung, it helps me a lot.

" Fairuz, mudah-mudahan sepanjang keberadaan enti di Malaysia selama tiga bulan nanti dan keberadaan enti di Selangor sepanjang bulan Jun, dapat menjadi batu loncatan untuk enti terus tsabat bekerja. Kita juga adalah pemimpin yang bekerja walau hakikatnya kita tiada jawatan rasmi di mata manusia. Cukuplah yang menilai usaha kita adalah Allah." Una memujuk. Sahabat yang paling matang antara kami berlapan. Eh? Saya kira.

" Dan tak semestinya enti kena jadi diri enti yang dulu. Apa yang membezakan kita dahulu dan sekarang adalah amal yang berterusan. " sambungnya lagi.

Setelah semua selesai makan dan berqodhoya, Tab milik Syuhairah dibuka. Butang muzik ditekan. Lagu "Semanis Gula" nyanyian Huffaz didendangkan.



"...Janganlah berundur menangislah tapi jangan mengalah... 
Ku jatuh berkali-kali, tak ku mengerti perlukah aku berhenti,
walau kau tiada lagi berjuang disisi jalanku tak kan berubah..."



Bahu dirangkul erat. Oh tidak! Fairuz, tinggikan ego anda! Tepat pada waktunya. Empangan air mata pecah sekali lagi! Kali ini kelajuannya melebihi tahap biasa. Buat pertama kali, bait lagu ini menusuk jiwa yang kian lama memendam. Cair dengan pujukan ayat lagu ini.

Mengambil masa yang agak lama juga untuk mengatasi masalah air mata yang tak henti-henti meleleh. Asyik nak menangis. Pagi, petang, malam. Teringat saja peristiwa itu, tidak semena-mena manik halus jatuh. 

Saya masih diri yang dahulu cuma perlu dibaiki dengan pendekatan dan perubahan yang didasari iman dan ihsan, bukan emosi.

Ya, bekerja untuk Allah dan ummah memang tiada yang rugi. . :')


Tidak dinafikan bahawa tabiat seorang mukmin sejati adalah bekerja, bekerja dan terus bekerja. Sehingga seluruh waktunya selalu diukur dengan produktiviti amalnya. 
Kerana itu diam tanpa beramal menjadi aib bagi orang beriman
Maka perlu sering ingat bahawa menganggur akan membuka pintu kehancuran.

*Fuh! peluh besar*




Thursday, May 2, 2013

KONDUKSI




" KONDAKSI "


Membuka mata para mahasiswa di Jordan khususnya yang menuntut di irbid tentang pentingnya menjadi seorang teknoda'ie. Seorang da'ie yang mahir bab-bab teknologi. Kreatif dan bijak memanipulasikan alam siber lalu kembalikan masyarakat kepada Pencipta sebenar..


Program KONDAKSI anjuran Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ) memberi motivasi dan sokongan yang tinggi kepada mahasiwa Irbid. Bersama  jemputan  panelis yang tidak dinafikan kehebatannya dalam arena penyampaian dan ceramah. Ustaz Zaharuddin, Ustaz Farid Ravi dan ustaz Ihsan Fadhli.


" Penyebaran youtube, status di FB, penulisan blog di internet sangat berkesan kerana audien bukan sahaja terhad pada masa tertentu/ di sesebuah tempat, bahkan seluruh dunia. Audien bukan setakat mendengar tetapi dapat melihat visual dan seterusnya melakukan refleksi terhadap apa yang dilihat. Youtube atau website contohnya, bila-bila masa boleh tengok/baca secara berulang.

Walaupun saya sedang tidur di Malaysia, orang di Jordan pun masih baca website saya. Tak nak ke kamu enjoy pahala yang mengalir ini?  Syok tau! Carilah masa untuk menulis kebaikan.. "


- Ustaz Zaharuddin 



Disebabkan kata-kata ini, saya tergerak hati untuk menyambung semula penulisan. Sepanjang tiga bulan cuba mencari kekuatan untuk menulis, dibiarkan tidak ber'update' dengan alasan banyak masa terbuang menghadap laptop. Sungguh, itu suatu alasan yang tidak munasabah!


Sedangkan penulisan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Ditambah lagi dengan bonus berpangkat da'ie. Memang terbaiklah! Saham yang mengaut banyak keuntungan untuk akhirat kot! Serius, nilainya infiniti.


Antara pengisian ustaz Zaharuddin yang paling memberi kesan, tugas seorang mahasiswa yang bercampur dengan masyarakat itu perlu pada pelbagai cara, bukan fokus pada satu cara. Segala ilmu yang kita dapat, tak kisahlah pelajar syariah mahupun medik, perlu bijak dan berfikiran jauh, melalui medium apa kita ingin kongsikan ilmu itu. Blog? Vlog? Penulisan? Semuanya terserah atas individu itu sendiri dalam menyampaikan fikrahnya.


Walaupun ustaz tidak banyak menyentuh fikrah secara spesifik, tapi saya faham pengisian itu banyak 'menembak' indirectly kepada seseorang yang bergelak da'ie. Simbolik seorang da'ie itu adalah membina dan terbina. Terutama apabila dia bersama dengan masyarakat. Menjadi seorang rijal 3ammah yang memili tamayyuz. Dari mana datang sumbernya? Dari Al-Quran dan sunnah nabi. Dari mana datangnya wasilah/ perlaksanaan itu? Sudah tentu adalah dari dakwah dan tarbiyah itu sendiri.


Perubahan seseorang itu adalah hasil tarbiyah yang dia peroleh. Tarbiyah mengajar mematangkan diri, bukan masih berada di tampuk yang lama dan bersenang-senang. -quoted by myNadiboo-
(Siapa Nadiboo? Biarlah rahsia~ Eh.)



Antara petikan isi penting perkongsian saya dengan pelajar di Jordan tempoh hari. "Hidup kita jika bermanfaat untuk diri dan ramai, memang akan merasai kesukaran.. Kerana hanya dengan kesukaran itu, barulah kesenangan akan hadir BERSAMANYA, bukan selepasnya.." " Amalan baik memang susah namun itulah kunci kesenangan. Senang yang diredhai Allah tidak akan putus dari rasa susah."


"Ramai teman, sahabat saya dan saya sendiri sering DILIHAT SUDAH SENANG dan BERJAYA ketika ini. Namun yang melihat dari jauh tidak tahu betapa setiap hari yang dianggap berjaya & senang itu diiringi tempuhan pelbagai kesusahan dan pada masa yang sama nikmati kesenangan, kedua-duanya adalah kembar siam. Justeru, kalau rasa diri sudah senang tanpa diiringi susah, hati-hatilah, itu mungkin kesenangan yang cacat lagi bahaya."

*petikan yang dicuri dari FB Ustaz Zaharuddin*
Hew..hew..





Oh yaa! sebelum saya terlupa,
program Konduksi ini diakhiri dengan persembahan nasyid dari "Suara Irbid". Dendangan lagu yang diutarakan mereka bertajuk "Palestina Tercinta" dan "Semanis Gula". Mendengar tajuk kedua itu disebut, agak sedikit teruja (tiadalah sampai melompat kerusi). Terkejut kerana lagu itu tidak diketahui ramai pun. Hanya golongan tertentu sahaja yang tahu betapa tingginya makna setiap bait lagu itu. Sedang khusyuk menghayati, tiba-tiba mata gatal masuk habuk. Tendency untuk mengalirkan air mata bahagia~ Senyum! Eheh. :'D




Banyak nilai dan guideline yang saya dapat pada hari itu. Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allah yang menggerakkan untuk hadir ke program ini dan Allah yang memberi kefahaman atas setiap ilmu yang dikongsikan dalam dewan ini. Jazakumullah kepada pihak yang menganjurkan. Allah jualah yang menggerakkan hati kalian untuk merangka program ini dan akhirnya tamat dengan jayanya. Alhamdulillah. Segala pujian hanya dikembalikan kepada Allah.



Sedikit sebanyak semoga penulisan ini memberi manfaat kepada anda yang membaca. Tidak tersentap pada satu penulisan, cukup dengan anda terkesan pada satu ayat. Moga Allah pandu hati-hati yang membaca dan berkongsi. Wallahu a3lam.




*****


 Sekali-sekala memang perlu menulis sebagai peringatan bersama, terutama kepada anda yang menjadi pembaca blog setia ini. Eh. Setiakah anda?  ;)