Saturday, May 11, 2013

Diam tanpa amal itu mengaibkan.

5 MEI 2013  #GE13 #Qodhoya #Muhasabah tarbiyah Dzatiyah





Reunion bersama ahli bulatan gembira yang lama. Dimulakan dengan Una, Syuhairah, Nadir, Ada, saya, Kak Adhlin dan Jiya. Secara tak sengaja menjadi orang ketiga terakhir untuk ber'qodoya'. Round table. 

 Tiba giliran untuk berbicara, satu persoalan dilontarkan oleh Syuhairah.

" Fairuz, enti okey ke sekarang ni? "

" Kenapa? " saya menyoal tanpa menjawab persoalannya.

" Tak adalah, cuma...terfikir selama kita bersama-sama dalam gerabak ini, ana semacam perasan sesuatu yang lain pada enti. Enti tak sesemangat enti yang dahulu. Yelah, sejak dari sekolah rendah kot kita kenal, sehingga ke alam universiti Allah masih kekalkan pertemuan kita. Amat mustahil kalau ana tak nampak apa-apa perubahan. "

Saya membongkokkan badan ke meja. Wajah hampir meyembah meja tetapi tidak menyentuh. Lalu berpaling ke kiri. Tidak mahu bertentang mata dengannya. Saya tahu apa yang ingin diperkatakan.

Saat itu..hanya mampu mentafsirkan dengan perubahan air muka. Sebak.

" Ermm..ana tertanya-tanya. Mana Fairuz yang gilang-gemilang dahulu? Fairuz yang orang sebut-sebuat dahulu? Seorang yang berani ke hadapan. Bercakap di depan. Bersemangat..."

Empangan pecah. Ah, sudah! terbongkar entiti rahsia dahulu. Dari yang tak tahu  menjadi tahu. Antara kami berlapan, tak semua tahu bagaimana diri saya yang dahulu melainkan sahabat seorang ini. Semua tertumpu pada saya.

"Ana hilang diri ana yang dahulu.." Mata tertunduk kaku. Tak berani meliar sekeliling.

*crying non-stop*


*****

Dahulu mungkin mereka boleh kata, Fairuz hebat bahagian ini! Fairuz boleh je masuk dengan orang-orang macam ni! Tiap-tiap perhimpunan pagi sekolah dulu, asyik nampak muka Fairuz je kat depan! (kadang-kadang naik bosan.. XD )

Saya yang dahulu dan saya yang sekarang. Kelihatan berbeza pada pandangan mereka tetapi pada pandangan saya, saya tetap saya yang dahulu cuma lebih memilih jalan untuk diam. Kalau boleh nak bekerja hanya di belakang tabir. Buat kerja-kerja tarbiyah yang tak banyak melibatkan teknikal.

Tapi sayangnya, diam saya itu kadangkala kosong dengan amalan, dan ia mengaibkan.

Semakin lama, skill-skill yang pernah saya bina dahulu semakin hilang. Skill untuk bercakap di khalayak ramai. Skill berfikir dan brainstorm. Skill pengurusan. Lama-kelamaan, saya sedar tahap keyakinan kian menurun. Rasa 'tidak layak' menghantui diri. Dan memilih jalan untuk terus berdiam.

Hakikatnya, ini tindakan yang salah!

Sebagai seorang mu'min yang bekerja, bergaul dengan masyarakat dan bersabar dengan mereka itu sangat dituntut! Bukan berdiam, mengasingkan diri dan buat kerja sendiri. Tidak.

Menjadi orang yang terbeza, bukan membezakan. Bergaul lah dengan mereka seikhlasnya. Kasihi mereka dengan ihsan keranaNya. Sehingga suatu ketika mereka merasakan "we are someone to refer to..". Mereka akan rasa dengan sendiri, bukan terasa hati dengan sikap kita yang sengaja menampakkan kita membezakan diri dari yang lain.

Haih! ini dah masuk konsep tamayyuz. Mencapah sikit.


*****

Saya terkesan dengan ayat ini:

Taking Responsibility and Asking the Right Questions
Most of us have never been taught or trained to ask ourselves quality questions. Most often than not, the questions that we ask ourselves lead us to be dis-empowered and blame the circumstances that we’re in or blame others. To be productive with a motive, we need to be clear on what we want first. Then we need to take responsibility. Response-ability. Most people just react.. they don’t respond.



Silap sendiri kerana memendam bakat dan kelebihan sendiri. Dah tahu boleh masuk dengan masyarakat tetapi tidak cuba untuk mengislah masyarakat. Silap besar.


*****

Mereka memujuk, tak henti mengusap belakang saya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya tidak jauh dari akhawat. Ukhti-ukhti yang banyak menemani diri saat jatuh dan bangun. Kata-kata dan nasihat mereka secara langsung atau tak langsung, it helps me a lot.

" Fairuz, mudah-mudahan sepanjang keberadaan enti di Malaysia selama tiga bulan nanti dan keberadaan enti di Selangor sepanjang bulan Jun, dapat menjadi batu loncatan untuk enti terus tsabat bekerja. Kita juga adalah pemimpin yang bekerja walau hakikatnya kita tiada jawatan rasmi di mata manusia. Cukuplah yang menilai usaha kita adalah Allah." Una memujuk. Sahabat yang paling matang antara kami berlapan. Eh? Saya kira.

" Dan tak semestinya enti kena jadi diri enti yang dulu. Apa yang membezakan kita dahulu dan sekarang adalah amal yang berterusan. " sambungnya lagi.

Setelah semua selesai makan dan berqodhoya, Tab milik Syuhairah dibuka. Butang muzik ditekan. Lagu "Semanis Gula" nyanyian Huffaz didendangkan.



"...Janganlah berundur menangislah tapi jangan mengalah... 
Ku jatuh berkali-kali, tak ku mengerti perlukah aku berhenti,
walau kau tiada lagi berjuang disisi jalanku tak kan berubah..."



Bahu dirangkul erat. Oh tidak! Fairuz, tinggikan ego anda! Tepat pada waktunya. Empangan air mata pecah sekali lagi! Kali ini kelajuannya melebihi tahap biasa. Buat pertama kali, bait lagu ini menusuk jiwa yang kian lama memendam. Cair dengan pujukan ayat lagu ini.

Mengambil masa yang agak lama juga untuk mengatasi masalah air mata yang tak henti-henti meleleh. Asyik nak menangis. Pagi, petang, malam. Teringat saja peristiwa itu, tidak semena-mena manik halus jatuh. 

Saya masih diri yang dahulu cuma perlu dibaiki dengan pendekatan dan perubahan yang didasari iman dan ihsan, bukan emosi.

Ya, bekerja untuk Allah dan ummah memang tiada yang rugi. . :')


Tidak dinafikan bahawa tabiat seorang mukmin sejati adalah bekerja, bekerja dan terus bekerja. Sehingga seluruh waktunya selalu diukur dengan produktiviti amalnya. 
Kerana itu diam tanpa beramal menjadi aib bagi orang beriman
Maka perlu sering ingat bahawa menganggur akan membuka pintu kehancuran.

*Fuh! peluh besar*