Saturday, May 12, 2012

Kak Hafizah In memory [ 1992-2012 ] :')

Sebelum baca, pause dahulu muzik di atas.
   Then, tonton video ni.



8 MEI 2012

Bismillah...

" Nadiaaa! "

Kak Qila menjerit dari bilik belakang. Jari jemari lincah menari di atas papan kekunci komputer riba. Sesegera mungkin menggerakkan tetikus untuk menyiapkan slide tafaqquh perdana berkaitan Haji dan Jenazah. Saya langsung tidak menghiraukan panggilan kak Qila.

"Nadiaaa!", Sekali lagi nama saya dipanggil.

"Ya?", Jawabku ringkas. Mata khusyuk menghadap skrin komputer riba. Tidak berganjak dari meja belajar. Tindakanku ini menyebabkan kak Qila terpaksa pergi ke bilikku.

Tangan ditarik perlahan.

"Kenapa akak?"

"Ish, cepatlah. Akak nak tunjukkan sesuatu kat awak nih..." nadanya risau.

"Yelah, kenapa?" soalan sama berulang.

"Kak Hafizah dah tak ada.."

" Haahh?!!..."

Terdiam.
Seolah masa terhenti tanpa berdetik.

"Betul! Kak Hafizah dah tak ada.....!" Kak Qila meyakinkan.

Allah.
Tangan menggigil.
Nafas sedikit tersekat.
Dalam hati saya beristighfar panjang.

Segera saya bergerak ke biliknya. Saya baca update terbaru di FB. Hanya mampu melafaz,

"Inna lillahi wainnaa ilaihi roji'un.."

Wajah kak Qila merah. Matanya berkaca. Menahan sebak. Perasaan terkejut menguasai diri. Mana tidaknya, sahabat satu sekolah, satu batch,  sekelas, lagi-lagi mereka duduk berhadapan di dalam kelas. Terbayang-bayang gaya dan reaksi sahabatnya itu. Tapi kini, insan itu telah tiada. Allah...

Segera saya cuba menenangkannya. Istighfar sebanyak mungkin.

Kemudian kami terus mengikuti perkembangan kejadian tersebut melalui page group FB sekolah kami.

 "   Arwah dikenali sebagai Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris (batch 11).

Kemalangan jalan raya antara kereta kancil dan Lori.

Meninggal dunia akibat tersepit.

Ketika kemalangan berlaku di Johor, ibu bapa mereka berada di Bangi.



menurut sumber:

4 beradik di Hospital Sultanah Aminah

- Hakimah(adik bawah Hafizah) paling teruk, tempurung kepala crack. 

- lain-lain, 3 orang, nampak gaya macam concussion
- Jenazah Hafizah dibawa ke N9 untuk dikebumikan. Keputusan ibu bapa jenazah." 



Inilah keadaan lori yang terlibat dengan kemalangan. Pelanggaran antara lori dan kereta kancil. Lori terbalik. Kereta kancil remuk. Tempat kejadian berlaku di hadapan Starhill. Berdekatan dengan sekolah kami.



Jenazah arwah kak Hafizah disolatkan di Masjid Bandar Baru Uda, Johor. Berdekatan dengan tempat tinggal arwah. Menurut sumber sahih, ketika arwah ingin dikafankan,
darah mengalir tak henti-henti. Kemudian jenazah dimasukkan di dalam plastik lalu dikafankan.



Ayahnya, pakcik Mohd Faizul Aris ditenangkan oleh Professor Azlan, pengerusi lembaga Sekolah Islam Hidayah. Tenang, tapi siapa tahu bagaimana hati seorang bapa kehilangan anak.
Hanya Dia yang lebih mengetahui.



Gambar ketika majlis pertunangan kakaknya. Dari kiri, Nurul Humairah (13), Nurul Hakimah (18), Nurul Hanisah (24), arwah Nurul Hafizah (20), dan Nurul hidayah (15).
Kesemuanya adalah pelajar dan bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Adik-beradik mereka dikatakan sangat rapat. Pada hari kejadian, mereka semua dalam keadaan berpuasa. Arwah yang memasakkan makanan untuk berbuka puasa.




" Dia ceritakan pada saya, hari itu dia masak masakan ayam masak kurma untuk santapan berbuka. Katanya, entah sempat atau tidak nak berbuka dengan masakannya. Ketika itu, dia yang mengambil adik-adiknya dari sekolah. Masakan itu masih lagi tersimpan di dalam rumah... :')"  
-ibu arwah (baju dan berjubah hitam)







Nurul Hafizah bt Mohd Faizul Aris.  kita sebaya. kte lebih dr teman rapat... makan,minum, senyum, gelak, nangis, marah, pedih,perit. Semua kte hadapi bersama. tp da tiba masanya utk kau bertemu Ilahi......Allah lebih sayangkan kau, hafizah.
- K Izzah Fazi (sahabat baiknya)


Ustaz Hasanuddin
Almarhumah Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris SPM 2009 Generasi 11 Sekolah Menengah Islam Hidayah selamat disemadikan di Kg Parit (Ampang Tinggi) Kuala Pilah.

Beliau terlibat dalam kemalangan ketika bergegas pulang mengambil adik-adik dari Sekolah Menengah Islam Hidayah JB untuk berbuka puasa hari Isnin....

Beliau sering saya doakan kerana pernah menjadi peserta Mukhayyam saya tahun 2009.

Kami di Hidayah sentiasa mentarbiah anak-anak begitu...antaranya berpuasa, berkhidmat kepada ibubapa...

Bisikan ayahandanya kepada saya:

1. "Dia sibuk mencuba untuk memasakkan menu kegemaran adik-adiknya yang akan berbuka petang itu....."

2. "Dia sempat berbual dengan saya melalui telefon, sebelum keluar untuk ambil adik-adiknya di Hidayah....."

Saya mententeramkan ayahandanya:

1. Semoga Fiza pergi sebagai Syuhada' Sughra

2. Hadis Nabi S.A.W:

من ابتلي من هذه البنات بشيء، فأحسن إليهن، كن له سترا من النار

"barangsiapa diuji dengan anak-anak perempuan ini, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka (anak-anak perempuan itu) menjadi benteng untuknya dari api neraka."

3. Lihatlah sejak kejadian petang itu; guru-guru dan Warga Sekolah Menengah Islam Hidayah JB itu, lihatlah teman-terman seangkatannnya...Mereka memuliakan anak tuan....


*******

Sahabat Hakimah, Amaq dan Azzah. Mereka membacakan kad2 ucapan dari sahabat dan kenalan.
Mereka yang menjaga Hakimah secara bergilir pada waktu malam.

Tabahkan mereka ya Allah.

Dah macam situasi One Litre Of Tears versi melayu. :') 


*******

Ramai yang mendoakan akak dan keluarga...
Subhanallah.
:')

Kak Hafizah, ana ingat lagi ketika ana tingkatan 2, ada sesi ujian kenaikan pangkat untuk komender muda. Sesi itu dijalankan selepas waktu persekolahan di padang sekolah. Masa tu panas terik. Kami kena buat 5 pusingan larian di padang sekolah.

Akhirnya kudrat diri tak mampu meneruskannya lagi. Tak larat! Macam nak pengsan rasa. Kemudian, akak paut tangan ana. 
Akak tanya, "awak okey tak?".
Ketika tu, ana tak terdaya nak jawab. Pandangan menjadi kabur. 
Kemudian akak panggil sahabat2 akak untuk papah ana.
Sampai di tempat teduh, akak kipaskan ana. Kak Fatimah urut2kan kaki ana.
Kenangan tak boleh lupa.
Seolah-olah, baru saja berlaku walaupun itu hanya kenangan di sekolah menengah dahulu.

Ada satu lagi peristiwa yang ana ingat tentang akak.
Ketika akak baru masuk asrama time form 5.
Senyap-senyap, akak bawa kura-kura masuk asrama.
Penuh batu-batu warna oren akak letak keliling kura-kura itu.
Comel !
Bawah katil menjadi ruang untuk akak menyimpannya.
 Akak kata,
" kesian, sebab tak ada siapa nak jaga dia kat rumah.."
:')

Masya-Allah. Sifat sayangkan makhluk Allah. Tak semua betul2 menjiwainya akak.

Kata-kata akak masih berlegar di ingatan.
Sebak. T.T
Teringat-ingat suasana itu.
Tak tahulah... ini baru kisah ana sebagai junior.
Kalau dengan sahabat mesti lagi banyak kan? Tak terkira.

Ana nukilkan sedikit cerita tentang akak di blog ni.
Moga peroleh doa dari mereka.


Tak sempat nak tengok muka akak bila dah dewasa macam mana.
Sebab kat sana nanti kita akan berjumpa dalam keadaan kita semua sebaya. kan?
:')

Uhibbuki fillah.
Moga akak ditempatkan dengan golongan solihin.

Mulai sekarang, sentiasa bersedia. Sebab tak tahu bila ajal akan tiba.

Ya Allah, matikan kami dalam keadan Engkau redha dengan amalan kami.
Engkau terima taubat kami.
Engkau bersihkan segala calitan2 jahiliyyah dalam hidup kami.
Paling penting, matikan kami dalam keadaan Iman dan Islam yang teguh.


*Dengan Allah tak boleh segan-segan. Kita kena jadi orang yang banyak demand..*
wokeh? ;D

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. "

# Al-A'raf:34