" Oktober bakal melabuhkan tirainya. Bermakna akan bermulalah musim peperiksaan ataupun fatrah imtihan bagi masyarakat PERMAI di Irbid, Jordan ini. Pelbagai ragam pastinya dapat dilihat dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi sepanjang fatrah imtihan ini baik daripada pelajar JUST mahupun Universiti Yarmouk . Sebagai seorang mahasiswa, setiap orang pasti mempunyai langkahnya yang tersendiri bagi mengharungi fatrah ini dengan cara yang bijak. " (www.permaijordan.com)
Entah kenapa. Sejak kebelakangan ini, jiwa sering dihambat perasaan tidak tenang. Buat pertama kalinya saya akan melalui fatrah Imtihan (waktu peperiksaan) di negara orang. Bukan imtihan seperti sekolah rendah. Bukan juga seperti sekolah menengah. Tetapi imtihan yang bakal diduduki oleh seorang mahasiswi. Mahasiswi di Universti Yarmouk. Universiti yang majornya adalah bangsa arab. Tutur bicaranya, ammi. Jarang sama sekali menggunakan fushah.
Kini soalan atas kertas putih bukan lagi tulisan rumi, tapi jawi. Penuh berangkai ala-ala khat. Setiap ruangan jawapan hanya terjawab melalui kefahaman yang diperoleh. Kefahaman itu juga atas Allah punya kuasa. Ya! bergantung pada kesungguhan! Kesungguhan yang hampir rebah, bukan kesungguhan yang hampir berubah menamatkan perjuangan serta-merta atas kepayahan yang amat! Allah hanya memandang usaha yang muntij, bukan hasil yang semata-mata kerana imtihan.
Ya Allah, bersyukurnya ketika di sekolah menengah! Mujahadahnya sama sekali berbeza dengan mujahadah yang sedang dilalui sekarang! Pengorbanan perlu digandakan dua/tiga lebih dari sebelumnya. Bantulah hamba-Mu..agar tak terikat dengan keasyikan duniawi. Bantulah hamba-Mu dipeihara dari unsur jahiliyyah...agar hati ini mudah untuk beribadah kepadaMu...agar hati ini sentiasa mengingatiMu...agar hati ini sentiasa tenang...
Benar, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang~
Biar rebah, jangan berubah!
Hubungan dengan Allah usah terpisah,
pengurusan masa biar terarah,
kerna akhirnya adalah natijah.
Insya-Allah
Takbir!