Sunday, March 20, 2016

Cebisan Program Mudahnya Menjemput Rezeki.





Kami disuruh meletakkan tangan kanan ke dada.
Kaki tidak boleh bersilang. Telefon pintar dimatikan.
Mata dipejam kemudian tarik nafas dalam-dalam.

"Click!"

Suis lampu dipadamkan. Hanya biasan cahaya dari lampu projector yang kelihatan. Saat ini beliau suruh kami membayangkan wajah ayah, wajah ibu, kemudian adik-beradik, seterusnya suami/isteri dan anak-anak (part ni dah stuck.. tp back-up dengan membayangkan wajah sepupu dengan pakcik makcik sedara..)



"Bayangkan wajah mereka...maafkan mereka...terima mereka seadanya...dan redhoooo segala kurang lebihnya mereka..."



Part "Redho.." tu panjang sikit bunyinya.


Slot ni, ala-ala kem motivasi di sekolah. Kalau sesiapa yang pernah join program spiritual ESQ 165, sendiri faham la kot.


Untuk slot akhir program ni, kami diajar teknik untuk melepaskan segala masalah-masalah yang kita tak redha dalam hidup. Tak redha dengan orang berhutang, tak redha dengan orang tua, tak redha dengan penyakit yang Allah bagi, tak redha dengan orang sekeliling.


Instructor berulang-ulang sebut perkataan 'redha'.


"Puan, macam mana kita nak tahu yang kita betul-betul redha?" seorang peserta angkat tangan.


"Soalan yang baik. Apa KPI untuk tahu yang kita betul-betul redha?" dia menyoal kembali.


"Macam mana nak tahu kita redha atau tidak bilaman anda tidak akan sebut perkataan 'tapi...' selepas anda menyatakan redha.  Contoh...saya dah redha dengan apa yang terjadi tapi.... 
Nampak tak ayatnya?"


Instuctor menambah, . Bila kita redha, rezeki yang lebih baik akan datang balik.
Lepaskan..
Lepaskan..
Sampai hati anda tenang..


Dahsyat nak jadi orang begitu. Saya muhasabah balik setiap peristiwa-peristiwa yang Allah hantarkan dalam kehidupan. Tipulah kalau kata tiada benda yang tak redha. Kesan orang yang tak redha, mulut kata ya tapi hati kata tidak. Banyak benda akan tersekat kalau tak tahu teknik melepaskan/ meredhakan.


Ya, betul.



"Saya tahu, bukan mudah. Tapi cubalah. Jaga amalan, solat awal waktu, solah berjemaah,  jangan tinggal al-Quran dan sunah. Insya-Allah settle masalah dunia."



Pesanan untuk diri sendiri.


Walk to the talk, sis. Beramal seiring bercakap. Lepas ni tak nak banyak cakap.  Datang perasaan nak mengungkit pada benda yang tidak redha, terus diam dan istighfar.

Oh, and by the way, last word... kita tak boleh mengubah orang mengikut rentak kita tapi kita boleh mengubah diri dengan berubah terlebih dahulu. Barulah orang lain akan berubah setelah melihat perubahan kita. Yeah, semestinya dengan keinginan hati sendiri. Tolakan dari dalam.


So, jangan serabut-serabut fikir nak ubah orang, Tenang-tenang aja.. Redhaa, dan start action with yourself first! ;D


Setiap cabaran yang Allah hantar, ada hikmah.


------------------------------------


Auditorium Eureka, USM.
Pulau Pinang.









Monday, March 14, 2016

Nasyid : Bangunlah Wahai Pemuda.


*pakai ear-phone*

fefeeling superb~ ;)




Dari didikan tarbiyah hati kita,
supaya bertakwa kepada Allah.
Jalinkanlah ukhuwah persaudaraan sesama kita,
agar hati kita tidak mudah goyah.

Panggilan suara memanggil,
dan iman bersedia untuk teguh berdiri,
Kami bersedia untuk memperjuangkan perjuangan yang mulia,
untuk mengagungkan islam.

Kami akan menjadi seperti terangnya cahaya fajar Islam,
bersama iman yang kuat,
walaupun perjuangan ini memakan masa yang lama.

Kami berjanji untuk menggapai matlamat yang tinggi,
sebagai ganjarannya untuk taman-taman syurgaNya,

Allah tujuan kami,
Ar-Rasul contoh kami,
Al-Quran panduan hidup kami,
Mati kami di jalan Allah.

Bangunlah wahai pemuda,
Bangunkanlah badanmu itu,
Teguhkan iman yang lemah,
Marilah kita bersama..

Terus jalankan daulah,
Ikuti sunnah Rasulullah,
Itu adalah keredhaanNya,
Dari Yang Maha Kuasa..


------------------------------------------------------------


150315
Sg. Ara, Pulau Penang.




Tuesday, March 8, 2016

Post Graduate : Nasihat Orang Lama





"Nadia, tok su nak tanya kau. Sebelum kau balik, apa nasihat sheikh-sheikh kat kau sebagai orang yang belajar agama?"

*garu kepala* 

"Er...banyak je tok su.. tapi paling common, balik Malaysia jangan tinggal bahasa arab, berkhidmat dengan masyarakat, bantu kawan-kawan di Malaysia...dan lebih kurang macam tu lah"

Tok su hanya mengangguk. Saya tak pasti jawapan itu memuaskan tok su atau tidak, yang pasti... cliche jugak lah jawapan saya bagi. 

"Dulu...Tok Su pernah bertalaqqi dengan seorang sheikh. Dia kata, orang yang belajar agama, dua perkara dia pesan.

Pertama; mereka tak kan lari dari fitnah. Macam-macam fitnah boleh jadi kalau kau tak jaga agama dengan baik. Jadi, jaga agama sebaik-baiknya, jangan kau jadi penyebab timbulnya fitnah.

Kedua; jangan cari populariti. Benda tu datang tak apa, tapi jangan cari! Kalau Tuhan dah takdirkan kau popular melalui kebaikan yang kau bawak daripada agama, itu adalah rezeki. Biar Tuhan yang angkat darjat kau dalam agama, tapi jangan sesekali kau cari."


Tegas tok su menyampaikan amanat. 

*lap peluh*





Kg. Mata Kucing,
Melaka.



 

Wednesday, January 6, 2016

Randomly




"Ummi, doakan..."

"Lepas ni, tulis besar-besar atas kertas. Tulis impian atau timeline perancangan hidup. Nak grad bila, target markah exam yang terbaik mengikut kemampuan, target perancangan selepas grad sementara masih tak banyak komitmen, tulis kata-kata positif sebagai core semangat untuk capai matlamat. Tampal kat dinding, supaya setiap kali baca boleh jadi doa dan akhirnya akan masuk dalam minda separa sedar..."

Ahaa..So cute ummi. :'D

Ummi.
a very supportive and motivated mother.
If there is a will, there is a way.

Dengan izin Allah



***


Dan hari ini,
teman sahabat berjumpa seorang makcik, kami panggil makcik Ani. Target sejam paling lama. Sembang-sembang, akhirnya terlajak dua jam. 


Bersembang dengan orang tua...banyak hikmah yang kita dapat.
Memang 2 jam bagaikan setengah jam.


Akhir sekali makcik pesan,
"Dalam hidup...kena banyak berikhtiar dengan Allah..."


Ok.


Azam baru...
Teehee~ 







Sunday, November 22, 2015

Boleh Jadi...




Boleh jadi.

Orang paling bijak itu, boleh jadi paling banyak menelan kehidupan yang menyakitkan, tersakiti oleh sekitarnya. Tapi dia memilih menjadikannya pelajaran berharga.

Orang paling baik itu, boleh jadi paling kesepian, ditinggalkan oleh sekitarnya. Tapi dia memilih menjadikannya alasan untuk terus berbuat baik, karena dia tahu tidak enaknya sendiri.

Orang paling berani itu, boleh jadi pa...ling penakut, tersudutkan. Tapi dia tidak punya pilihan lagi, memutuskan mulai berani.

Orang paling kuat itu, boleh jadi paling sering menangis, tergugu, terisak. Tapi dia memilih melakukannya diam-diam, untuk kemudian menyeka wajah, tersenyum di luar, menjadi lebih kuat setiap hari.

Nasihat2 lama itu selalu menarik untuk difikirkan. Kerana kita selalu punya kesempatan menjadikan segala hal sebagai pelajaran. Bukan sebaliknya, sibuk curhat, berisik, tumpah dimana2, untuk kemudian tiada manfaatnya, dan tidak membawa kita kemana2. 

Pilihan selalu ada di tangan kita.

Quoted by Tere Liye.


Thursday, October 1, 2015

Final Sem





" Ilmu ada dalam perut buku, tetapi kuncinya ada pada dada para pemuda "


Kata-kata yang ringkas, dicatit di sisi kertas, ayat yang pendek tapi mendalam. Saya anggap sebagai pencetus semangat sempena masuk sem akhir ini. Dr. di kuliah syariah gemar memberi nasihat dan motivasi terlebih dahulu sebelum kami mulakan pelajaran. Mudah masuk radar dan buka hati seluasnya menerima ilmu baru. Tak kisah ilmu apa pun yang kita belajar, penentu pada sesuatu ilmu yang diperoleh adalah dari dalam diri kita.


Bila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, nampak kelakar kan? Barulah saya faham kenapa orang kata, " zouq baca dalam bahasa arab lebih rasa dibandingkan dalam bahasa melayu ". 


Doakan, moga sem akhir ini saya dan sahabat2 all-out mengikut kadar kemampuan. Dapat memuntijkan masa dan tenaga pada akademik dan DnT. Emosi dan tekanan sebolehnya dielakkan. Gangguan-gangguan luar seperti gadjet, internet dsb dapat dikawal mengikut keperluan. Moga usaha, amalan dan tawakal diserahkan sepenuhnya pada Dia.


--------------------------------------------------------------------------------------



[PENANGAN FINAL YEAR EXAM]

Saya belajar dari pengalaman senior-senior lepas(especially akhawat) cara mereka mengendalikan diri mereka ketika berada di dalam fatrah study leave. Semestinya, fatrah ini kita akan berada dalam keadaan sangat stress disebabkan oleh beberapa faktor antaranya seperti lambat catch-up, suasana rumah, emosi yang tidak stabil, tuntutan sekeliling yang pelbagai dan macam-macam lagi.
Mengambil prinsip when-we-put-ourselves-under-stress-we-can-do-anything-and-everything-no-one-can-imagine, saya terpanggil untuk menulis post ini kerana ditakuti tenaga positif yang pada asalnya elok untuk digunakan untuk belajar, menjadi cas negatif yang akhirnya menatijahkan 'anything' dan 'everything' yang tidak elok.


1. Susun masa dan disiplin.
Hal ini teramat penting jika anda seseorang yang mempunyai jawatan penting di dalam sebuah persatuan atau jemaah, atau mempunyai urusan penting(pertunangan, akad nikah dll) ketika fatrah ini. Boleh jadi, kerja anda semakin bertambah ketika fatrah imtihan. Jangan tinggal terus tanggungjawab anda begitu sahaja. Maka, penyelesaiannya adalah dengan menyusun masa mengikut kemampuan anda belajar setiap hari dan disiplin. Putuskan segala aktiviti di alam maya dan didik diri untuk fokus. Learn to ignore distractions.


2. Hiasi usaha belajar dan stress anda dengan hal-hal yang baik.
Semestinya, fatrah imtihan ini wajarnya memberi impak positif pada orang-orang yang beriman. Mereka wajib berusaha sehingga darjat usaha dan diri mereka sebagai orang yang berusaha diangkat di sisi Allah SWT. Pastinya, mereka yang hangat-hangat tahi ayam adalah golongan manusia yang terlampau rugi kerana pahala usaha dilepaskan begitu sahaja, apatah lagi natijah yang tidak langsung bakal menyumbang kepada usaha.


Saranan saya, kuatkan kesungguhan dalam menjaga amalan fardi dan jangan kedekut masa untuk berlama-lama dengannya. Dengar lagu-lagu(Al-Quran apatah lagi!) yang menyegar dan membasahkan iman, dengar tazkirah, tukar angin seketika berjumpa dengan akhawat untuk sentiasa menerima nasihat mereka untuk keluar sebentar dari zon tekanan itu tadi. Jauhkanlah diri dari mencari hal-hal yang tidak wajar hanya atas nama untuk menghilangkan stres.


Tips paling baik yang saya amalkan adalah menghafal surah-surah pilihan. Sudah tentu menghafal Al-Quran ini memberi manfaat kepada diri kita sendiri. Setiap hari sama ada saya akan hafal lima ayat baru(ayat-ayat pendek) atau tiga ayat(ayat-ayat yang panjang). Kemudian ayat yang ingin dihafal diulang sebanyak 40 kali di luar solat. Testimoni saya, bila menghafal Quran di fatrah imtihan:
A) asah lagi skil menghafal dan ingat
B) menambah ayat pilihan yang boleh dibaca ketika menjadi imam
C) melegakan hati ketika terlampau risau dengan peperiksaan
Dan jangan lupa juga selang-selikan bacaan buku pelajaran anda dengan buku-buku selainnya untuk merehatkan jiwa seketika.


3. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, dan tanam bahwa yang hanya boleh diubah adalah usaha kita selaku manusia.


Bermuhasabahlah terutama di kala fakta-fakta yang ingin dihafal terlalu payah untuk masuk ke dalam kepala(bertambah elok jika setiap masa!). Boleh jadi banyak faktor mengapa terlalu payah untuk menghafal dan faktor yang memberi kesan yang paling besar adalah dosa yang tidak diminta ampun kepada Allah dan manusia.


Ada dalam kalangan kita akan diuji di bahagian ini. Berikanlah kemaafan kepada orang sekeliling dan tunaikan hak ke atas manusia(ibu ayah, keluarga, usrahmates, katibahmates, housemates dll). Boleh jadi yang menjadi ujian mengenai hal ini. Selesai ujian ini, maka senanglah Allah permudahkan urusan fakta masuk ke dalam otak itu tadi. Malah, mintalah doa dari mereka kerana itu juga salah satu doa yang dimakbulkan.
Selamat maju jaya buat semua mengharungi fatrah imtihan ini.
Bismillah, mari kita melangkah penuh kemenangan.


-----------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih tak terhingga kepada sahabat yang share post ini di facebook. Banyak manfaat bila baca. Terasa ada nafas baru untuk meneruskan nafar perjuangan di bumi Urdun.
Tips-tips dalam post di atas, 100% tulisan ukht "mylittlepencil", akhawat Mesir.
Hampir dua tahun hidup dalam 'curiousity' ,
akhirnya baru tahu nama sebenar di sebalik nama pena "mylittlepencil".



Walaupun kita tak kenal, nak ucapkan juga "Jazakillahu khayran, ukhty".
 

B)




-nafmri-
Pelajar sem akhir.
Universiti Yarmouk, Jordan.



Monday, September 21, 2015

Cuti Soifi : #3 Jaulah Wadi Rum 2015







Jalan dakwah ini seperti titisan air. Ia akan menembus dan membelah batu, tapi butuh waktu yang tidak sebentar.


Jika titis-titis ini digabung menjadi satu, ia akan menjadi arus. Itulah yang diperlukan dakwah. Begitu ia menjadi arus, ia akan menghanyutkan. Begitulah amal ukhuwah.


Seperti menggabungkan huruf yang terpisah-pisah agar menjadi satu dan bisa dibaca.
Dalam Dekapan Ukhuwah...







12.13 am


210915
Bayt Inqaz
Irbid, Jordan.



Monday, September 14, 2015

Cuti Soifi : #2 Kipidap DonGibap



Ada hikmah menjadi skuad tabah Irbid sementara ramai yang keluar travel atau pulang ke Malaysia. Selain tengok-tengokkan 'pejabat', 'kereta', 'rumah' seperti yang diamanahkan oleh mas'ulah TTK (heheh), banyak perkara saya boleh buat dan asah skill, I guess so. Tapi, utuk melaksanakannya, perlukan perancangan yang rapi.




" Akak, jual lah banana ball akk yang gebu-gebasss tuuu! Go, akak go! Ana sokong akak dari belakang. Yukenduit....! Kipidap....! DonGibap..!"




Seloroh seorang ukhty memberi semangat melalui komen di FB. Adeh..Rosak bahasa sungguh! Tergelak sendiri membaca komen. Cara dia mengolah bahasa dah terbayang bagaimana reaksi semangatnya. Ceria sentiasa.


Berbalik pada hadaf cuti, kami aturkan meeting bersama. Senaraikan aktiviti yang boleh melibatkan semua akhawat yang brada di Irbid. "Tak nak bagi akhawat kita 'merepuuut'....." kata seorang ukhty. Ada benarnya pada fasa ayat, "Pemuda dan masa lapang = maksiat". Jika tidak disibukkan, kita akan cenderung duduk di rumah, menghadap skrin laptop, atau lebih bahaya jika tangan mula menggatal untuk lakukan pekerjaan yang kurang manfaat. Ya, saya tulis kerana saya sendiri pernah melalui zaman sebegitu. Manusia sentiasa silap, tapi melalui kesilapan kita belajar untuk bangkit menjadi lebih baik.


Selain hadaf aktiviti bersama akhawat, hadaf sendiri tetap ada. Bukan saya seorang, tapi bersama dua orang lagi teman jatuh bangun selama 4 tahun di sini sebagai satu team. Demi meraikan kejatuhan wang ringgit :D, pada masa yang sama kami cuba melatih bersikap mandiri untuk menambah pendapatan sendiri. Misi ini kami tak ambil serius sangat. sekadar suka-suka isi masa lapang asah skill berniaga dan penuhi masa cuti dengan peluang yang ada. Ambil contoh Rasulullah mencari sumber pendapatan dengan berniaga.


Mungkin sebab saya jenis yang tak gemar bergantung pada orang, dan suka cabar diri dengan kesusahan. Kalau boleh hasilkan sesuatu dengan usaha sendiri, teruskan dan realisasikan. Manisnya sebuah kejayaan selepas kesusahan, itu yang best!



Dan akhirnya..






Bila lihat gambar cekodok pisang a.k.a 'banana ball' >.< , teringat satu fatrah kesusahan yang tak akan lupa dalam sejarah tarbiyah di bumi Jordan. Waktu itu ketika kakak-kakak murabbi katibah kami sangat menggalakkan untuk pergi berjaulah, salah satu wasilah tarbiyah yang luar biasa kesannya. Dicadangkan pula tempat-tempat jaulah seperti Spain, France, UK, Ireland. Perkara pertama yang menjengah minda saya saat itu, "Aduh, mesti perlukan duit yang banyak!" desis hati kecil. Tiba-tiba seorang kakak bersuara, "Tak apa, kalau antunna tak cukup duit, akhawat akan tampung." Uishh...banyaknya duit akhawat.


Pada awalnya, memang saya tarik diri, tapi bila bawa berbincang kepada keluarga, ayah membalas, "Tak apa... duit boleh dicari tapi peluang nak pergi tempat-tempat sebegitu hanya sekali. Ayah sebolehnya mahu anak-anak global, round the world, lihat dunia!" semangat ayah memberi saranan. Terkesima lah juga beberapa saat, melihat respon ayah begitu.


Bermula dari situlah, membulatkan tekad untuk pergi juga. Akhirnya tertubuh beberapa team jaulah mengikut negara dan hadaf masing-masing. Dalam setiap team, kami akan senaraikan jumlah kewangan yang diperlukan dan perincikan gerak kerja untuk capai target.



"Oh... ini rupanya maksud akhawat akan tampung...Hmm..Hmm.."



Banyak drama dan tribulasi~
Banyak juga air mata yang membanjiri~



Kalau nak cerita lebih, panjang pula nanti. Boleh jadi satu post lain. Tapi saya ringkaskn, akhirnya kami capai target juga untuk berjaulah. 1490JD berjaya dikumpul. Nak tahu dalam ringgit berapa, cuba darab 4.7 (currency ketika itu).



Sebahagian hasil jualan cekodok pisang inilah saya dapat jejakkan kaki ke Spain dan France.
Tak lupa juga bantuan akhawat yang tak putus-putus beri sokongan sepanjang 3 bulan gerak kerja kami berlangsung.


Insya-Allah ada masa dan waktu, saya tulis satu post khas perjalanan sebelum, semasa, dan selepas jaulah tarbawi kami bersama akhawat.



Trplets adik manis Kak Um :)
Nadirah Nadia Sa'adah




Bayt Inqaz.
11.30pm.










Saturday, September 5, 2015

Cuti Soifi : #1 SHE





The earth has music for those who listen.














Stay close to nature and keep breathing.
It will never fail you.




030915
SHE
Shurhabil Ecopark, Jordan.


#rehlahtarbawi #adikadik #refreshment







Monday, August 31, 2015

22



*draft since 240815*






"Along.. sanah helwah." aku sedikit membisik dan memeluknya.
"Tenkiu angah. Nanti balik, pelukkan umi ayah dan adik2 untuk along ya."
"InsyaAllah."
Tahun lepas giliran dia berbakti pada ummi ayah. Tahun ini giliranku pula. Jangan tanya mengapa tidak keduanya pulang sekali ke malaysia cuti ni. Kerana pada aku adanya dia. Pada dia adanya aku. 2 in 1 bak kata ummi.
😄

Sepulangan angah dengan satu amanah besar. Bersama along juga, angah tinggalkan satu amanah besar. Mohon jaga 'pejabat' 'kereta' 'rumah' 'harta benda' untuk angah di jordan tu baik-baik ya.
Moga dengan nikmat bertambahnya usia, seiring juga dengan peningkatan amal untuk kita bersama mencapai redhaNya. Terima kasih untuk segalanya. Lebih lagi setahun ini yang cukup menguji kita.
Allahu yubaarik fik along  ^^


240815
22 tahun.


Irbid, jordan



*****



Hanya mampu tersenyum membaca statusnya, mata melirik ke arah masa status itu dipost, "2 hours ago". Jam tangan dilihat. Oh.. sekarang dia di awanan, mesti hati dah berbunga tak sabar jumpa keluarga di Malaysia. Moga Allah pelihara perjalanan pergi dan pulang, angah. Harap tak ada orang tiba-tiba buat kejutan menanti di KLIA, :).

FB di'log out'. Terus digapai buku, sambung bacaan. Esok 25/8, esok last paper, esok exam 2 subjek berbaki dan esok juga hari terakhir untuk sem ini. Keep calm and stay focus. 
Perjalanan masih jauh.



*****








Ucapan doa sepatutnya dituju khas kepada ummi yang melahirkan, juga seorang ayah tak jemu mendidik dan mencari rezeki untuk keluarga. Tanpa mereka, tanpa doa mereka, tanpa didikan agama dan curahan kasih-sayang yang berterusan dari mereka, kita mungkin tidak terbina dengan acuan sebagai seorang mukmin dan muslim yang bermanfaat untuk ummah. Benarlah, hidup dalam iman dan islam penuh berkat.