"Nadia, tok su nak tanya kau. Sebelum kau balik, apa nasihat sheikh-sheikh kat kau sebagai orang yang belajar agama?"
*garu kepala*
"Er...banyak je tok su.. tapi paling common, balik Malaysia jangan tinggal bahasa arab, berkhidmat dengan masyarakat, bantu kawan-kawan di Malaysia...dan lebih kurang macam tu lah"
Tok su hanya mengangguk. Saya tak pasti jawapan itu memuaskan tok su atau tidak, yang pasti... cliche jugak lah jawapan saya bagi.
"Dulu...Tok Su pernah bertalaqqi dengan seorang sheikh. Dia kata, orang yang belajar agama, dua perkara dia pesan.
Pertama; mereka tak kan lari dari fitnah. Macam-macam fitnah boleh jadi kalau kau tak jaga agama dengan baik. Jadi, jaga agama sebaik-baiknya, jangan kau jadi penyebab timbulnya fitnah.
Kedua; jangan cari populariti. Benda tu datang tak apa, tapi jangan cari! Kalau Tuhan dah takdirkan kau popular melalui kebaikan yang kau bawak daripada agama, itu adalah rezeki. Biar Tuhan yang angkat darjat kau dalam agama, tapi jangan sesekali kau cari."
"Lepas ni, tulis besar-besar atas kertas. Tulis impian atau timeline perancangan hidup. Nak grad bila, target markah exam yang terbaik mengikut kemampuan, target perancangan selepas grad sementara masih tak banyak komitmen, tulis kata-kata positif sebagai core semangat untuk capai matlamat. Tampal kat dinding, supaya setiap kali baca boleh jadi doa dan akhirnya akan masuk dalam minda separa sedar..."
Ahaa..So cute ummi. :'D
Ummi.
a very supportive and motivated mother.
If there is a will, there is a way.
Dengan izin Allah
***
Dan hari ini,
teman sahabat berjumpa seorang makcik, kami panggil makcik Ani. Target sejam paling lama. Sembang-sembang, akhirnya terlajak dua jam.
Bersembang dengan orang tua...banyak hikmah yang kita dapat.
Memang 2 jam bagaikan setengah jam.
Akhir sekali makcik pesan,
"Dalam hidup...kena banyak berikhtiar dengan Allah..."
Orang paling bijak itu, boleh jadi paling banyak menelan kehidupan yang menyakitkan, tersakiti oleh sekitarnya. Tapi dia memilih menjadikannya pelajaran berharga.
Orang paling baik itu, boleh jadi paling kesepian, ditinggalkan oleh sekitarnya. Tapi dia memilih menjadikannya alasan untuk terus berbuat baik, karena dia tahu tidak enaknya sendiri.
Orang paling berani itu, boleh jadi pa...ling penakut, tersudutkan. Tapi dia tidak punya pilihan lagi, memutuskan mulai berani.
Orang paling kuat itu, boleh jadi paling sering menangis, tergugu, terisak. Tapi dia memilih melakukannya diam-diam, untuk kemudian menyeka wajah, tersenyum di luar, menjadi lebih kuat setiap hari.
Nasihat2 lama itu selalu menarik untuk difikirkan. Kerana kita selalu punya kesempatan menjadikan segala hal sebagai pelajaran. Bukan sebaliknya, sibuk curhat, berisik, tumpah dimana2, untuk kemudian tiada manfaatnya, dan tidak membawa kita kemana2.
" Ilmu ada dalam perut buku, tetapi kuncinya ada pada dada para pemuda "
Kata-kata yang ringkas, dicatit di sisi kertas, ayat yang pendek tapi mendalam. Saya anggap sebagai pencetus semangat sempena masuk sem akhir ini. Dr. di kuliah syariah gemar memberi nasihat dan motivasi terlebih dahulu sebelum kami mulakan pelajaran. Mudah masuk radar dan buka hati seluasnya menerima ilmu baru. Tak kisah ilmu apa pun yang kita belajar, penentu pada sesuatu ilmu yang diperoleh adalah dari dalam diri kita.
Bila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, nampak kelakar kan? Barulah saya faham kenapa orang kata, " zouq baca dalam bahasa arab lebih rasa dibandingkan dalam bahasa melayu ".
Doakan, moga sem akhir ini saya dan sahabat2 all-out mengikut kadar kemampuan. Dapat memuntijkan masa dan tenaga pada akademik dan DnT. Emosi dan tekanan sebolehnya dielakkan. Gangguan-gangguan luar seperti gadjet, internet dsb dapat dikawal mengikut keperluan. Moga usaha, amalan dan tawakal diserahkan sepenuhnya pada Dia.
Saya belajar dari pengalaman senior-senior lepas(especially akhawat) cara mereka mengendalikan diri mereka ketika berada di dalam
fatrah study leave. Semestinya, fatrah ini kita akan berada dalam
keadaan sangat stress disebabkan oleh beberapa faktor antaranya seperti
lambat catch-up, suasana rumah, emosi yang tidak stabil, tuntutan
sekeliling yang pelbagai dan macam-macam lagi.
Mengambil prinsip
when-we-put-ourselves-under-stress-we-can-do-anything-and-everything-no-one-can-imagine,
saya terpanggil untuk menulis post ini kerana ditakuti tenaga positif
yang pada asalnya elok untuk digunakan untuk belajar, menjadi cas
negatif yang akhirnya menatijahkan 'anything' dan 'everything' yang
tidak elok.
1. Susun masa dan disiplin.
Hal ini teramat
penting jika anda seseorang yang mempunyai jawatan penting di dalam
sebuah persatuan atau jemaah, atau mempunyai urusan penting(pertunangan,
akad nikah dll) ketika fatrah ini. Boleh jadi, kerja anda semakin
bertambah ketika fatrah imtihan. Jangan tinggal terus tanggungjawab anda
begitu sahaja. Maka, penyelesaiannya adalah dengan menyusun masa
mengikut kemampuan anda belajar setiap hari dan disiplin. Putuskan
segala aktiviti di alam maya dan didik diri untuk fokus. Learn to ignore
distractions.
2. Hiasi usaha belajar dan stress anda dengan hal-hal yang baik.
Semestinya, fatrah imtihan ini wajarnya memberi impak positif pada
orang-orang yang beriman. Mereka wajib berusaha sehingga darjat usaha
dan diri mereka sebagai orang yang berusaha diangkat di sisi Allah SWT.
Pastinya, mereka yang hangat-hangat tahi ayam adalah golongan manusia
yang terlampau rugi kerana pahala usaha dilepaskan begitu sahaja, apatah
lagi natijah yang tidak langsung bakal menyumbang kepada usaha.
Saranan saya, kuatkan kesungguhan dalam menjaga amalan fardi dan jangan
kedekut masa untuk berlama-lama dengannya. Dengar lagu-lagu(Al-Quran
apatah lagi!) yang menyegar dan membasahkan iman, dengar tazkirah, tukar
angin seketika berjumpa dengan akhawat untuk sentiasa menerima nasihat
mereka untuk keluar sebentar dari zon tekanan itu tadi. Jauhkanlah diri
dari mencari hal-hal yang tidak wajar hanya atas nama untuk
menghilangkan stres.
Tips paling baik yang saya amalkan adalah
menghafal surah-surah pilihan. Sudah tentu menghafal Al-Quran ini
memberi manfaat kepada diri kita sendiri. Setiap hari sama ada saya akan
hafal lima ayat baru(ayat-ayat pendek) atau tiga ayat(ayat-ayat yang
panjang). Kemudian ayat yang ingin dihafal diulang sebanyak 40 kali di
luar solat. Testimoni saya, bila menghafal Quran di fatrah imtihan:
A) asah lagi skil menghafal dan ingat
B) menambah ayat pilihan yang boleh dibaca ketika menjadi imam
C) melegakan hati ketika terlampau risau dengan peperiksaan
Dan jangan lupa juga selang-selikan bacaan buku pelajaran anda dengan buku-buku selainnya untuk merehatkan jiwa seketika.
3. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, dan tanam bahwa yang hanya boleh diubah adalah usaha kita selaku manusia.
Bermuhasabahlah terutama di kala fakta-fakta yang ingin dihafal terlalu
payah untuk masuk ke dalam kepala(bertambah elok jika setiap masa!).
Boleh jadi banyak faktor mengapa terlalu payah untuk menghafal dan
faktor yang memberi kesan yang paling besar adalah dosa yang tidak
diminta ampun kepada Allah dan manusia.
Ada dalam kalangan kita
akan diuji di bahagian ini. Berikanlah kemaafan kepada orang sekeliling
dan tunaikan hak ke atas manusia(ibu ayah, keluarga, usrahmates,
katibahmates, housemates dll). Boleh jadi yang menjadi ujian mengenai
hal ini. Selesai ujian ini, maka senanglah Allah permudahkan urusan
fakta masuk ke dalam otak itu tadi. Malah, mintalah doa dari mereka
kerana itu juga salah satu doa yang dimakbulkan.
Selamat maju jaya buat semua mengharungi fatrah imtihan ini.
Bismillah, mari kita melangkah penuh kemenangan.
Terima kasih tak terhingga kepada sahabat yang share post ini di facebook. Banyak manfaat bila baca. Terasa ada nafas baru untuk meneruskan nafar perjuangan di bumi Urdun.
Tips-tips dalam post di atas, 100% tulisan ukht "mylittlepencil", akhawat Mesir.
Hampir dua tahun hidup dalam 'curiousity' ,
akhirnya baru tahu nama sebenar di sebalik nama pena "mylittlepencil".
Walaupun kita tak kenal, nak ucapkan juga "Jazakillahu khayran, ukhty".
Jalan dakwah ini seperti titisan air. Ia akan menembus dan membelah batu, tapi butuh waktu yang tidak sebentar.
Jika titis-titis ini digabung menjadi satu, ia akan menjadi arus. Itulah yang diperlukan dakwah. Begitu ia menjadi arus, ia akan menghanyutkan. Begitulah amal ukhuwah.
Seperti menggabungkan huruf yang terpisah-pisah agar menjadi satu dan bisa dibaca.
Ada hikmah menjadi skuad tabah Irbid sementara ramai yang keluar travel atau pulang ke Malaysia. Selain tengok-tengokkan 'pejabat', 'kereta', 'rumah' seperti yang diamanahkan oleh mas'ulah TTK (heheh), banyak perkara saya boleh buat dan asah skill, I guess so. Tapi, utuk melaksanakannya, perlukan perancangan yang rapi.
" Akak, jual lah banana ball akk yang gebu-gebasss tuuu! Go, akak go! Ana sokong akak dari belakang. Yukenduit....! Kipidap....! DonGibap..!"
Seloroh seorang ukhty memberi semangat melalui komen di FB. Adeh..Rosak bahasa sungguh! Tergelak sendiri membaca komen. Cara dia mengolah bahasa dah terbayang bagaimana reaksi semangatnya. Ceria sentiasa.
Berbalik pada hadaf cuti, kami aturkan meeting bersama. Senaraikan aktiviti yang boleh melibatkan semua akhawat yang brada di Irbid. "Tak nak bagi akhawat kita 'merepuuut'....." kata seorang ukhty. Ada benarnya pada fasa ayat, "Pemuda dan masa lapang = maksiat". Jika tidak disibukkan, kita akan cenderung duduk di rumah, menghadap skrin laptop, atau lebih bahaya jika tangan mula menggatal untuk lakukan pekerjaan yang kurang manfaat. Ya, saya tulis kerana saya sendiri pernah melalui zaman sebegitu. Manusia sentiasa silap, tapi melalui kesilapan kita belajar untuk bangkit menjadi lebih baik.
Selain hadaf aktiviti bersama akhawat, hadaf sendiri tetap ada. Bukan saya seorang, tapi bersama dua orang lagi teman jatuh bangun selama 4 tahun di sini sebagai satu team. Demi meraikan kejatuhan wang ringgit :D, pada masa yang sama kami cuba melatih bersikap mandiri untuk menambah pendapatan sendiri. Misi ini kami tak ambil serius sangat. sekadar suka-suka isi masa lapang asah skill berniaga dan penuhi masa cuti dengan peluang yang ada. Ambil contoh Rasulullah mencari sumber pendapatan dengan berniaga.
Mungkin sebab saya jenis yang tak gemar bergantung pada orang, dan suka cabar diri dengan kesusahan. Kalau boleh hasilkan sesuatu dengan usaha sendiri, teruskan dan realisasikan. Manisnya sebuah kejayaan selepas kesusahan, itu yang best!
Dan akhirnya..
Bila lihat gambar cekodok pisang a.k.a 'banana ball' >.< , teringat satu fatrah kesusahan yang tak akan lupa dalam sejarah tarbiyah di bumi Jordan. Waktu itu ketika kakak-kakak murabbi katibah kami sangat menggalakkan untuk pergi berjaulah, salah satu wasilah tarbiyah yang luar biasa kesannya. Dicadangkan pula tempat-tempat jaulah seperti Spain, France, UK, Ireland. Perkara pertama yang menjengah minda saya saat itu, "Aduh, mesti perlukan duit yang banyak!" desis hati kecil. Tiba-tiba seorang kakak bersuara, "Tak apa, kalau antunna tak cukup duit, akhawat akan tampung." Uishh...banyaknya duit akhawat.
Pada awalnya, memang saya tarik diri, tapi bila bawa berbincang kepada keluarga, ayah membalas, "Tak apa... duit boleh dicari tapi peluang nak pergi tempat-tempat sebegitu hanya sekali. Ayah sebolehnya mahu anak-anak global, round the world, lihat dunia!" semangat ayah memberi saranan. Terkesima lah juga beberapa saat, melihat respon ayah begitu.
Bermula dari situlah, membulatkan tekad untuk pergi juga. Akhirnya tertubuh beberapa team jaulah mengikut negara dan hadaf masing-masing. Dalam setiap team, kami akan senaraikan jumlah kewangan yang diperlukan dan perincikan gerak kerja untuk capai target.
"Oh... ini rupanya maksud akhawat akan tampung...Hmm..Hmm.."
Banyak drama dan tribulasi~
Banyak juga air mata yang membanjiri~
Kalau nak cerita lebih, panjang pula nanti. Boleh jadi satu post lain. Tapi saya ringkaskn, akhirnya kami capai target juga untuk berjaulah. 1490JD berjaya dikumpul. Nak tahu dalam ringgit berapa, cuba darab 4.7 (currency ketika itu).
Sebahagian hasil jualan cekodok pisang inilah saya dapat jejakkan kaki ke Spain dan France.
Tak lupa juga bantuan akhawat yang tak putus-putus beri sokongan sepanjang 3 bulan gerak kerja kami berlangsung.
Insya-Allah ada masa dan waktu, saya tulis satu post khas perjalanan sebelum, semasa, dan selepas jaulah tarbawi kami bersama akhawat.
Trplets adik manis Kak Um :)
Nadirah Nadia Sa'adah
"Along.. sanah helwah." aku sedikit membisik dan memeluknya.
"Tenkiu angah. Nanti balik, pelukkan umi ayah dan adik2 untuk along ya."
"InsyaAllah."
Tahun lepas giliran dia berbakti pada ummi ayah. Tahun ini giliranku pula. Jangan tanya mengapa tidak keduanya pulang sekali ke malaysia cuti ni. Kerana pada aku adanya dia. Pada dia adanya aku. 2 in 1 bak kata ummi.
Sepulangan angah dengan satu amanah besar. Bersama along juga, angah tinggalkan satu amanah besar. Mohon jaga 'pejabat' 'kereta' 'rumah' 'harta benda' untuk angah di jordan tu baik-baik ya.
Moga dengan nikmat bertambahnya usia, seiring juga dengan peningkatan amal untuk kita bersama mencapai redhaNya. Terima kasih untuk segalanya. Lebih lagi setahun ini yang cukup menguji kita.
Allahu yubaarik fik along ^^
240815
22 tahun.
Irbid, jordan
*****
Hanya mampu tersenyum membaca statusnya, mata melirik ke arah masa status itu dipost, "2 hours ago". Jam tangan dilihat. Oh.. sekarang dia di awanan, mesti hati dah berbunga tak sabar jumpa keluarga di Malaysia. Moga Allah pelihara perjalanan pergi dan pulang, angah. Harap tak ada orang tiba-tiba buat kejutan menanti di KLIA, :).
FB di'log out'. Terus digapai buku, sambung bacaan. Esok 25/8, esok last paper, esok exam 2 subjek berbaki dan esok juga hari terakhir untuk sem ini. Keep calm and stay focus. Perjalanan masih jauh.
*****
Ucapan doa sepatutnya dituju khas kepada ummi yang melahirkan, juga seorang ayah tak jemu mendidik dan mencari rezeki untuk keluarga. Tanpa mereka, tanpa doa mereka, tanpa didikan agama dan curahan kasih-sayang yang berterusan dari mereka, kita mungkin tidak terbina dengan acuan sebagai seorang mukmin dan muslim yang bermanfaat untuk ummah. Benarlah, hidup dalam iman dan islam penuh berkat.
Sepanjang hampir tiga tahun keberadaan kita di bumi Jordan, setiap kali balik Malaysia tak pernah satu flight, kan angah?
Dia bakal pulang cuti sem musim panas ini. Kepulangannya sangat dinantikan adik-adik dan keluarga di Malaysia. Mana tidaknya, dua tahun mengumpul rindu di Jordan. Bulat tekadnya untuk tidak pulang ke Malaysia tahun lepas, menyebabkan saya buat keputusan balik seorang.
"Angah nak challenge diri tak balik Malaysia 2 tahun. Macam along, masa first year tak balik, next year balik rasa puas jumpa orang-orang kat Malaysia kan..?"
Tahun ini, dia balik, saya tak balik.
Maka skop tugasan yang dijawatnya sekarang, diamanahkan kepada saya sebagai pemangkunya. Haih..Memang dari sekolah suka pass baton ya?
"Senang...ada kakak...."
15 August
Faheem.
Sebelum menapak ke bumi Jordan buat pertama kali, raut wajah ini yang tersimpan kekal dalam kotak memori. Sehinggalah usianya sudah menginjak ke tingkatan satu. Tak sedar begitu pantas masa berlalu. Perubahan demi perubahan dapat dilihat padanya.
Kini keberadaannya di alam remaja. Fasa yang memerlukan kepercayaan yang tinggi, sentuhan yang membina, dan perhatian yang lebih dalam membentuk peribadinya sebagai pemuda yang faham.
Bismillah wa astaghfirullah.
Alhamdulillah, syukur pada Allah atas setiap kemudahan dan kelancaran yang Dia aturkan.
Selesai satu program besar, Charity Concert (CC) yang dianjurkan Fatiha Shuib and Friends dengan kerjasama persatuan aktivis i4S (i For Syria), TSDBJ (Tangisan Syria Di Bumi Jordan), MACS (Malaysian Arabian Cultural Society), TFTN (Teaching For The Needs), MyCARE, dan jemputan khas yang bersama-sama dengan kami iaitu Islamic Relief.
It's such an awesome progression before and after, seriously. Walaupun saya bukanlah orang atasan dalam i4S, atau pun ajk tertentu untuk konsert amal ni, tapi disebabkan salah seorang housemate adalah mas'ulah CC, dan sebahagian ahli rumah ada yang terlibat jadi usher juga teknikal. Sebagai ahli rumah, memang terkena tempiasnya sekali sehingga sedetail-detail progression kami tahu. Segala penat lelah yang diadukan, perasaan terkejar-kejar ikut due date, balik lewat malam, semua itu kami hadap. Of course, we have to be a supportive housemate.. Support each other demi merealisasikan hadaf CC tercapai buat julung-julung kalinya dianjurkan i4S.
Pada awalnya, terlalu banyak halangan, saangat banyak halangannya sehingga kental jiwa. Mendengar cerita dari kak Patik (Ukht Fatiha Shuib) perjalanan projek ini pada permulaan, memang boleh ternganga sampai jatuh rahang rasanya. Bagaimana dia membanting tulang bergerak sendiri buat kertas kerja hanya berbekal RM30 pada permulaan. PM setiap manager artis sehingga ada artis yang baru bagi jawapan di saat-saat akhir. Bagaimana susah payah kak Patik buat presentation untuk yakinkan mereka atas niat murni projek ini. Dengan nak menghadap lagi buah mulut orang-orang sekeliling.
"Biar betul kak Patik buat sorang-sorang projek ni? Siapa friends dia?"
"Macam mana dengan kewangan untuk tampung management program ni?"
Persoalan-persoalan ini memang terngiang-ngiang selagi CC ini tak dilaksanakan. Hatta kami di Jordan pun merasakan benda yang sama terutama team i4S. Sehinggakan sebelum team i4S buat pembentangan pada pihak atasan, memang dah dengar ura-ura projek ini akan ditolak serta-merta. Tapi atas perancangan Allah memang benda nak jadi, akhirnya projek ini diterima selepas kesungguhan team i4S akhawat buat pembentangan . Alhamdulillah.
Projek ini memang berisiko tinggi, macam telur di hujung tanduk. Kalau tak ada support system dari orang ramai, memang tak jadilah projek ini. Tapi, memikirkan ini lah satu-satunya cara untuk membuka mata orang ramai dan tunjukkan pada dunia tentang common sense terhadap saudara Islam Syria di bumi Jordan, maka sungguh-sungguh kami banti kak Patik realisasikan projek ini.
Selain itu memang hadaf kami untuk twist pandangan pelajar-pelajar timur tengah, pandangan mereka tentang konsert. Sebab ada juga dengar beberapa perkhabaran suruh batalkan konsert ini mentah-mentah. Ada juga suara-suara mengatakan macam nak pergi kelab malam dan banyak lagi suara-suara yang tak setuju dengan projek CC ini. Sejujurnya memang ada lah sikit rasa down, tapi saya salute the positive thinking of kak Patik,
"Tak apa, kita buat je kerja kita. Biar apa orang kata. Nanti kita akan keluarkan polisi/ etika/ guideline sebelum konsert berlangsung. We,ikhwah and akhawat, as a team, we have to make a difference for this charity concert. So, teruskan..."
*lap peluh*
At the same time, hadaf kami juga nak meraikan RA (Rabtul Am) di Jordan. RA ini adalah orang yang bukan dalam sistem tetapi mereka menyokong kita, tidak kisah dari sudut aktivisme, program tarbawi mahupun dakwi.
" I believe, music can unite people.." -Kak Patik.
It's true akak.
Untuk pastikan perjalanan projek ini berjalan dengan lancar, automatik teraplikasi sifat " Khauf dan Rajaa' ". It means, takut dan berharap. Tak boleh terlalu yakin dan tak boleh terlalu risau. Hadir perasaan takut atau bimbang supaya ia tidak berlaku seperti yang orang luar faham tentang konsert tapi pada masa yang sama kita berharap, moga Allah aturkan yang terbaik perjalanan konsert dan ikhlaskan hati semua. Tak kira pihak penganjur/ artis jemputan/ penonton. Semoga biah dan attitude terjaga walaupun dalam konsert.
Saya kira, ikhwah akhawat yang terlibat menjadi usher, security dan MC paling menjiwai perasaan ini :D, sebab mereka yang diamanahkan untuk kawal suasana dewan.
And finally...
Alhamdulillah, it went well. :')
Rasa syukur tak terhingga. Berkat kesabaran semua, doa ikhwah akhawat dari Jordan, ikhwah akhawat dari Malaysia dan negara lain, doa pakcik makcik, kesungguhan AJK2 CC, Flashmobers, juga team2 yang terlibat, alhamdulillah hadaf CC ini tercapai dengan jayanya. Sebelum CC ini bermula lagi, kami selalu diingatkan untuk jaga niat, jaga mutabaah amal, dan akhlak.
Itulah pentingnya berada dalam 'kumpulan' kan?
Eh.
*****
Slot 'Hijrah Cinta', slot khas bersama akhawat sahaja. Artis yang terlibat adalah, Mizz Nina, Kak Najiha (naqibah kak Eenaz), Kak Eenaz Mokhtar (penulis skrip) dan Kak Syilda (AWANI crew). Memang forum yang 'basah' orang kata. Kata-kata yang diucapkan para panel cukup tulus dari hati mereka. Ada juga part yang mengalirkan air mata, ini serius tak tipu.
"Sebelum kita mulakan forum, menarik juga kalau Fatihah Shuib memperkenalkan dirinya...betul tak kak Fatihah?"
"Okay lah, Sebelum saya cerita lebih tentang gerak kerja CC yang sudah dirancang 6 bulan lalu ni, saya cerita sikit lah tentang diri saya. Saya sama juga macam anda semua. Dulu bekas pelajar di Jordan. Alhamdulillah graduan dari Mu'tah pada tahun 2013. Jurusan Usul Fiqh. Bla..bla..bla..bla.. Actually, apa yang kita belajar dulu hanya atas kertas. Kita grad, bawak balik segulung ijazah, tunjuk mak ayah, we satisfied. But...now..the thing is, what actually you want to do after you grad?"
*feeling tertampar 2 saat*
"Apa perancangan lepas grad?"
Dilema budak tahun akhir.
Ehee~
" You know what, Nadia. Kalau awak tahu sejarah belajar Aizat and Faizal Tahir, you will be surprised with their succeed right now. You will say, diorang ni dah macam Mark Zuckerberg versi Malaysia. Nak kata kalau belajar sampai tahap SPM saja atau amik degree lagi sebulan nak grad tetiba stop, benda tu semua tak beri kesan dengan kejayaan diorang selepasnya. Because they know what they want to achieved for in life. Dan kita, sebagai orang yang faham, buatlah keputusan seperti orang yang faham dan membuka mata masyarakat dengan kefahaman yang kita faham. Buka minda, biar global! Akak cerita ni bukan nak suruh awak ikut step diorang, tapi teruskan dengan apa yang awak belajar dan apa yang awak ada sekarang. But remember, whatever choice you choose, you have to think out of the box!"
Lepas ikut slot Hijrah Cinta part yang disampaikan Kak Jiha, tiba-tiba datang perasaan, "Instead of fikir naik tangga (as usual my friends' target after grad, tapi untuk diri sendiri mungkin lagi 2 tahun kot. haha.) sebenarnya banyak benda lagi saya kena prepare untuk diri sendiri. Perancangan hidup pun belum betul-betul tersusun. Target untuk jadi hafizah yang saya impikan masa darjah 6 dulu pun masih samar-samar lagi. Ilmu yang saya ada ni pun entah betul-betul hadam atau tidak? Tapi apa-apa pun, tetap bersyukur. Setiap pengalaman yang dilalui adalah perancangan Allah yang terbaik utuk kita kan?
Kak Jiha...tengok! apa akak dah buat dengan saya nih....?! Eh.
*****
Untuk tahu lebih lanjut tentang CC dan siapa artis jemputannya, jemputlah LIKE page FB "One Moment For Them" dan boleh search dengan hashtag #onemomentforthem #1moment4them di laman instagram atau twitter atau FB.
Ini amanah kami untuk sebarkan kepada semua.
Lagu gembleng hasil ciptaan mereka berempat, 15 minit sebelum show.
Bila berjiwa seni, automatik tahu sendiri nod guideline masing-masing.
"Kullu hubbin minna lahum, one moment for them"
" I am no one, but i can be someone..."
Well done everyone, moga Allah jaga niat dan amal kita.