Kami disuruh meletakkan tangan kanan ke dada.
Kaki tidak boleh bersilang. Telefon pintar dimatikan.
Mata dipejam kemudian tarik nafas dalam-dalam.
"Click!"
Suis lampu dipadamkan. Hanya biasan cahaya dari lampu projector yang kelihatan. Saat ini beliau suruh kami membayangkan wajah ayah, wajah ibu, kemudian adik-beradik, seterusnya suami/isteri dan anak-anak (part ni dah stuck.. tp back-up dengan membayangkan wajah sepupu dengan pakcik makcik sedara..)
"Bayangkan wajah mereka...maafkan mereka...terima mereka seadanya...dan redhoooo segala kurang lebihnya mereka..."
Part "Redho.." tu panjang sikit bunyinya.
Slot ni, ala-ala kem motivasi di sekolah. Kalau sesiapa yang pernah join program spiritual ESQ 165, sendiri faham la kot.
Untuk slot akhir program ni, kami diajar teknik untuk melepaskan segala masalah-masalah yang kita tak redha dalam hidup. Tak redha dengan orang berhutang, tak redha dengan orang tua, tak redha dengan penyakit yang Allah bagi, tak redha dengan orang sekeliling.
Instructor berulang-ulang sebut perkataan 'redha'.
"Puan, macam mana kita nak tahu yang kita betul-betul redha?" seorang peserta angkat tangan.
"Soalan yang baik. Apa KPI untuk tahu yang kita betul-betul redha?" dia menyoal kembali.
"Macam mana nak tahu kita redha atau tidak bilaman anda tidak akan sebut perkataan 'tapi...' selepas anda menyatakan redha. Contoh...saya dah redha dengan apa yang terjadi tapi....
Nampak tak ayatnya?"
Instuctor menambah, . Bila kita redha, rezeki yang lebih baik akan datang balik.
Lepaskan..
Lepaskan..
Sampai hati anda tenang..
Lepaskan..
Sampai hati anda tenang..
Dahsyat nak jadi orang begitu. Saya muhasabah balik setiap peristiwa-peristiwa yang Allah hantarkan dalam kehidupan. Tipulah kalau kata tiada benda yang tak redha. Kesan orang yang tak redha, mulut kata ya tapi hati kata tidak. Banyak benda akan tersekat kalau tak tahu teknik melepaskan/ meredhakan.
Ya, betul.
Ya, betul.
"Saya tahu, bukan mudah. Tapi cubalah. Jaga amalan, solat awal waktu, solah berjemaah, jangan tinggal al-Quran dan sunah. Insya-Allah settle masalah dunia."
Pesanan untuk diri sendiri.
Walk to the talk, sis. Beramal seiring bercakap. Lepas ni tak nak banyak cakap. Datang perasaan nak mengungkit pada benda yang tidak redha, terus diam dan istighfar.
Oh, and by the way, last word... kita tak boleh mengubah orang mengikut rentak kita tapi kita boleh mengubah diri dengan berubah terlebih dahulu. Barulah orang lain akan berubah setelah melihat perubahan kita. Yeah, semestinya dengan keinginan hati sendiri. Tolakan dari dalam.
Oh, and by the way, last word... kita tak boleh mengubah orang mengikut rentak kita tapi kita boleh mengubah diri dengan berubah terlebih dahulu. Barulah orang lain akan berubah setelah melihat perubahan kita. Yeah, semestinya dengan keinginan hati sendiri. Tolakan dari dalam.
So, jangan serabut-serabut fikir nak ubah orang, Tenang-tenang aja.. Redhaa, dan start action with yourself first! ;D
Setiap cabaran yang Allah hantar, ada hikmah.
------------------------------------
Auditorium Eureka, USM.
Pulau Pinang.