Saturday, March 2, 2013

Indahnya bumi Mesir.

Bismillah.

Gerakkan urat-murat di wajah anda dengan senyuman 'tiga' sehingga ke telinga. Walaupun sedikit kekejangan, kekalkannya sehingga ke akhir pembacaan. Okeh? :D

*****

Cuti sem 1 lepas, membawa sejuta satu makna yang infiniti. Perasaan bahagia dan rindu suasana itu, membuatkan kami mengambil masa yang agak lama untuk menghilangkan rindu 'mode' suasana di sana. Setiap detik Allah aturkan jalan  penceritaan yang tersendiri. Bahagia... kerana banyak pengalaman diuji dengan pelbagai situasi.


Itulah tarbiyah bil ahdats (تربية بالأحداث). Tarbiyah berdasarkan peristiwa.




" Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh "
[ as-Soff : 4 ]

Noktah Bidayah.
Sebelum berlepas, saya sentiasa diingatkan oleh rakan sejaulah tentang niat, doa bermusafir,  hadaf/tujuan. Apa yang kita inginkan untuk menambahkan iman dan amal kita. Semua perkara ini memang perlu dijaga dari permulaan. Terjaga pada permulaan, terjaga juga pada pengakhiran. 


Waktu cuti adalah waktu yang sangat mudah iman kita turun. Keronok sangat pergi ke tempat baru, sampai lupa hadaf yang pernah ditetapkan dulu. Cuba bayangkan jika ayah mengatakan," ok, hujung minggu ini, kita akan bercuti ke UK!" Mana tidaknya semua anak-anak akan melompat keriangan. Kalah monyet di zoo. Oleh sebab itu waktu cuti juga perlu diresapkan dengan kapsul tarbiyah. Saling mengingatkan ketika terlalu seronok. Barulah terisi!


" Jaulah akhawat juga adalah salah satu 'booster' tarbiyah" 


Setelah berbincang, solat istikharah, maka keputusan telah dibuat! insya-Allah, MESIR! Ahli jaulah kami seramai 10 orang. Siap bersepakat nak jana pendapatan ekonomi untuk jaulah ini. Sebelum perjalanan, semuanya sudah  dijelaskan hadaf. Hadaf kami bukan bertalaqqi sahaja ya! Hadaf kami berjalan-jalan, tapi jalan-jalan mencari Tuhan. :)


Selamat mengeksplorasi melalui gambar!
Sediakan hati dan lidah anda dengan zikrullah.
Nescaya hati menjadi tenang.

Subhanallah. Indahnya ciptaan Tuhan!  Menikmati suasana di langit ketika matahari terbit. 


Segalanya dimulakan dengan Bismillah.


Sebuah jiwa terbentang, seluas sahara. Eceh~


Sekitar Panorama Piramid


Sempat  mentadabbur alam yang penuh dengan kisah silam.
J.I.W.A. B.A.S.A.H.

Markaz Ikhwanul Muslimin


Ruang tamu  Markaz Ikhwanul Muslimin. Cantik kan? Nampak tak kebersihannya sangat terjaga?


Dua masjid. Salah satunya pernah dijadikan tempat pembelajaran 4 Mazhab. Syafi'e, Hanbali, Maliki, Hanafi.  Disebalik binaan yang tersergam indah, tersimpan sejuta makna sejarah. 



Masjid Amru al-'Asr



Sungai Nil.


Makam Imam Syafi'e



Sekolah yang pernah diajari oleh Imam Hassan al-Banna. Tempat: Ismailiyyah, Mesir.



Masjid yang telah dibina oleh Imam Hassan al-banna.


Tapak Perumahan Imam Hassan al-Banna.




ALEXANDRIA

Alexandria, Mesir.
Dua hari dua malam penuh kami berada di Alex. Perjalanan menaiki tremco selama 2 jam, menyempatkan kami menghabiskan satu surah al-kahfi. Sesampai sahaja di Alex, kami disambut dua orang akhawat. Senyuman manis yang tak lekang di wajah, menyebabkan kami tidak kekok pada awal pertemuan. Mereka memperkenalkan diri sebagai kak Z dan kak Muwa (bukan nama sebenar).

Terus kami dibawa ke tempat penginapan untuk berehat sebentar dan memulakan perjalan semula di sekitar Alex selepas zohor.



Atas dasar laut. Alexandria, Mesir.
Menikmati ombak sambil bertakemataci [baca: Tak Kenal Maka Tak Cinta] di atas bot. Macam-macam perasaan hadir ketika itu.  Runsing dengan keadaan bot yang tak berapa nak stabil. Unpredictable situation, but we enjoyed!

"Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan ni'mat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur" 
( Luqman : 31)



Akhawat Mesir belanja aiskrim.
Oh, ISS! [Baca: Ini Sungguh Sweet!]


Binaan berupa collaseum di Alex. Masih meninggalkan kesan sehingga kini.



Dipelawa ke kedai 'seafood'.


Di kedai, kami memenuhi ruangan kosong yang ada. Dua meja digabungkan membentuk satu kumpulan. Kami semua membentuk dua kumpulan besar. Dalm kumpulan kami, sembilan daripada sepuluh kerusi telah diduduki. Satu kerusi masih kekosongan. Tiba-tiba salah seorang akhawat Alex datang mengambil tempat. Semua tersenyum." Akhirnya, ada juga orang yang duduk disini," Salah seorang bersuara.

Kemudian dia mengeluarkan al-quran tafsir dari poket kecil beg galasnya. Ditutup semula zip poket itu. Semua mata memerhatikan gerak-gerinyanya.

" Kak Kiki! sharelah something! "
" Tadi akak tengok semua seronok naik kapal ya? Naik bot, sambil berta'aruf. Sudah saling mengenal antara akhawat Jordan dan Mesir serba sedikit. Mudah-mudahan ukhuwah yang terbina ini kita pulangkan kepada Allah. Ok lah, hmm... akak nak tanya. Bila masa kita kena beristighfar ya?"

Kami semua terpiinga-pinga memikirkan jawapan yang sesuai.

" Pelbagai keadaan, kita sentiasa diingatkan supaya beristighfar bukan?  Dalam liqo', program, daurah, selepas solat. Tapi, kenapa perlu beristighfar?"

Persoalan yang dibiarkan tidak berjawab. Semua berfikir.

"Ok, cuba kita perhatikan, apa maksud istighfar itu sendiri?"
" Memohon keampunan..." Dua tiga suara mencelah.
" Kalau antunna betul-betul memaknai makna disebalik istighfar, apa yang antunna rasa? Ke tak rasa apa-apa?"

Persoalan itu disambut dengan tawa kecil para pendengarnya.

"Pernah tidak antunna terfikir, dalam banyak-banyak aku beristighfar ni, agak-agak mana satu yang Allah terima? Lepas solat aku istighfar, dalam liqo' diberi 30 saat untuk beristighfar, dalam daurah juga begitu. tapi....Allah terimakah pengampunan yang berjuta-juta aku ucapkan selama ini? Adakah aku betul-betul rasa dengan hati bahawa aku sedang memohon keampunan daripada Allah?"

Lembut nada bicaranya. Satu persatu perkataan disebut. Umpama seorang kakak menasihati adiknya dengan penuh kasih-sayang.

"Akak sendiri rasa, kadang-kadang tu, Ya Allah! macam-macam perkara Allah permudahkan bagi hambaNya, hatta dengan menyebut istighfar sahaja, Allah boleh ampunkan dosa. Sweetkan Allah? "

Segaris senyuman dihadiahkan sebagai penutup. Bersungguh! Dari bahasa perilakunya, dapat dilihat ucapannya memang benar-benar dari hati. Jazakillah akak. Momen penuh makna.



" Maka aku berkata kepada mereka, Mohonlah keampunan kepadaTuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun.... " [ Nuh:10 ]



Ayat di atas dijadikan hadiah untuk sesi perkongsian ketika itu. Tanpa disedari, makanan yang dipesan telah pun terhidang di atas meja. Terlalu khusyuk sampai tak perasan. 




Castle of King Farouk


Alexandria Library.



Dari sudut pandangan atas.


Sunset


Train Station. Baru sampai Cairo dari Alex. Disangkakan 2 jam perjalanan, rupanya 4 jam.
  

Sampai sahaja di Cairo, terus kami kongsikan bersama sahabat-sahabat di Cairo. Memang banyak lagi cerita kami di Alex sepanjang dua hari itu.