Saturday, June 23, 2012

Rezeki...




Semalam baru pulang dari Mafraq.  Jalan-jalan mencari ‘hati’. Akhirnya Allah ganjarkan perasaan bahagia yang infiniti. Alhamdulillah, 4 hari saya tak online Fesbuk. Suci sikit hati… huwaa! X) Tapi yang jenuhnya, banyak beno notifikasi. Banyak tahu!


Masuk saja rumah, beg terus diletakkan di atas kerusi belajar. Komputer riba dibuka. Sambil itu, saya menyalin pakaian. Segera saya duduk di meja belajar semula. Google chrome diklik seterusnya laman utama facebook.  “wah..banyaknya notifikasi!”


Saya hanya buka notifikasi yang penting sahaja. Klik. Klik. Klik. Pada masa yang sama, saya buka juga laman utama blogger. Daftar masuk, kemudian buka laman blog sahabat-sahabat yang banyak mengandungi ceritera yang mengisi jiwa.


Tiba-tiba saya terdengar suara guruh. Bersilih-ganti. Bilik semakin gelap. Pandangan dialih ke luar tingkap. Terdengar kicauan burung yang  pulang ke sarang. Beberapa ekor burung merpati berteduh di tepi tingkap bilik.


“eh, musim-musim panas ni tak kan hujan kot?” saya mengerutkan muka. Berfikir.

“Tapi… seronok juga kalau hujan. Dah lama tak merasa air hujan merintik kat tangan.” Selama ini hanya bermandikan peluh. Bahangnya, sangat panas!


Sedikit demi sedikit, saya terdengar rintikan hujan. Halus dan perlahan. Saya mendekati tingkap bilik yang terbuka luas. Wajah diletakkan betul-betul pada tepi tingkap.  Langsir berkibaran tak henti. Sekali-sekala libasannya hinggap di kepala sendiri.  Angin sejuk menyelinap masuk memenuhi ruang bilik. Nyaman.


“ Dah lama tak rasa angin sejuk macam ni. Macam musim sejuk...” Mata dipejam.  Menghirup udara dari luar. Telinga hanya menangkap bunyi deruan angin. Rasa sejuknya menyapu wajah. Bau hujan yang tak ubah seperti hujan di Malaysia. Rindu Malaysia. :’)


Tiba-tiba terasa sedikit tusukan halus hinggap di wajah. Bukan sakit, tapi sejuk!  Seolah-olah ada batu-batu kecil terkena pada  ke wajah.


Saya membuka mata. Dihulurkan tangan ke luar tingkap. “ eh! Butiran ais! Hujan batu ke nih? Mustahil!”  Mana mungkin di tengah musim panas ada fenomena hujan batu secara tiba-tiba. Bingung. Tapi, tak mustahil, andai itu kehendak-Nya, tidak boleh tidak, pasti  terjadi.


Saya tersenyum sendiri. Melayan perasaan dan hati. Bahagia. Satu-satunya nikmat yang sangat tinggi di kala waktu begini. Siapa yang tak bahagia. Di tengah-tengah cuaca yang panas, sudah berbulan tiada hujan, tiba-tiba Allah datangkan nikmat yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah, sebaik-baik ucapan.  Ahaks! ;)



Hati tiba-tiba sebak. (Terharu dengan rezeki dari Allah ini mungkin!) Entah kenapa, tiba-tiba Allah hadirkan perasaan rindu pada orang yang saya sayang. “ Allah nak suruh kita doakan mereka lah tu…” Spontan  tergerak hati saya memikirkan sebegitu. Ya, mungkin ada betulnya~


Memang suatu keadaan yang sangat indah! Di kala hujan, kita mendoakan semua orang sekeliling kita. Sebut nama-nama mereka yang banyak berjasa kepada kita. Mendoakan mereka yang selalu hadir saat jatuh dan bangun kita. Mereka yang pernah saya jumpa ,  walau sekali atau hanya berkenalan di alam maya. Perasaan itu sangat indah! Kita mendoakan mereka. Hati rasa lebih lapang bukan?. Lagi-lagi bila kita ceritakan segala-galanya pada Dia yang Maha Mendengar.  Bukankah Dia suka kita mengadu lebih kepada-Nya daripada kita mengadu kepada ibu bapa? Dia sangat dekat. Kalau sedih, tak perlu dicari. Sedia ada Dia di sisi.


Allahu akbar….


Ijlis bina, nu’min sa’ah. Duduk sebentar, beriman sejenak. Jauh dari kesibukan dunia. Saya dan sahabat singgah di kedai jus buah-buahan. Masing-masing membuat pesanan kepada pelayan disitu. Kemudian kami mencari tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan. Akhirnya jumpa.


Tafsir al-Quran dibuka. Kami tadabbur bersama beberapa potong ayat chenta Allah. Satu ayat yang benar-benar buat saya tak lekang dari senyuman. Surah an-Nur, ayat 43.



“ Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan,kemudian mengumpulkannya, lalu dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia juga menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit yaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-gunun, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siap yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan. “



Dush! Tersentap kot!


Allahuakbar! Serius hati berbunga bahagia. Bukan bermaksud riak, tapi  rasa sangat beruntung dapat melihat fenomena ini dengan mata saya sendiri. Lepas tu terkena pula dengan ayat-Nya. Memang susunan-Nya.


Peristiwa itu, membuatkan saya rasa peringatan Allah itu sentiasa hidup! Ada saja di mana-mana. Cuma kita berfikir atau tidak, buka hati atau tidak. Insya-Allah selagi mana pergantungan pada Allah masih kukuh, dicampakkan di mana-mana pun, jangan lupa pakai kaca mata tarbiyah ya! Kompem  ZUUUQ!  ;D