Sunday, September 5, 2010

Thank You Ummi...

"Nadia!"

Sayup2 kdgrn satu suara. Halus panggilannya. Mata meliar mencari dari mana arah suara tersebut.

"Nadia!!"

Sekali lagi kedengaran. Sakinah, sahabat yg berjalan di sebelahnya mencuit bahunya.

" Nadia, k andak (panggilan manja dlm dorm) panggillah.. dari arah pejabat tu.."

Nadia menoleh ke belakang. Tangan k Andak melambai berulang kali. Isyarat, agar segera ke sana.

" Knape k Andak?"

"Ni...Bungkusan dari Perak."

"Kat mane?"

"Tepi kerusi"

"Syukran k andak!"

"hmm... sampai asrama nnti, ajaklah org skali buka ramai2"

"Eh boleeh.."

Sampai di asrama, beg sekolah diletakkan di atas katil. Bungkusan itu diletakkan di bawah. Dibukanya dengan penuh hati-hati. Kelihatn sampul surat berwarna putih dilekatkan di tepi kotak. Jelas terulis,

" KHAS BUAT ANAKANDA UMMI & AYAH "

Kandungan didalamnya dikeluarkan. sehelai kertas yang penuh dgn tulisan berangkai 1 muka surat penuh.

Assalamualaikum...
    Buat anakandaku Nadia.

Semoga berada dalam dakapan Iman & Keberkatan Allah Azzawajalla.
Along, hari ni 24 Ogos genap along 17 tahun. Sekejap  aje masa berlalu.
tahu-tahu anak umi dah besar panjang dan menginjak remaja.

Umi dan ayah hanya mampu mengucap syukur, dari anak yg sangat kecil,
comel dan tak tahu apa2. Allah izini menjadikan along sangat menyejukkan hati.
Sudah boleh bertukar fikiran dan berbual tentang fikrah dan sebagainya.

30 Ogos ni, genap 16 tahun alng berjalan. Sebab along berjalan dan
tawaf meja rumah maktok dan tok ayah di Gombak pada 30 Ogs 1994.
Perkataan pertama along "air....air...air....adik...adik...pa....pa...pa..."
Sangat ajaib kekuasaan Allah kan?

Kami sangat memohon kepada Allah agar kekalkan sifat ,mahmudah
sebanyak mungkin pada along dan adik2 dan melimpahkan rezeki
kpd anak2 umi dan mengurniakan SYURGA kpd kita semua.

Teguhkan tekad hadapi percubaan SPM dan seterusnya SPM the real nnti.
Kami sangat merindui alng dan angah di bumi HIDAYAH yang penuh barakah.

                                                                                                         UMMI

Hati tersentuh melihat penulisan Umi. Terima Kasih ya Allah atas nikmat
seorang ibu yang  memahami....

Sunday, February 14, 2010

SERONOK BERUSRAH !!

Bismillah...

" kepada fir'aun, Haman dan Karun ; lalu mereka berkata, 'musa itu seorang pesihir dan pendusta' " 
  (Al-Ghafir : 24)

Ummi Ji (naqibah)  membaca ayat ini dengan jelas, Tiba-tiba Sakinah mencelah. 
" ummi, sebenarnya Karun tu adalah 'ulama' kan? "
" Ya, betul "
" habis tu macam mana dia boleh lupa pada Allah? pelik betul. " 
  Bintu SK mengerutkan dahinya tanda keseriusan ingin tahu. Ahli kami dalam usrah adalah seramai 9 orang. Bintu SK merupakan yang paling bongsu disebabkan dia lahir pada bulan terakhir dalam setahun dan paling banyak bertanya. Kami menggelarkan naqibah kami 'ummi Ji' dalam usrah bagi menggantikan panggilan 'ustazah' di sekolah agar lebih mudah berinteraksi sebagai sebuah keluarga.
" Ingat tak sebelum ni ummi pernah cakap, tidak kira setinggi mana iman seseorang itu, dia tetap akan diuji. Sebenarnya kalau Iman seseorang itu lebih tinggi, Ujian yang dia dapat lagi tinggi "
" Ye ke? Ya Allah, takutnya kalau ana jadi macam tu " jawab Bintu AR.
" Salah satu contohnya seperti kisah Karun. Karun pada asalnya adalah seorang 'ulama tapi disebabkan leka dengan harta dan lalai dari mengingati Allah, dia ditenggelamkan ke dalam perut bumi "
" Na'uzubillahi min dzalik " bisikku dalam hati.
" Sama juga satu kisah seorang ulama yg sangat dihormati (maaf x berapa ingat) tp dia kalah dengan godaan syaitan sehingga terlanjur dengan seorang perempuan lalu mebunuh perempuan tersebut "
Ana berfikir seketika. Kalaulah ulama' boleh diuji sebegitu rupa apatah lagi dengan diri yang banyak kelemahan ini. Entah macam mana tiba-tiba termasuk tentang aurat.
" Ummi, susahlah kadang2 nk jaga pandangan. Mesti ade je halangan. Bila kita tundukkan pandangan, orang kata, 'janganlah tunduk sangat'. Tapi, bila kita tak tunduk sangat mesti mata melilau, nanti ade je pandangan yang tak sepatutnya dilihat." luah Bintu SK.
" ha'ah ummi... betuuul... kadang2 ada juga pandangan2 yang selain dari kaum hawa ni tak jaga, " sokong Bintu T.
Ummi Ji tersengih melihat gelagat anak usrahnya.


" Sebab tu lah kita diwajibkan menutup aurat. Tahu kenapa? Banin(lelaki) sebenarnya banyak imaginasi...." jawab ummi Ji ringkas.
" Banyak imaginasi? " sambung Bintu SK.
" Ya...  Umpama kuih yang dijual di pasar. Satu kuih yang tak tertutup, satu lagi yang tertutup. kalau diberi pilihan, mesti antunna nak yang tertutup kan? "
" haah...." jawab kami serentak.
" Di sekolah, jangan sesekali anak2 jauh dari Allah... sebenarnya bila kita dah jauh dari Allah, macam2 boleh berlaku. Salah satunya seperti dalam kisah Karun. Selain itu, kalau hubungan anak2 dengan Allah masih tak settle,  hubungan dengan manusia pun x settle. Kalu solat pun tak betul, apatah lagi kita ni nak bawa orang kat luar sana. Ingat pesan ummi ni..."
" Insya-Allah ..."

Selepas itu, macam2 kami bincangkan dalam usrah. Apa yang ana nk kongsikan di sini adalah daripda satu ayat yang kita baca, boleh jadi berjela-jela huraian kita bincangkan. Kita akan rasa seronok dalam usrah kalau kita bincangakan sesuatu yang bermatlamat bersama orang2 yang faham atau berfikrah dan mengambil berat terhadap orang di sekeliling bukan memandang enteng terhadap apa yag buat.
Mudah-mudahan dapat beri perkongsian yang baik.